Apa itu kalori?

Untuk turun berat secara semulajadi, bab paling wajib anda pelajari adalah mengenali kalori. Apa itu kalori? Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Setiap makanan mempunyai kalori. Tetapi berlainan kuantiti.




Adakah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga sama seperti kenderaan perlukan petrol, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.


Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan. Pada label makan diletak singkatan kcal.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak/ minyak: Didarab dengan 9 setiap gram kerana mempunyai konsentrasi kalori yang tinggi

Contoh:
Satu hidangan Sos Cili (5peket kecil) yang mengandungi;
Karbohidrat-25g (25g X 4 = 100 Kalori)
Protein-1g (5g X 4 = 20 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu hidangan Sos Cili bernilai 184 kalori!

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu? Setiap 7000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?

Makan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori)
Telor mata kerbau (21 kalori)
Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori 

Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori)
Teh O (20 kalori) = 410 kalori 

Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori)
Ayam kari (250 kalori)
Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori)
Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori 

Minum petang:
Kopi susu (120 kalori)
Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori 

Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori)
Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori)
Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori 

Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun? Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 28.31kg!! (198,195 / 7000).
Bagaimana untuk bakar kalori? Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.