Testimoni Set Kehamilan - Hamil 5 Bulan Tanpa Masalah Kehamilan - Ulang Tahun Batu Karang Dalam Hempedu

BEZA..MEMANG BERBEZA

Saya syukur sangat tau kenal Shaklee..sebab apa tau..ada tak satu produk atau jenama yang you boleh consume sejak dari hari you berusaha nak dapatkan zuriat, kemudian hamil, kemudian bersalin, kemudian berpantang, kemudian menyusu semua guna produk yang sama..itulah keunikan Shaklee set kehamilan yang saya ambil. Topup 1 @ 2 jenis vitamin je untuk tujuan berbeza pada trimester berbeza.

Dulu pengalaman hamil Zara, macam2 masalah kesihatan..rasa mengandung tu sesuatu yang membebankan..sebab masa tu ilmu kehamilan cetek..kehamilan kedua ni, ini yang saya makan. Alhamdulillah siapa pernah try mesti suka.

1- Badan rasa ringan
2- Tak kejang malam2
3- Takda loya2
4- Sentiasa bertenaga sepanjang hari urus Zara lagi
5- Berat badan naik cantik
6- Report book cantik
7- Kulit, kuku, wajah kekal cantik. opppss
8- Bad mood? xda sebab nak bad mood
9- Banyak lagi..nak tau cuba la


Saya tak kisah melabur untuk kesihatan, dari duit dibazirkan ke tempat lain belum tentu ada hasil kan?hihi. Saya tulis entri ni sebab hamil anak pertama dulu, ketika Zara 5 bulan dalam perut, saya kena batu karang dalam hempedu. Saya xtau punca, boleh jadi vitamin sintetik klinik yang tak terurai habis, boleh jadi makanan lain. Saya tak tau.

Ia bermula bila kulit dan mata saya menjadi kuning dan terasa sangat sakit pada bahagian belakang.(Bayangkan batu dalam organ anda). Dah la mengandung 5 bulan, nak solat menggigil gigil saya tahan sakit menangis. Allah je yang tahu. Malam tu terus pergi klinik, berdasarkan fizikal doktor tu tulis surat ke hospital. Malam tu juga saya ngn hubby balik Gemas (anak ayah nak berkepit ngn ayah..hihi)

Esoknya kami pergi ke Hospital Kuala Pilah. Lepas 2 kali scan, 6 jam menunggu. Doktor sahkan ada batu karang kecil2 dalam hempedu saya. Jangan fikir duduk hospital sakit boleh berkurang. Takda maknanya. Malam tu suami saya gastrik menunggu saya. Dia cuma makan roti dengan jagung manis sebab kantin dah tutup. Subuh tu doktor pakar bagitau saya perlu dipindahkan ke Hospital Seremban sebab hospital tu tak cukup kelengkapan untuk masalah saya. Subuh tu kali pertama saya dan suami naik ambulan..hihi

Bila sampai hospital Seremban dah tengah hari..suami saya pula dah muntah2 sebab gastrik. Saya pula menahan sakit menangis-nangis. Bermulalah rawatan saya di situ. Doktor memberi skala 1-10 untuk tahap kesakitan saya. Bagi saya 6 itu ibarat sakit bersalin. Skala 6 adalah sakit yang saya rasa setiap 30 minit.. Sakit bersalin..sakit masa tu je..lepas bersalin dah terus ok. Tapi batu hempedu sakit dia berterusan. 

Saya kena tunggu sampai 3 orang doktor datang silih berganti. Ujian darah tak perlu cakap la..berkali2 ambil darah. Rawatan yang cuma beri..masuk air dalam badan. Dan sejenis ubat yang hanya mengurangkan sakit. Dan akhirnya pakar bedah turun jumpa saya..dan bincang. Rawatan berkesan hanyalah pembedahan untuk mengeluarkan batu hempedu. Dan jika pembedahan dilaksanakan.. hanya dua kebarangkalian akan berlaku 
  1. Saya sembuh dan anak dalam kandungan lahir cacat 
  2. Saya sembuh dan anak dalam kandungan meninggal dunia
Tapi perlu tunggu 7 bulan supaya baby boleh dikeluarkan. Sementara tu mereka cuba beri saya ubat untuk disolve batu karang tersebut. Pembedahan ghaib buang batu karang? Ramai berjaya? Kalau you all nak tau siapa yang melakukannya telah jatuh syirik tau. tak kira la zahirnya nampak macam islamik, dari sudut akidah dan iman perbuatan tersebut salah di sisi Islam. Ini berdasarkan kajian kami.

