Penyakit Jantung Dan Pencegahannya

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu dikalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. 

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup seharian seperti diet seimbang, mengambil supplement berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada supplement kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.


Apa Itu Koenzim Q10 Dan Mengapa Ia Penting Untuk Tubuh Kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapakah Jumlah Pengambilan Dietari Koenzim Q10 Yang Kita Perlukan?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.
Tambahan lagi keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.
Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini.

Penyelesaian Untuk Anda
Dos pengambilan sebiji kapsul sehari selepas makan

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.