Testimoni Vivix - Bantu Pulihkan Denggi Anak Kecil Saya Dalam Masa 7 Jam

Sempena promosi Vivix ni saya nak share sikit testimoni saya, apa yang Vivix dah lakukan pada anak kecil saya..Kisahnya bermula bila Zara demam. Badan panas. Ibu mana la kan tak risau..Masa tu saya cuba sejukkan suhu badan Zara dengan asam jawa. Hihi

Balut kepala lepas lumur asam jawa + Tampal Cool Fever
Masa ni walaupun suhu badan Zara tinggi, dia masih aktif. Tapi bila malam je badan dia memang sangat panas. Cecah 38'c. So kami decide Isnin bawa g klinik kesihatan sebab nak kata dia demam, siang memang aktif panjat sana sini. Maybe sebab kami bagi dia secubit Performance Drink dalam minuman untuk pastikan dia tak lemah je. So isnin tu g Klinik kesihatan bila sebut demam sejak Jumaat, terus kaunter suruh ambil darah sebagai standard procedure.
video
Lepas ambil darah, bacaan platelet dia 145. Hari selasa kena datang lagi ambil darah.Waktu ni dah nampak dia mula tak aktif. Kerap nak menyusu dan masuk buaian tidur. Tiada lagi gelak tawa. Malam tu kami start hancurkan sikit Vitalea dan Vit C bancuh dalam susu dia sebab Zara taknak makan sangat. Saya cuma nak pastikan dia dapat khasiat tambahan untuk kuatkan ketahanan badan. 

Saya buatkan sup ketam sebab ayahnya dulu suspek denggi makan sup ketam 4 hari memang nampak kesan. Mula2 platlet darah putih akan stabil. kemudian baru menaik semula. Hari selasa bila ambil darah bacaan 138. Seperti yang dijangka, penurunan tu sikit je lepas makan sup ketam. Tapi yang menjadikan masalah Zara tak berapa nak hirup sup dia sebab air sup tu yang bantu naikkan platlet darah. Sudahnya rabu tu g klinik kesihatan platlet Zara jatuh 97 dan dapat surat cinta kena admit kat Hospital Sultanah Aminah.

Sebelum pergi ke hospital..hubby decide bg Zara Vivix tanpa pengetahuan saya..untuk pengetahuan anda, hubby saya pun aktif membaca produk Shaklee tau..most of entri dalam blog ni ditulis hubby sebab dia memang minat belajar something new..so dia bagi Zara setitik Vivix..dan untuk pengetahuan u all juga, Vivix tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 18tahun, ibu hamil, dan ibu menyusu. Alasannya Vivix ni melambatkan proses penuaan, maka kita taknak la kanak-kanak lambat membesarkan?

Tapi untuk pengetahuan anda juga, Vivix dengan resveratrol dan polifenol ni bertindak sehingga ketahap selular..selular ni macam DNA tau..ia repair balik DNA yang rosak. Dan untuk pengetahuan anda juga, ketika kita jatuh sakit, banyak DNA kita akan rosak dan mati. Jadi pengambilan Vivix dalam masa singkat mampu mempercepatkan penyembuhan.

Ini terbukti apabila petang tu ambil darah platelet Zara naik kembali 101 (7pm). Sedih tau bila anak kecil kena ambil darah. Nurse bedung dengan kain, terjulur tangan sikit untuk cucuk jarum untuk tiub. Menjerit anak kecil tu..tapi sebagai ibu kita pun faham kan..Dan malam tu beberapa kali doktor ambil darah sebab platelet Zara naik mendadak tetapi dalam masa yang sama hemoglobin dia bawah paras normal (11). Saya kira 3 kali semasa dalam wad (8pm; 10pm; 12am) sampaikan Zara fobia bila ada strangers datang. 



Doktor pelik sebab jika ikutkan bacaan hemoglobin tu, Zara sepatutnya pucat dan lesu. Ni elok je dah mula aktif. Makan pun suap sendiri. Malam tu seorang doktor pakar (professor) datang pukul 12:30am buat semakan dengan doktor pelatih. Kes saya special sebab unik. Bacaan terakhir tunjukkan kenaikan positif. Zara dah dibenarkan keluar wad sebab semua bacaan darah dah menaik melepasi tahap ideal (Platelet 165; Hgb 11.8). Lega dengar.. 


Sepanjang Zara duduk wad, takda makan ubat atau masuk air. Sebabnya doktor tau Zara menyusu badan, tu dah memadai sebagai ganti ubat. Lagipun Zara tidak kelihatan seperti perlukan ubat. Berdasarkan kes anak saya dan pengalaman hubby kena denggi, MIL pun seminggu demam dalam wad lemah tak bermaya, saya percaya Vivix berganda lebih berkesan berbanding minuman isotonik, sup ketam dan lain2 petua kerana bertindak dalam masa beberapa jam je. Hubby bagi Zara setitik Vivix dalam pukul 4 petang, pukul 11 malam bacaan darah dah ok. Semua dengan izin Allah. Alhamdulillah. Esoknya tunggu pengesahan doktor untuk check out..lihat la Zara..melalui satu malam kat wad cukup cukup la..tak larat nak duduk lama2..
video


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comments:

  1. Assalam. Boleh saya tahu, masa Zara consume vivix ni dia umur brapa tahun ye? Sbb anak saya ada stroke, umur baru 1 tahun

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.