Rutin Pengedar Shaklee

Assalamualaikum pembaca. Nak tau apa rutin pagi sebagai seorang pengedar Shaklee yang cuma bekerja dari rumah sepenuh masa macam saya ni?. Anak saya Zara setahun 6 bulan (September 2013). Pagi lepas solat, mandi, sarap (saya ambil roti full grain, bakar, letak tuna, dan minum set Mighty 3 GEMS + sebiji Vitalea, sebiji B complex, sebiji Vita C 100mg) then saya akan buat aktiviti fizikal.

Dalam pukul 8, saya dan Zara keluar berjalan keliling taman perumahan. You all tahu tak kulit kita menghasilkan vitamin D apabila terkena cahaya matahari? Seeloknya matahari pagi dan petang sebab matahari apabila condong di ufuk, cahaya yang bergerak lurus tu melalui lapisan ozon yang lebih jauh untuk tapis sinar UV lebih banyak. Faham? 



Kalau tak faham saya bagi analogi mudah. You ada kek tebal 5cm (lapisan ozon), you ada pisau 10cm (sinar matahari). Jika you cucuk kek tu tegak (12 tengah hari), pisau tu akan masuk sedalam 5cm je ikut tebal kek. Tapi jika you cucuk kek tu condong (8am / 5pm), pisau tu boleh masuk hingga 8-10cm (lebih banyak bahagian pisau yang berada dalam kek, bermaksud lebih banyak sinar UV yang ditapis lapisan ozon)

Apa fungsi vitamin D? Antara fungsinya ialah membantu Kalsium diserap tubuh. Kalau kita makan pil kalsium (pure calcium) banyak banyak pun, tapi takda vitamin D, tak guna juga. By the way Ostematrix Shaklee ada vitamin D. hehe. Saya biasa berjalan 40minit. Bila Zara penat, saya dukung. Bila saya penat, saya turunkan Zara. hehe. Anak kecil tak boleh perap dalam rumah tau. Nanti diorang tension dan kuat memberontak. Bayangkan kalau hantar nurseri? Hehe. Kini saya tidak perlu risau lagi. Zara happy, saya pun happy.

Bila sampai rumah Zara dah ngantuk. Biasanya pukul 9 saya tidurkan dia sambil zikirkan 'ya wahhab' 300x. Amalan murah rezeki. Kemudian solat dhuha 3minit. (amalan ni bukan mengharap jadi kaya ye, tapi goal kita nak jadi hamba bertaqwa) Kemas kemas sikit rumah. Touch up sana sikit, sini sikit. Then on lappy dan fokus pada Shaklee. Weeee. Jadi pagi hari saya kini lebih berkualiti berbanding sebelum ni. Saya lebih suka cara hidup macam ni. Lebih sihat dan lebih berkualiti. Saya taknak hidup seperti robot, tiap hari mengeluh kat facebook pasal kerja. Its our life, kita tentukan. Sambil duduk kat kaunter dengan lappy ni, sambil tengok tv. Update blog, tambah product knowledge, layan customer baru, follow up customer lama, download movie...oppss..hehe. Itu la rutin saya pagi hari. Bosan dengan rutin ni, saya tukar rutin lain. Its our life, our choice. 

Dulu saya impikan hidup seperti ni, tapi was-was dengan pulangannya. Kini tidak lagi. Saya rasa keputusan saya berhenti kerja tu sangat tepat dan berbaloi. Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang. Dan Shaklee tiap bulan beri wang kepada saya. hehe. Keluarga lebih penting dari syarikat lama saya. weeee. Dengan Shaklee, kerja saya kini adalah berkongsi dan menyebarkan kebaikan Shaklee. Bukan itu je, pengetahuan kesihatan pun bertambah. No stress, no dateline. Blog saya umpama kedai 24jam. Saya tidur 2 pagi pun pelanggan boleh view produk dalam 'kedai' saya. Best kan?

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.