Resdung - Gejala, Punca, Kesan, Petua Pencegahan

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.

APAKAH SINUS ? (RESDUNG)
Senarai rongga di bahagian muka
Lendir yang terkumpul inilah yang menjadi punca penyakit resdung apabila bakteria mula membiak
Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung. Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul dan seterusnya kuman bakteria akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung. Jika saluran sinus tidak tersumbat, hingus cair pula akan sentiasa meleleh. Betul tak? Kerana apa? Kerana anda sedang menghadapi keradangan dan sistem imun anda gagal mengawalnya.

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang kuat, bakteria ini boleh dihapuskan melalui antibodi badan. Tetapi bagi yang lemah sistem imun, pertahanan sedia ada perlu diagihkan kepada sistem lain organ lalu menyebabkan bakteria pada rongga sinus semakin bertambah. Tahukah anda apa bahan buangan bakteria ini? Bahan buangan bakteria inilah penyumbang kepada jerawat kronik dan hingus yang banyak.

GEJALA / TANDA TANDA RESDUNG

Ø Hidung tersumbat.
Ø Lendir dari hidung dan tekak
Ø Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Ø Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Ø Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Ø Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN
  • Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul di dalam dan kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..
2. STRUKTUR HIDUNG 
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
3- GIGI ROSAK
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
4- AIR KOTOR
  • Di samping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam di dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..
KEMUDRATAN RESDUNG 

♦ Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
♦ Jangkitan otak
♦ Sakit tekak yang kronik
♦ Jangkitan tulang muka
♦ Lelah menjadi lebih teruk
♦ Berdengkur secara kronik
♦ Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
♦ Alahan hidung  
♦ Selsema biasa yang melarat
♦Masalah kulit disekitar sinusitis seperti jerawat dan ulat

PETUA MENCEGAH RESDUNG
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang atau tidak basuh. Seminggu sekali tukar kerana sel kulit mati kita pada bantal adalah bahan organik, ia akan menjadi sumber makanan kepada parasit.
  3. Ringankan tangan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti. 
  4. Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah. 
  5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.
  6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka terutama bahagian lubang hidung (PM kami untuk petua) 
  7. Elakkan makan makanan yang mencetuskan resdung 

Suami saya antara pesakit resdung teruk. Ni gambar dia masa dikemuncak sakit resdung. Teruk kulit dia. Kalau zaman tu kenal Shaklee, insyaAllah dia tak sampai tahap begitu.

Tapi kini dia sudah boleh dikatakan bebas dari resdung. Kalau dulu kipas kena muka je bersin, sejuk lepas mandi bersin, jerawat jangan cerita, setiap masa. Bila selsema, sehari suntuk. Sampai naik kering kulit hidung. 

Adakah anda seperti beliau? Apakah anda nak teruskan hidup dengan masalah resdung? Suami saya telah mengatasinya! Produk ini terbukti. Ia selamat, cepat berkesan. Dan tanpa steroid (dadah) seperti kebanyakan produk resdung dalam pasaran. 

Apa yang pesakit resdung perlu sedar adalah penyakit resdung ni akan berulang semula bila antibodi badan lemah semula. Kerana itu pesakit yang memakan ubat tradisional atau membuat rawatan resdung akan alami gejala resdung semula. Semakin lemah antibodi, semakin cepat resdung tu akan berulang. Kerana itu cara terbaik untuk mengatasi masalah resdung adalan membina kesihatan dan antibodi. Berikut adalah pilihan produk yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah resdung:

1. Vivix
2. Nutriferon
3. Set resdung

Alhamdulillah..sekarang jerawat takda, resdung pun dah takda. Kesihatan bertambah baik. Angin sejuk kat atas ni pun tak bersin-bersin..hehe
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comments:

  1. Sya ada pertanyaan pada tuan/puan..sya ada masalah sukar untuk bernafas cth hidung tersumbat..kadang2 menarik nafas pun sesak..sma ada melalui hidung mau pun mulut..ada kah sya menghidap/bermasalah resdung..harap tuan/puan dapat bantu menjawap pertanyaan sya ni..Terima Kasih

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.