Bagaimana Diabetes / Kencing Manis Terjadi

Pernah tak u all terfikir sesuatu yang terjadi dalam tubuh kita pada setiap saat. Tatkala kita tidur, tubuh kita ni ibarat kilang yang beroperasi 24jam tanpa henti. Semua bahagian badan (otot, otak, hati, jantung, dll) memerlukan tenaga untuk bekerja. Tenaga ini datang dari makanan yang kita makan.

Badan kita menghadamkan makanan dengan mencampurkannya dengan cecair badan (asid dan enzim) di dalam perut. Apabila perut menghadamkan makanan, karbohidrat (gula dan kanji) di dalam makanan dipecahkan menjadi sejenis lagi gula, dipanggil glukosa.

Perut dan usus kecil menyerap glukosa dan melepaskannya dalam darah. Apabila berada dalam darah, glukosa boleh digunakan serta merta untuk tenaga atau disimpan didalam badan, untuk digunakan kemudian.

Bagaimanapun, badan kita memerlukan insulin untuk menggunakan atau menyimpan glukosa sebagai tenaga. Tanpa insulin, glukosa akan kekal dalam aliran darah, menjadikan paras gula dalam darah tinggi.

BAGAIMANA BADAN MENGHASILKAN INSULIN

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel beta di dalam pankreas. Sel beta sangat sensitif terhadapa paras glukosa dalam darah. Biasanya sel beta memeriksa paras glukosa setiap beberapa saat dan merasakan bila ia perlu meningkatkan atau memperlahankan jumlah insulin yang ia hasilkan dan bebaskan. Apabila seseorang memakan sesuatu yang tinggi karbohidrat contohnya nasi, paras gula dalam darah meningkat dan sel beta akan
mencetuskan pankreas untuk membebaskan lebih insulin dalam aliran darah.

INSULIN MEMBUKA PINTU SEL 
 
Apabila insulin dilepaskan dari pankreas, ia mengalir dalam aliran darah hingga ke sel badan dan memberitahu pintu sel untuk dibuka bagi membenarkan glukosa masuk. Sesudah berada di dalam sel, sel tersebut menukar glukosa kepada tenaga atau menyimpannya untuk digunakan kemudian. Simpan dalam bentuk apa? lemak! Kerana itu bahagian otot yang tak digunakan akan menjadi lemak terkumpul seperti kawasan selulit, perut, punggung, dll.

Apabila glukosa beralih dari dalam aliran darah ke dalam sel, paras gula dalam darah mula jatuh. Sel beta di dalam pankreas secara automatik akan mengurangkan jumlah insulin yang ia hasilkan. Dalam masa yang sama juga, pankreas mengurangkan jumlah insulin yang ia lepaskan ke dalam aliran darah. Apabila ini berlaku, jumlah glukosa yang masuk ke dalam sel juga berkurangan.

MENGIMBANGI INSULIN DAN PARAS GULA UNTUK TENAGA

Kenaikan dan penurunan insulin dan paras gula dalam darah berlaku banyak kali dalam sehari. Jumlah glukosa dan insulin dalam aliran darah bergantung kepada apa yang kita makan dan kuantitinya. Bila badan berfungsi pada tahap normal, ia boleh mengekalkan paras gula dalam darah pada tahap normal iaitu antara 70 hingga 120 miligram per deciliter. Bagaimanapun, walaupun jika anda bukan pesakit diabetis sekalipun, paras gula dalam darah boleh meningkat sehingga 180 miligram ketika makan atau selepas makan. Dalam masa 2 jam selepas makan, paras gula dalam darah kebiasaannya akan jatuh bawah paras 140. Selepas beberapa jam tanpa makan, paras gula dalam darah boleh jatuh sehingga 70.

Menggunakan glukosa untuk tenaga dan memastikan ia seimbang bersama jumlah insulin yang tepat - tidak telalu banyak, tidak terlalu sedikit - adalah cara badan kita mengekalkan tenaga untuk terus hidup, bekerja, bersukan, berfungsi, termasuk tidur!

