Zinc Complex Shaklee Membantu Pesakit Diabetis - Penemuan Kajian

Penyakit jantung dan kencing manis. Tambah sekali kanser dan anda mempunyai trifecta pembunuh yang melanda dunia hari ini . Bagaimana jika terdapat satu mineral yang simple, tetapi mampu mengurangkan risiko dua daripada tiga penyakit tersebut?? Menurut penyelidik dari Sri Lanka , mineral zink mungkin adalah keajaiban tersebut.


Kaitan Zink Dan Diabetes 

Seperti yang telah kita ketahui, terdapat hubungan yang kuat antara zink dan insulin. Malah, pesakit diabetes sering mempunyai paras zink yang lebih rendah berbanding bukan pesakit diabetes. Salah satu sebab menjurus kepada perkara ini adalah pesakit kencing manis cenderung mempunyai peningkatan perkumuhan zinc atau dengan kata lain zink dikeluarkan melalui kencing.

Selain itu, kadar gula dalam darah tinggi - petanda utama diabetes - mewujudkan tekanan oksidatif yang ketara. Penggunaan antioksidan telah terbukti membantu meningkatkan pengoksidaan, dalam masa yang sama juga meningkatkan tindak balas badan terhadap insulin.

Malangnya, risiko penyakit kardiovaskular di kalangan pesakit kencing manis adalah lebih sukar untuk ditangani . Penyakit jantung koronari adalah punca utama kematian di kalangan pesakit diabetes jenis 2. Antara punca utama tentulah masalah obesiti ,termasuk faktor-faktor lain seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol LDL yang tinggi, dan nisbah tidak seimbang paras kolestrol LDL kepada kolesterol HDL.

Mengambil kira semua ini, penyelidik ingin tahu sama ada jika ada apa-apa peningkatan dalam tahap gula sama ada darah atau paras kolesterol bagi pesakit kencing manis jenis 2 apabila mengambil multivitamin dengan atau tanpa zink

Zink untuk Penyelamat
 
Lapan puluh enam orang mengambil bahagian dan melengkap kajian. Kesemua telah didiagnosis dengan diabetes jenis 2 untuk sekurang-kurangnya dua tahun dan semua telah mengambil ubat kencing manis (sama ada sulfonylurea , metformin atau gabungan keduanya ).

Penyelidik secara rawak membahagikan peserta kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama mengambil multivitamin / mineral. Ia mengandungi vitamin A, D3 dan E , magnesium , mangan , tembaga dan selenium. Kumpulan yang kedua mengambil multivitamin / mineral yang sama, tetapi dengan tambahan sebanyak 22Mg zink. Kumpulan ketiga telah diberikan plasebo. Ketiga-tiga kumpulan telah mengambil satu tablet sehari selama empat bulan.

Sampel darah diambil pada permulaan kajian dan selepas empat bulan. Pada akhir tempoh kajian itu, penyelidik mendapati pesakit dalam kumpulan zink / multinutrient mempunyai pengurangan ketara secara statistik paras gula dalam darah mereka , berbanding dengan kedua-dua kumpulan yang lain.

Kumpulan zink juga menyaksikan pengurangan ketara dalam paras Hb
( A1c ) , yang digunakan untuk mengukur jumlah glukosa dalam darah dalam tempoh masa yang panjang . Perubahan dalam kedua-dua kumpulan lain tidak ketara.

Di sudut kolesterol, kumpulan zink mengalami pengurangan dalam paras kolesterol LDL, manakala kedua-dua kumpulan multinutrient dan multinutrient + zink menunjukkan penurunan yang ketara nisbah  paras kolestrol LDL -kepada- HDL. Sebaliknya, kumpulan plasebo mempunyai peningkatan dalam nisbah ini - tak bagus.

Ini penting kerana fungsi kolestrol HDL adalah untuk mengambil kolesterol lebihan di dalam darah dan menghantar kembali ke hati. Jika anda mempunyai kolesterol LDL yang lebih daripada apa yang kolestrol HDL boleh kendalikan , ini bermaksud anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Oleh itu , menjaga kedua-dua jenis kolesterol dalam keseimbangan yang betul boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular.

Berdasarkan penemuan ini , penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengambilan zink bersama dengan multivitamin / mineral secara oral  boleh membantu pesakit kencing manis memperbaiki tahap gula dalam darah serta paras kolesterol mereka.
 

Apa yang Boleh Anda Lakukan

Sama ada anda mempunyai kencing manis, kekurangan insulin, atau hanya mahu melindungi diri anda daripada paras glukosa yang tinggi, zink adalah mineral yang terbaik untuk anda.

Untuk memastikan anda akan menikmati manfaat yang sama seperti seperti dalam kajian ini, anda perlu dapatkan multinutrient yang mengandungi vitamin A, D3, E , magnesium , mangan , tembaga dan selenium, serta sekurang-kurangnya 22 mg zink. Jika multivitamin tersebut mengandungi
kurang zink , anda mungkin mahu mengambil zink tambahan dalam diet anda.

Credit

Bagi pesakit diabetis samada tahap 1, 2, 3, atau ibu hamil yang menghidapi diabetis, pencegahan dari berlakunya kencing manis adalah jalan terbaik untuk pulih sepenuhnya dalam jangka masa panjang. Cadangan supplement Shaklee untuk pesakit kencing manis yang mengandungi vitamin A, D3, E, Magnesium, Mangan, Tembaga, Selenium, dan Zink adalah Vita-Lea dan Zinc Complex. Makanan tambahan lain untuk membantu mengawal paras gula dalam darah yang normal untuk pesakit Diabetis adalah ESP. Hubungi saya jika anda berminat mendapatkan produk ini dan khidmat nasihat cara penggunaan bagi mengatasi masalah anda.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.