Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila hamil seorang wanita, tanggungjawab dia adalah hadir ke klinik kesihatan dan melapor diri untuk buka buku kehamilan a.k.a register kehamilan la kiranya tu. Dan dan lepas tu nurse pun bekalkan vitamin biasanya obimin dan asid folic. 

Maka jika anda hamil anak pertama dan anda takda capaian internet (of course la bukan anda yg sedang baca ni..hehe), pasti tertanya "Apa kejadahnya kena telan ubat-ubat besar ni. nak jadikan aku tikus makmal ke apa". hihi.

Analoginya mudah. Kementerian kesihatan nak ibu-ibu moden ni sedar. Zaman dah berubah. Orang dulu mana ada santap makanan dalam tin, fast food, processed food dan banyak lagi yang menyebabkan apa yang kita makan hanya sekadar isi perut, tapi tak beri zat. 


Kerana itu ibu hamil wajib ambil supplement tambahan di zaman moden ni kerana kualiti alam sekitar yang tercemar buatkan ibu cepat jatuh sakit jika badan  dan tak cukup zat. Tambahan lagi dengan demografi ibu moden yang bekerja. 

Sayangi la badan anda. Nak pakai lama tu. Orang dulu pandai jaga badan. Dengan teknologi moden kita dah mampu extrak apa yang perlu sahaja dari petua orang-orang dulu.
Disaat entry ni ditulis..kandungan saya baru berusia lapan minggu. Masih panjang lagi perjalanan yang adik Zara perlu tempuh. Untuk pregnant kali ni, saya consume vitamin Shaklee. 

Kalau dulu apa yang dibekalkan oleh klinik itu yang saya ambil. Apa yang disarankan ibu-ibu berpengalaman, pun saya telan juga. Saya ikut je saranan mereka tanpa selidik ubat-ubatan yang disyorkan..termasuklah obimin. Cuma kali ni saya lebih aware vitamin untuk ibu mengandung mana yang terbaik untuk kandungan kedua ni.

Jujurnya saya dulu bukanlah seorang peminat tegar vitamin dan disiplin makan pun ke laut..jadi saya tak heran sangat pun pasal vitamin ni. Sejak join Shaklee ni, saya mula belajar..buat research tentang jenis-jenis vitamin semulajadi, sintetik dan organik. Baru terbuka minda..kandungan seterusnya..vitamin semulajadi pilihan utama. Ni yang saya amalkan sejak dari awal kandungan.

Saya ambil set Mighty 3 Gems (ESP, Performance Drink, Meal Shakes) untuk tenaga memandangkan saya hamil sambil menyusu. Jujur cakap sesiapa yang dah pernah cuba pasti jatuh cinta sebab langsung tak penat dan lesu. Untuk bekalan nutrien saya ambil Vita-Lea, Vitamin C, B Complex dan Ostematrix. Alfalfa saya hentikan kerana tak sesuai pada awal kandungan.

Vitamin untuk ibu mengandung trimester pertama:
1. ESP
2. Vitalea
3. Vitamin C
4. Ostematrix
5. B Complex


Pada trimester ke 3 kita hanya tambah Omega Guard untuk membantu perkembangan otak bayi agar genius dan cerdik. Its our child after all. Mesti la nak nak terbaik kan. daripada spend sebulan RM30 kat fast food, baik spend duit tu beli Omega Guard. Ada dekat 20 manfaat Omega Guard selain untuk perkembangan otak bayi tau.

Manakala sesudah hamil boleh teruskan pengambilan vitamin yang sama, cuma tambah Zinc Complex untuk membantu luka cepat sembuh. Takyah la makan ikan haruan beli kat pasar tu. Lagi banyak duit belanja. Nak g beli la, bersihkan la, masak la. Harga ikan pun tak murah. Dunia dah moden. Zinc complex baru RM8 sebulan.Pinjam ayat iklan Inspira, "Yang bijak memilikinya". Hihi

Menyusukan anak memang memerlukan kalori dan tenaga yang banyak. Ditambah pula dengan kehamilan, setiap makanan yang saya ambil akan dikongsikan bersama anak dalam kandungan. 