INSULIN MEMBANTU BADAN KITA MENYIMPAN GLUKOSA BERLEBIHAN

Insulin membantu sel badan menukar glukosa kepada tenaga, dan ia turut membantu menyimpan glukosa berlebihan untuk digunakan kemudian. Sebagai contoh, jika anda makan dalam kuantiti banyak dan badan anda belum memerlukan glukosa sebegitu banyak, insulin akan membantu badan anda menyimpannya untuk digunakan kemudian.

Insulin melakukan ini dengan menukar glukosa berlebihan tadi kepada pek glukosa yang lebih besar dipanggil glikogen. Glikogen disimpan di dalam hati dan dan otot.

Insulin juga membantu tubuh kita menyimpan lemak dan protin. Hampir semua sel badan memerlukan protin untuk bekerja dan membesar. Badan memerlukan lemak untuk melindungi saraf dan menghasilkan beberapa hormon penting. Lemak juga boleh digunakan badan sebagai sumber tenaga. Jadi, untuk hilangkan lemak, lakukan aktiviti yang perlukan banyak tenaga!

BAGAIMANA DIABETIS MENGUBAH SEMUA SISTEM INI

Dengan diabetis, badan berhenti dari menghasilkan insulin, mengurangkan penghasilan insulin, atau tidak mampu lagi menghasilkan insulin dengan baik. Apabila ini berlaku, ia boleh menjurus kepada beberapa perkara.

Sebagai contoh, glukosa tidak dapat memasuki sel yang memerlukannya, jadi jumlah glukosa dalam darah meningkat. Ini dipanggil hyperglycemia (gula dalam darah tinggi)

Apabila paras gula dalam darah mencapai 180 atau lebih, buah pinggang akan cuba menyingkirkan glukosa berlebihan urin. Ini membuatkan seseorang itu membuang air kecil lebih kerap. Ia juga menjadikan seseorang itu bertambah haus kerana kehilangan bendalir.

Apabila seseorang itu kehilangan glukosa melalui urin, sama lah seperti dia kehilangan tenaga kerana ketiadaan glukosa untuk sel guna atau simpan.. Apabila ini berlaku, seseorang itu mungkin akan lesu, hilang berat badan, dan sentiasa lapar.

Masalah lain yang berpunca dari tinggi gula dalam darah ialah rabun, jangkitan kulit, dan luka tidak sembuh. Bagi wanita pula jangkitan kulat pada kemaluan meningkat.

Apabila badan tidak mempunyai insulin yang cukup untuk menukar glukosa kepada tenaga, selalunya badan akan mula membakar lemak badan untuk tenaga. Kedengaran bagus? tetapi membakar lemak terlalu banyak untuk tenaga akan menghasilkan produk sampingan dipanggil ketones. Paras ketones yang tinggi boleh membawa kepada keadaan dipanggil diabetic ketoacidosis (DKA), yang mana boleh membawa maut jika tidak diubati segera. DKA selalunya berlaku pada diabetis jenis 1 kerana badan sudah berhenti dari menghasilkan insulin.

MEMASTIKAN PARAS GULA TERKAWAL

Bagi pesakit diabetis, fokus utama perubatan adalah mengawal paras glukosa dalam darah agar sentiasa normal.

Pesakit diabetis jenis 1 memerlukan mereka mendapat suntikan insulin sebagai sebahagian dari rawatan untuk mengawal paras gula dalam darah. Pesakit diabetis jenis 2 pula boleh mengawal paras gula dalam darah melaui diet yang sihat dan senaman. Bagaimanapun, ramai pesakit diabetis jenis 2 juga perlu mengambil ubat dan suntikan insulin dalam proses rawatan mereka.

Pesakit diabetis dengan jenis 1 atau 2 perlu mengambil berat paras gula dalam darah hampir kepada normal setiap masa. Apabila paras gula menghampiri normal, ini bermakna badan mendapat tenaga yang ia perlukan untuk bekerja, bermain, sembuh, dan sihat.

Antara produk Shaklee yang terbukti membantu pesakit diabetis adalah set diabetes untuk mengawal gula dalam darah pesakit diabetes selain membantu pesakit diabetes bebas dari penyakit yang dihidapinya.

Terjemahan dari http://www.ghc.org/healthAndWellness


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.