Apa Itu Vitamin E?

Vitamin E Shaklee - cantik tak gambar?
Vitamin E antara vitamin yang popular digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesuburan. Vitamin E merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada 8 jenis sebatian larut lemak termasuklah tocopherol dan tocotrienol. Dalam banyak-banyak jenis vitamin E, γ-tocopherol adalah yang paling banyak diperolehi. Ianya boleh dijumpai di dalam minyak jagung, minyak soya, dan marjerin.
Strukur alfa tokoferol (Vitamin E).
α-tocopherol pula vitamin E dalam bentuk yang lebih aktif secara biologidan dijumpai dalam minyak germa gandum, bunga matahari, minyak saf. Sebagai antioksidan jenis larut lemak, ia menghentikan penghasilan spesis oksigen reaktif yang terhasil apabila lemak melalui proses oksidasi. Pengambila melebihi 1000mg / 1500IU sehari dipanggil hypervitaminosis E, kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan dan kekurangan vitamin K.

Vitamin E ditemui pertama kali pada tahun 1922 oleh Dr. H.M Evans dari California melalui pemerhatian ke atas kehamilan normal tikus betina yang  memerlukan suatu sebatian yang belum dikenali. Tanpa sebatian ini, janin tikus akan mati dalam 10 hari selepas kandungan. Tikus jantan yang kekurangan sebatian ini juga akan mengalami kelainan pada testisnya. Sejak itu, vitamin E dikenali vitamin anti kemandulan. Wanita juga digalakkan mengambil vitamin E bagi merawat kemandulan, period tidak teratur, radang vagina, gejala menopause, mencegah keguguran dan kesuburan benih.

Vitamin E pertama kali di ekstrak pada 1936 daripada minyak tepung gandum. Disebut vitamin E kerana dinamai sesudah vitamin A, B, C, dan E. Bentuk vitamin E merupakan kombinasi daripada 8 jenis sebatian / molekul yang disebut tocopherol. Tocopherol tidak larut di dalam air tetapi lemak seperti minyak, lemak, alkhohol, aseton, dan eter. 

Oleh kerana vitamin E tidak larut dalam air, ia hanya dapat dicerna dengan bantuan hempedu hati sebagai pengemulsi minyak ketika melalui duodenum. Vitamin E akan rosak jika terkena suhu tinggi, teroksida perlahan-lahan jika terkena oksigen dan akan berubah menjadi lebih gelap jika terkena cahaya matahari.

Vitamin E boleh diperolehi daripada sumber sayuran atau bahan makanan berminyak. Vitamin E banyak terdapat dalam buah-buahan, susu, mentega, telur, sayur-sayuran terutama taugeh. Contoh sayur yang mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi adalah minyak biji gandum, minyak kedelai, minyak jagung, alfalfa, kekacang, asparagus, pisang, strawberi, biji bunga matahari, kacang buncis, ubi jalar dan sayuran berwarna hijau.

Dengan ini sedikit sebanyak anda sudah tahu apa itu vitamin E. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin E bolehlah baca entri saya mengenai fungsi dan manfaat vitamin E. Kalau nak dapatkan vitamin E dari saya pun boleh. Shaklee mempunyai vitamin E paling baik dalam pasaran tau. Selain bersifat semulajadi, ia juga dilengkapi selenium. Harga pula hanya RM1.24 je sehari. 

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.