Mengandung kali ni memang mencabar..sebab da ada toddler. Si kenit ni sangat aktif. Kalau dulu boleh lagi tidur bila nak, rehat baring-baring tengok tv..sekarang takde lagi. Memang kena keep fit. Segala aktiviti Zara saya kena pantau.

Ada yang mencadangkan untuk saya menghentikan penyusuan Zara. Saya akan buat entry khas kenapa saya pilih untuk tidak menghentikan penyusuan anak apabila hamil semula.

Vitalea saya makan setiap hari dan perubahan yang saya nampak..baru-baru ni kena amik darah. Rutin biasa ibu mengandung untuk check HB dalam darah dan test HIV. Apa yang mengejutkan saya..sejak dulu lagi HB saya susah sgt nak paras normal. Paling tinggi pun 11.0g/dL. Tapi kali ni bacaan HB saya tinggi 13.9g/dL...hohoho. Bangga jap..satu pencapaian untuk saya.

Vitamin C memang kena ambil..untuk bantu tingkatkan kadar serapan zat besi dengan lebih berkesan. Penting Vitamin C ni, boleh kuatkan sel tisu dalam badan dan pastinya untuk gusi dan gigi yang sihat. Saya tak mampu nak makan 7 biji oren sehari..jadi nak dapatkan khasiatnya saya telan sebiji Vitamin C ni dah cukup. Zara pun saya bagi sebiji sehari. Berkerut muka dia kemam vitamin C tu. Memang la tak manis tapi sedikit masam. Its acid after all. Kata vitamin semulajadi kan..Harus la tiada pewarna, perasa, dan pengawet tiruan.

Asid folic tu penting dalam pembinaan tulang dan elakkan kecacatan janin. Asid folic yang klinik bagi tu saya gantikan dengan B complex shaklee. Dalam B Complex ni ada banyak jenis vitamin b yang bagus untuk ibu mengandung.

Saya malas minum susu..walaupun takde masalah nak telan..hehe. Jadi saya makan ostematrix untuk replace pil kalsium yang diberi. Pengambilan pil kalsium di pasaran TANPA Magnesium dan Vitamin D akan menyebabkan risiko serapan tidak sempurna dan masalah lain dalam badan. 

Tahukah anda jika pengambilan kalsium bagi ibu hamil atau menyusu tidak mencukupi, kalsium daripada tulang akan diambil/dilarutkan untuk disalurkan kepada bayi anda. Haa..kesan dari kekurangan kalsium ni jadilah kekejangan kaki semasa tidur. Dan risiko osteoporosis. Lagipun saya makan 2 biji je sehari. Baru singgit. Lagi murah dari beli susu kotak. Again, "yang bijak memilikinya". hihi

Omega Guard saya belum makan lagi. Insya Allah..bakal dibeli tak lama lagi..hehe. DHA dan EPA dari omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Paras kolestrol dalam badan si ibu boleh dikawal. Dah tengok baby omega ni memang berbeza. Nampak cerdik dan tak payah diajar.. Mudah nak adapt ape yang diajar oleh ibu dia. Untuk adik Zara saya pun nak invest sikit beli Omega Guard.

Ni tips untuk prevent jaundis. Selalu orang kata ibu darah O ni mesti anak dia demam kuning. Saya galakkan anda untuk makan alfalfa. Tapi alfalfa cuma boleh diambil bila kandungan berusia 8 bulan dan ke atas. Di awal kandungan memang tak digalakkan untuk ambil sebab boleh induce contraction.

Ok ni la gambar set penuh kehamilan dari trimester 1 hingga bersalin. Semua boleh guna yang sama. Jimat.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.