Ubah Gaya Hidup Elak Kanser Tapi Guna Vivix Sebagai Anti Kanser

Assalamualaikum para pembaca. Kanser adalah suatu penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Sebenarnya semua orang ada sel kanser iaitu tahap sifar. Cuma hanya bila sel kanser dalam tubuh seseorang tu mencapai tahap 1 barulah kita dapat mendiagnosis kanser seseorang itu kerana kanser pada tahap sifar adalah sangat sukar dikesan kerana saiznya yang terlalu kecil. 


Persoalannya jika semua orang ada sel kanser mengapa ia tidak berisiko? Ini kerana sel kanser boleh terhapus atau terkawal melalui pemakanan kita. Ye, kuncinya pada pemakanan kita. Makanan yang bersifat antioksida dan beralkali mampu mengurangkan risiko pertambahan sel kanser. Makanan berasid dan makanan yang mengganggu sistem tubuh seperti makanan segera pula mengaktifkan dan meningkatkan bilangan sel kanser tersebut. So jom saya share info kanser dari akhbar Utusan Malaysia ni.

Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya boleh dicegah setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam.

Pakar Kesihatan dari Institut Penyelidikan kanser Amerika Syarikat (AICR) dan Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) percaya bahawa membuat sedikit perubahan mudah bagi gaya hidup seharian boleh mencegah kira-kira 40 peratus kanser payu dara di Britain dan Amerika Syarikat.

Begitu juga bagi beribu-ribu kes kanser usus, perut dan prostat.

"Sungguh menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain," kata MArtin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.

Menurut Wiseman, di China saja sebanyak 620,000 kes kanser atau 27 peratus boleh dicegah, manakala di AS sebanyak 35peratus atau 340,000 kes dan di Britain sebanyak 37 peratus.

Gaya hidup yang sihat juga dapat mencegah 61,000 kes kanser di Brazil dan 79,000 kes di Britain.

Penemuan WCRF tersebut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menyarankan bahawa kerap berenam boleh menghalang banyak penyakit seperti kanser, sakit jantung dan diabetes.

Kanser merupakan punca kematian utama di seluruh dunia dan insidennya terus meningkat.

Setiap tahun kira-kira 12.7 juta orang didapati menghidap kanser dan 7.6 juta orang mati disebabkan penyakit yang berbentuk kanser. Terdapat kira-kira 200 jenis kanser yang diketahui.

Mengikut Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), kanser akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada 2008 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, WHO yang beribu pejabat di Geneva menyebut, kadar aktiviti fizikal yang rendah menjadi punca utama kepada anggaran 21 hingga 25 peratus kes kanser payu dara dan usus, 27 peratus bagi kes diabetes dan 30 peratus kes penyakit jantung di seluruh dunia.

Timbalan Ketua Bahagian Sains WCRF, Rachel Thompson, berkata walaupun mesejnya mudah - iaitu jangan merokok, makan makanan yang baik dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu mengelak kebanyakan jenis kanser - namun ia sukar untuk difahami oleh orang ramai.

"Kita sudah cuba sebaik mungkin untuk sampaikan mesej tentang ini yang anda perlu makan dan jumlah ini yang sepatutnya anda lakukan senaman, tetapi masih sukar untuk difahami".

WHO turut menyebut bahawa individu dewasa sepatutnya melakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 150minit seminggu.

Ini boleh dilakukan hanya dengan berjalan kaki selama 30minit lima kali seminggu atau berbasikal ke tempat kerja setiap hari.

Dalam pada itu Ketua Yayasan Paru-Paru Sedunia, Peter Baldini juga menyeru semua kerajaan di seluruh dunia memperkenalkan undang-undang bebas rokok dan menaikkan harga rokok.

Ini kerana rokok telah membunuh berjuta-juta perokok setiap tahun dan kanser paru-paru berkaitan dengan tabiat merokok juga telah membunuh beribu-ribu orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.

Memang tidak ada peluru ajaib yang dapat menyembuhkan semua bentuk kanser, tetapi kita ada peluang dan obligasi untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada apa juga bentuk kanser dalam apa juga cara," kata Baldini.

Sumber daripada UTUSAN MALAYSIA - 8 Februari 2011 (MegaMode)
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.