20 Langkah Cara Beli Shaklee Online Dari Laman Web Shaklee Dalam Masa 5 Minit

Assalamualaikum..malam ni saya nak share sikit salah satu kemudahan yang disediakan pihak Shaklee untuk semua pengedarnya iaitu jual-beli-pos semuanya 100% online. Saya sangat suka sebab:
  1. Tak perlu keluar modal. Customer bayar saya, on the spot saya terus order untuk dia dan dia akan dapat official receipt dari Shaklee di email.
  2. Beriklan, terima bayaran, beli stok, pos barang semua depan laptop kat rumah sambil jaga anak. Tak perlu terkejar-kejar seperti kerja office dulu. I like banyak-banyak. Stress cepat tua tau..hihi
  3. Official receipt Shaklee bagi di email. Nampak profesional. Boleh claim syarikat kalau nak. hihi
  4. Tracking no Shaklee SMS terus pada customer bila barang dah dipos.
  5. Biasanya saya beli hari ni, esok sampai - cepat. Tapi haruslah ada cut off time dia untuk penerimaan keesokan hari kan..Tu pun bergantung kepada kawasan penyerahan.
Kini sesiapa pun boleh menjadi pengedar Shaklee yang berjaya. Apa yang perlu hanyalah keinginan untuk berjaya, Modal RM75 seumur hidup, ada medium yang sesuai untuk jalankan perniagaan dan anda boleh hidup bahagia bersama anak dan suami bekerja hanya dari rumah. 

Ok enough with that, berikut merupakan cara-cara membuat pembelian online menggunakan laman web ahli Shaklee. Semoga bermanfaat kepada SID yang membaca, dan juga kepada yang mempunyai keinginan menambah pendapatan secara sampingan mahupun serius.

1- Masuk laman web Shaklee Malaysia http://www.shaklee.com.my/bm/main.asp . Log masuk ahli

2- Login akaun anda

3- Paparan pertama adalah member message. Sila lihat berita terkini seperti produk yang kehabisan stok

4- Pilih shopping gambar bakul warna merah tu

 5- Pilih setuju@agree dan klik next

 6- Keluar paparan maklumat PENERIMA barang yang dibeli. Jika anda adalah penerima, maka guna maklumat anda. Jika nak beli untuk pelanggan. Tukar maklumat pelanggan. NO HP PENERIMA BARANG SANGAT PENTING SEBAB KURIER NAK HANTAR PERLU NO HP PENERIMA KALAU PENGHANTAR TAK JUMPA RUMAH

7 - Anda boleh pilih barang dari list. Barang yang kehabisan stok di gudang tidak akan dipaparkan.

8 - Atau search. Barang yang kehabisan stok di gudang tidak akan dipaparkan.

9 - Klik Add to shopping cart

10 - Jika nak tambah barang, klik continue to order. Jika tiada tambahan, klik submit.

11 - Paparan jika mempunyai beberapa item

12 - Pilih credit / debit card dan klik confirm your payment method

13 - Maklumat ini diisi berdasarkan pemilik kad ye. Jika kad ATM anda ada 3 angka dibelakang kad macam dalam gambar, debit card la tu. Untuk first time transaction menggunakan kad tersebut untuk pembelian online, anda mungkin perlu hubungi pihak bank jika kad belum boleh digunakan untuk urusan online. Pastikan juga anda pernah mendaftarkan no hp anda dengan bank atau ATM berdekatan untuk penerimaan transaction e-pay code / TAC no.

14 - Paparan order anda akan muncul. Sila semak dan jika tiada pembetulan, klik confirm order

15 - Klik ok tanda anda faham

16 - Antara yang anda tak boleh buat:
1- Klik F5
2- Klik refresh browser
3- Klik back
4- klik Backspace
5- hilang sabar sebab internet slow..hehe

17 - Anda akan dapat SMS dari bank anda kod 6 angka

18 - Lagi sekali jangan klik apa-apa. Tunggu.

19 - Yeay berjaya..kadang2 saya pernah hadapi 'connection time out'. then saya klik resend. then baru berrjaya. berjaya jika ada keluar paparan ni ye..selagi tak keluar paparan ni, selagi tu belum berjaya. kemudian anda akan menerima lagi satu SMS dari bank menyatakan pembayaran telah dibuat kepada Shaklee.

20 - Ini official receipt. Satu salinan terus dihantar ke email penerima yang anda isi tadi

Siapa kata menjual Shaklee susah? Tak perlu keluar rumah, keluar pejabat pos pun boleh menjual Shaklee. Kalau anda pemalu macam saya, duduk balik laptop malu juga ke? Hihi. Apa yang penting adalah keinginan untuk mencipta nilai dalam hidup. 

Dengan Shaklee, saya bantu tingkatkan kesihatan orang lain, saya bantu family dari segi pemberian supplement dan duit, saya berhenti kerja jaga anak sendiri di rumah. Seronok tau berniaga Shaklee. Dulu kerja pejabat mana dapat nak solat dhuha hari2 kan? Alhamdulillah sejak join Shaklee kehidupan banyak berubah.

Berniaga bukan macam makan gaji. Rajin kita usaha, betul cara usaha, cepat kita maju. Perniagaan tak berkembang disebabkan faktor masa macam makan gaji, ia memerlukan diri sendiri berusaha untuk perniagaan sendiri. Sejujurnya sejak saya join Shaklee 6 bulan sudah, graf sales dan bonus saya tak pernah menurun. Alhamdulillah. 

Saya melihat diri saya lebih baik dalam tempoh 2 tahun akan datang berbanding makan gaji di syarikat lama. Itu kita panggil cita-cita. Sehingga jumpa lagi. Nak join Shaklee roger saya ok. Bukan susah pun..saya buat entri ni pakai sempoi je..hihi

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

3 comments:

  1. search free shaklee td jumpa blog ni..
    Hehe..ingatkan nak bagi free vitamin..
    apapun banyak info pasal shaklee kat sini..terbaik!!
    ~ Shah

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.