Bagaimana Menambah Susu Badan

Jika diajukan soalan ni kepada wanita yang baru bergelar ibu, jawapannya pasti tak ramai yang tahu. Kebanyakan ibu yang melahirkan anak pertama belajar mengenai penyusuan hanya selepas bayi lahir dan tiba-tiba penghasilan susu berkurang. So sama seperti saya dahulu, saya akan google diinternet bagaimana cara menambah susu badan. So jom kita belajar ilmu penyusuan.

Bagaimana Susu Badan Dikeluarkan?

Untuk pengeluaran susu, dua hormon yang amat diperlukan untuk menambah pengeluaran susu badan iaitu prolactin dan oxytocin. Kedua dua hormon ini dikeluarkan oleh kelenjar pitutari dan bukannya kelenjar ovari atau organ rahim (uterus)


Sementara hormon estrogen yang sangat diperlukan untuk mengandung atau mungkin dibekalkan pil perancang keluarga adalah hormon yang menghalang pembentukan susu badan.

Prolactin adalah hormon yang  digunakan untuk menghasilkan susu badan sementara oxytocin pula adalah hormon untuk mengeluarkan (release) susu badan. Hormon oxytocin adalah hormon yang dikeluarkan akibat ransangan kepada puting (nipple suckling).

Ini bermakna jika seorang wanita tidak mengandung atau rahimnya bermasalah disebabkan penyakit atau telah dibedah-buang melalui proses hysterectomy, wanita itu masih lagi mampu mengeluarkan susu badan sendiri. Manakala untuk menambah pengeluaran susu, si ibu perlu memahami konsep asas ini.

Supplement Dan Ransangan Puting

Banyak kaedah yang digunakan oleh para ibu untuk menambah pengeluaran susu badan. Antaranya mengikut telunjuk orang lama memakan ulam ulaman melalui kaedah try and error. Dan ramai juga kini yang mengambil alternatif lebih mudah berbanding memakan ulam ulaman dengan menggunakan vitamin vitamin dari set penyusuan Shaklee.

Natijahnya ramai wanita yang putus asa, akibat hanya mengharapkan keajaiban dari pengambilan makanan tambahan dan ulam ulaman ini. Hanya jika anda membeli dari pengedar Shaklee yang bertanggungjawab sahaja, anda akan diajar teknik ransangan puting yang berkesan dalam menambah pengeluaran susu badan.

Harus difahamkan fisiologi  badan kita tidak semudah membalikkan belakang tangan. Ia memerlukan pemahaman bagaimana badan kita bekerja atau lebih spesifik bagaimana badan menghasilkan susu. Apabila konsep ini difahami barulah seseorang itu mampu menambah pengeluaran susu badan.

Susu Tidak Keluar Secara Serta Merta

Pengeluaran susu selalunya bermula antara seminggu hingga sebulan ransangan puting dilakukan. Perubahan awal yang berlaku adalah penghasilan susu setitik dua. Kemudian wanita itu merasakan perubahan warna puting dan kawasan sekitarnya (areolar). Payudara terasa sakit dan penuh. Sesetengah wanita merasa haus dan perubahan pada nafsu sex (libido) serta kitaran haid.

Kolostrum Susu Ibu

Kolustrum (Colostrum) adalah susu yang dihasilkan oleh kelenjar mamary (payudara bagi manusia) di akhir peringkat kehamilannya. Kebanyakan mamalia menghasilkan kolustrum dalam masa sehari selepas atau sebelum kelahiran bayi.

Kolostrum kaya dengan protein, Vitamin A dan sodium klorida, namun rendah kandungan karbohidrat, lipid dan potassium berbanding susu yang normal. Ianya juga mempunyai bioaktif komponen seperti hormon growth factor dan antibodi yang melawan kuman dan virus.

Memenuhi Keperluan Nutrisi Ibu Menyusu

Jika supplement bukan penentu penghasilan susu ibu, mengapa ibu menyusu perlu supplement tersebut? Salah satu faktor yang menghalang dari menghasilkan kuantiti dan kualiti susu yang banyak adalah si ibu kurang mendapat zat yang diperlukan. Bagaimana anda mampu bina rumah yang besar jika anda hanya ada tukang rumah yang bagus, tetapi kekurangan bahan binaan. Mudah bukan analogi ini?

Berikut adalah jadual nutrisi yang dicadangkan bagi individu yang sihat. Kolum warna pink untuk wanita mengandung, warna hijau untuk wanita menyusu bagi 6 bulan pertama dan warna biru untuk wanita menyusu bagi 6 bulan berikutnya.

Anda boleh lihat pertambahan keperluan nutrisi bagi setiap peringkat - kehamilan dan penyusuan berbanding wanita biasa. Apakah anda boleh menjamin dengan pengambilan makanan harian anda mampu memperoleh kesemua nutrisi yang diperlukan?
Dunia moden membolehkan seseorang itu terutama ibu menyusu untuk memilih alternatif yang lebih mudah dan tepat untuk menjadi sihat seterusnya meningkatkan pengeluaran susu apabila mempunyai blok binaan yang mencukupi untuk menghasilkan susu. Sebagai contoh set menyusu 3M mengandungi Vitalea (multivitamin), B Complex, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix, dan ESP. Berikut adalah jadual nutrisi dalam setiap vitamin semulajadi tersebut.



