Masalah - Masalah Di Awal Kehamilan

Bulan ni saya nak fokus pada set kehamilan. Sebab saya pun hamil. Kandungan pun masih baru di masa entri ni ditulis. Biasa wanita hamil memang akan banyak menghadapi masalah kesihatan di awal kehamilan. Puncanya mudah, perubahan biologi tubuh. Bila biologi tubuh berubah, tapi kita masih mengamalkan diet sama, maka badan kita akan kekurangan banyak zat yang diperlukan. Perubahan fizikal juga memberi kesan.



Tanda kekurangan zat ini yang dizahirkan melalui masalah kesihatan. Ia adalah pertahanan semulajadi tubuh kita for survival. Contoh kalau kita kekurangan kalsium, ia ditunjukkan dengan cramp. Bayangkan kalau tubuh kita tiada sistem pemakluman awal. Tiba-tiba je tulang patah sebab rapuh. Tak ke naya tu? Sebab tu rasa sakit tu satu rahmat. 

Saya teringat dalam satu talk show barat, undangan dia seorang kanak-kanak yang tak boleh merasa sakit. Sebab kecacatan gen. Jika anda fikir best sebab tak rasa sakit, anda silap! Ia buatkan hidup budak tu misserable. Bayangkan bila jatuh, tangan patah tapi dia tak rasa apa. Tahu tahu je tiba tiba tangan hitam sebab mati. Haa. tu belum kira jika kena jangkitan kuman. Kalau kita demam makan ubat. Tapi dia demam pun tidak. Tiba-tiba badan bertukar warna. Doktor nak diagnosis pun susah.
 
Enough with that, mari  kita lihat masalah-masalah di awal kehamilan
 
1. Mabuk hamil
Selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala berlarutan melepasi minggu ke 13. Mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil. Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya mengandung meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan keadaan ini, makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit. Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur.
Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah. Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik. Ramai customer saya makan Pepermint-Ginger Plus untuk menghilangkan masalah ni.

2. Sembelit
Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus. Oleh yang demikian ia memperlahankan pergerakan bahan makanan. Minumlah lebih banyak air dan tambahkan lebih banyak serat dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian. Anda perlu elak dari mengambil julap semasa hamil. Ostematrix terbaik mengatasi masalah ni.

3. Pedih hulu hati
Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak. Ubat antasid boleh membantu melegakan pedih hulu hati ini. Ingat bahawa anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini. Pedih ulu hati atau gastrik cara paling baik mengatasinya adalah mencegah. Kami syorkan ESP untuk mengatasi masalah pedih ulu hati.

4. Sakit Belakang
Berat badan bayi dalam kandungan menyebabkan perubahan kepada pusat graviti. Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda mempunyai postur yang tidak baik.Untuk mengurangkan sakit belakang:

Pakai kasut tumit yang rendah.
Ampukan belakang anda apabila duduk.
Tidur di atas tilam yang keras.
Berjumpa doktor anda jika sakit belakang menjadi semakin teruk.

5. Buasir
Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil. Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut. Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk buasir. Alternatifnya anda boleh ambil Ostematrix, Omega Guard, dan Zinc Complex. Kesemua ni set untuk sakit buasir, set ni juga terkandung dalam set hamil dan seterusnya berpantang. Jimat. Beli sekali boleh guna sampai menyusu.

6. Tidak dapat tidur (insomnia)
Kesukaran untuk tidur di waktu malam disebabkan oleh naik turunnya emosi mengandung. Elakkan dari makan terlalu banyak sebelum tidur. Cuba tidur dalam kedudukan yang lebih selesa. Jika perlu, elak dari mengambil ubat penenang atau ubat tidur semasa mengandung. Ubat penenang dan pil tidur ini boleh membahayakan anak dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor jika anda benar-benar memerlukannya ketika anda sedang mengandung. Bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan set kehamilan Shaklee iaitu ESP, B-Complex, Vita-Lea, Omega Guard, dan Ostematrix.

7. Gatal-gatal
Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut. Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam. Tapi kami ada pilihan bijak dan selamat. Produk Shaklee terkenal semulajadi tanpa bahan kimia. Untuk gatal-gatal, kami cadangkan Herbal Blend.

8. Sembab/bengkak di kaki dan buku lali
Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak diperlukan. Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar. Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.

9. Vena varikos
Vena varikos selalunya terjadi di kaki. Di kalangan sesetengah wanita ia berlaku di bibir faraj. Elakkan dari berdiri terlalu lama. Gunakan stoking untuk melegakan keadaan. Kekejangan kaki. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan kalsium. Biasanya dirawat dengan tablet kalsium. Tentunya sumber kalsium terbaik adalah Ostematrix!

10. Serangan pengsan
Selalunya berlaku dalam minggu ke 28 yang pertama dan seringkali disebabkan postur. Pembesaran rahim menekan saluran aorta dan vena cava yang merupakan saluran darah besar terletak di belakang rahim. Pengurangan pengaliran darah balik ke jantung akan berlaku jika anda bangun secara tiba-tiba. Tukar postur anda secara perlahan-lahan untuk mengelak dari masalah ini.

11. Kerap membuang air kecil
Ini kerapkali berlaku di awal kehamilan disebabkan pembesaran rahim yang memberi tekanan ke atas pundi kencing. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan. Terasa sakit, kerap membuang air kecil dan bangun pada waktu malam lebih dari sekali mungkin merupakan tanda jangkitan saluran kencing yang sangat biasa semasa mengandung.

12. Peningkatan lelehan dari faraj
Ini disebabkan oleh peningkatan rembesan yang dihasilkan oleh pangkal rahim. Terasa kebas dan berdenyut-denyut di jari-jari? Ini boleh diatasi melalui fisioterapi dan senaman

Alhamdulillah sejak amalkan beberapa produk  Shaklee, memang terasa berbeza jika dibandingkan dengan kehamilan Zara dulu. Jika anda berpeluang hamil, hamillah sambil menggunakan produk Shaklee. Dijamin puas hati. Alhamdulillah saya sudah hamil 2 bulan dan none of those saya alami. Rasa bertenaga sepanjang hari. Jika mempunyai sebarang kemusykilan boleh hubungi saya.


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.