Berkat doa dan tawakal, akhirnya batu karang saya tidak lagi dijumpai bila usia kandungan 7 bulan. Tapi pengalaman tersebut buat saya serik untuk kendekut duit bila ia berkait dengan kesihatan. Sebab tu hamil kali ini saya ambil set lengkap Shaklee. Kalau anda rasa sakit bersalin tu untuk beberapa jam, bayangkan ia berlaku setiap 30 minit selama sebulan. Sanggup? By the way gastrik suami saya tak pernah menyerang lagi sejak kami amalkan Shaklee :-)
Gambar landskap suami ambil ketika di Hospital Seremban..masa ni Raya Haji..lama saya duduk wad..suami datang dari JB bila saya boleh check out..hihi..
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

3 comments:

  1. Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

    Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.

    Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

    Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan
    antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi kami dengan emel agropluz@gmail.com / 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.


    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. DR GETOX telah diguna oleh ramai untuk merawat batu hempedu. Testimoni daripada pesakit dan pelanggan banyak dipapar di Facebook fanpage kami DR GETOX. Sila layari Facebook Fanpage kami DR GETOX dengan serta merta.

    HARGA ISTIMEWA UNTUK SETIAP PEMBELIAN DR GETOX mulai Oktober 2014.

    Promosi hebat untuk pembelian DR GETOX kepada pesakit yang memerlukannya.

    Syarat: Buat tempahan dengan klik LIKE di Facebook fanpage kami DR GETOX ---> PM kami untuk tanya penerangan DR GETOX dan harga -> diskaun akan diberikan.

    Servis pengiriman COD akan diatur kepada pesakit yang duduk di sekitar Klang Valley. Servis kurier akan disediakan kepada pesakit batu hempedu yang duduk di luar bandar Kuala Lumpur dan Selangor.

    HUBUNGI kami hari ini.

    Sekian, terima kasih.


    Yang benar,
    Win
    Marketing Director
    Agro pluZ Biotech Sdn Bhd
    Call : 012 345 4977
    WhatsApp: 012 345 4977

    Kepada pesakit yang telah guna Dr Getox pasti dah rasa kesannya yang ternyata -)

    Pihak pengurusan Dr Getox dapati bahawa serangan batu hempedu berasal daripada lemak visceral yang terlalu banyak. Lemak visceral ini turut menakibatkan diabetes, kolesterol tinggi, sakit jantung, uric acid dan sebagainya.
    Kini, pihak kami dah bertambah dengan produk yang terbaru untuk menyingkirkan lemak visceral. Kepada mereka yang diserang batu hempedu, anda boleh ambil Dr Getox untuk membubarkan dan menyingkirkan batu. Selepas ambil Dr Getox, anda boleh ambil supplements kami untuk mengurangkan lemak visceral supaya batu hempedu tidak kembali lagi disebabkan lemak visceral lemak yang masih ada di dalam organ badan.

    Hubungi kami hari ini untuk sebarang pertanyaan mengenai Dr Getox dan supplements kami.
    WhatsApp/ Call: Win (012 345 4977)
    Facebook Fanpage: DR GETOX

    ReplyDelete
  3. Chan Mar Win bekas wakil jualan Dr.Getox kerana tidak jujur dia telah dibuang oleh pengurusan syarikat itu sejak Julai 2014. Akhir-akhir ini kami mendapati Chan Mar Win menjual produk yang sama di pasaran di bawah jenama yang sama iaitu Dr Getox (TM) tanpa kebenaran menggunakan Agro Pluz Biotech Sdn Bhd untuk mempromosikan produk tiruan melalui Facebook di pasaran tempatan ... dengan satu lagi jenama baru iaitu Dr Jetox

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.