 

Berikut adalah jadual nutrisi dengan pengambilan set menyusu 3M

Ok kita sudah diterangkan manfaat set menyusu untuk keperluan lengkap nutrisi si ibu. Mari kita lihat kombinasi nutrisi lengkap ini dan ilmu penyusuan yang akan kami berikan, apa hasilnya. Berikut adalah individu yang berjaya menambah susu badan dengan menggunakan set 3M dan teknik penyusuan yang betul. 

Kita taknak la berjaya menyusukan anak selama 2 tahun, tetapi badan jadi lemah, kulit jadi kusam, rambut jadi kasar, kulit jadi kering semuanya gara-gara segala nutrient telah digunakan untuk hasilkan susu, tetapi nutrisi untuk diri sendiri tidak mencukupi.
Testimoni saya
------------------

Pertama kali saya jatuh cinta dengan Energing Soy Protein (ESP) ialah waktu saya menyusukan anak kedua saya. Saya beli Set 3M. Dalam set tu ada Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. Rasa susu soya yang light memang membangkitkan selera minum saya. 

Agak-agak bosan dengan soya plain, saya akan tambahkan perasa lain yang kena dengan selera saya. Antaranya ribena, milo, horlick atau dicampur dengan air BLISS. Ditambah lagi vitamin lain yang membantu saya untuk mendapatkan nutrisi penting untuk tumbesaran anak melalui susu ibu.

Dipendekkan cerita, anak pertama saya cuma dapat menyusu sampai umur sebulan setengah je. Lepas tu terpaksa bagi susu tepung sebab susu kering. Memang sedih sangat waktu tu sebab sepanjang tumbesaran anak sulung, kerap keluar masuk hospital. 

Sehingga usia setahun setengah, 3 kali berkampung di hospital sebab kena jangkitan kuman kat paru-paru. sekali masuk wad sampai seminggu. Letih... Memang tersangat letih..Maklum la.. Bukan pergi bercuti...

Saya diperkenalkan dengan Shaklee oleh teman sepejabat iaitu Ain, Nana dan Mas. Mereka ni team breastfeed kt opis. Mereka galakkan rakan2 untuk menyusu badan. masa tu saya baru masuk office selepas ambil cuti bersalin 3 bulan. 

Masa tu susu badan masih ada cuma tak cukup untuk anak kedua. Mereka cadangkan supaya saya cuba set basic menyusu. Syukur alhamdulillah. Susu pun meriah. Dua bulan cuba set basic menyusu, saya pun upgrade ambil set 3M. Anak suka sangat sebab puas menyusu. Tidur pun makin nyenyak.

Apa yang saya nak tekankan kat sini, perbezaan antara kedua-dua anak saya dengan Shaklee dan tanpa Shaklee ialah:
1) Anak Shaklee saya mempunyai sistem imune yang baik kerana dia jarang jatuh sakit (demam, batuk, kahak)
2) Selera makan dia sangat-sangat baik.
3) Kurang gejala sembelit berbanding anak sulung.
4) Anak kedua saya juga tidak menggunakan nebulizer berbanding anak sulung.
5) Dia lebih ceria dan kurang meragam.

Ya.. Betul kata anda.. Ini semua takdir Allah. Tapi saya percaya... Dengan usaha, Tawakkal, bersangka baik dengan Allah, kita akan beroleh kebaikan daripada apa yang kita usahakan...

Allah akan membantu kita selama mana kita berusaha dan yakin kepada Nya.

Sebelum berakhir kita revise balik point penting untuk tambah pengeluaran susu
  1. Rangsangan puting (disedut/pam) setiap beberapa jam untuk mengeluarkan 2 hormon penyusuan.
  2. Kosongkan payudara supaya kilang susu sentiasa beroperasi pada kapasiti maksimum. Bila tank penuh, kilang stop.
  3. Blok binaan susu (rujuk carta RDI) perlu cukup. Ini termasuk air 2-3 liter. Nak minum pun ada caranya. Bukan bantai sekali jalan 1 liter. Tu yang susu tak banyak, tapi ke tandas je banyak. Cara tu eksklusif untuk customer saya. hehe
  4. Emosi tak stabil / stress juga boleh menghalang pengeluaran 2 hormon tu. Biasa saya cadangkan bahan bacaan yang boleh hilangkan stress tu (kurangkan stress tak memadai)
Ingin lihat lebih banyak testimoni? baca Koleksi Testimoni Set 3M
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comments:


  1. Maklumat yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Diet yang sihat memang penting bagi wanita yang menyusukan badan. Di samping itu, bagi mengelak ketidakseimbangan hormon yang boleh mengganggu penghasilan susu badan, seseorang wanita juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak terdedah kepada tekanan emosi.

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.