Testimoni - Vivix, Nutriferon Dan Performance Drink Ketika Rawatan Bantu Pesakit Demam Denggi Berdarah Pulih Keesokan Harinya

Assalamualaikum..hari ni nak share testimoni pelanggan saya. Seorang pesakit demam denggi berdarah di Hospital Sultanah Aminah yang semakin pulih selepas makan Vivix, Nutriferon, dan Performance Drink. Kisahnya begini....

Inilah rupa Nutriferon, Vivix, dan Performance Drink kalau nak tau..
Malam tu pukul 11 malam..suami dah tidur. Then satu call masuk. Bila dengar suara Chinese lelaki mengelabah saya pass kat suami..suara I untuk suami I je hokeh..hihi.hubby dengan mamai jawab call orang tu..dia nak beli 2 Nutriferon, 1 Vivix, dan 1 Performance Drink untuk abang dia kat Hospital Sultanah Aminah, tapi dia kat KL (dia ni adik..bagus adik belikan abang Shaklee)..

Dia nak COD..hubby cakap boleh..dia cakap "woo..bagus haa u punya servis..i call lain tak nak hantar"..then hubby cakap deposit kena 50% tapi dia keberatan (maybe dia takut kena tipu)..so fikir punya fikir ok la kami accept..lepas letak call hubby cakap "kalau dia cancel, kita hantar lebih banyak nyamuk Aedes"..haha..

Kami sebenarnya perlukan deposit at least 50% untuk elakkan pelanggan cancel beli last minute bila kami dah beli guna duit kami..tapi sebab dia kes emergency dan saya pun niat jual Shaklee ni sebab nak bantu orang maka esoknya suami pun beli la tengahari tu sebelum waktu melawat. Naik motor Modenas je pun..cepat dan pantas menyelinap celah jem kota Johor Bahru.hihi

Bila sampai hubby terus la pergi blok B..tak susah pun sebeb sebulan dua sebelum tu saya dan Zara tidur wad B ni kalau nak tau..pun sama kes denggi..ada saya ceritakan kisahnya kat Testimoni Vivix - Bantu Pulihkan Denggi Anak Kecil Saya Dalam Masa 7 Jam. Kami dulu level 2. Pesakit ni ground level..

Blok B Hospital Sultanah Aminah..gambar luar je..hehe
Masa ni belum tahu denggi berdarah tau..jadi suami saya arahkan makan Nutriferon seetiap 2 jam. Vivix pula sehari sesudu teh. Dan performance drink 3 kali sehari. Pesakit ni dah 6 hari dalam wad..kalau ikut pengalaman, 6 hari biasanya dah sihat..suami cakap dia pun nampak ok je boleh berjalan sana sini..

Tapi kaaaannn..malam tu adik dia call semula dalam 9PM..nak lagi 2 botol Vivix dan 6 kotak Nutriferon untuk abang dia! Sebab abang dia positif denggi berdarah..hui bahaya tu..adik dia ni pun familiar dengan produk Shaklee tau..dia ikut saranan seorang Master kenalan beliau untuk ambil Nutriferon ni sejam sepeket..Vivix saya tak pasti berapa dos. Mungkin sehari 2 atau 3 sudu.
Tapi esok paginya bila buka sms yang dihantar jam 1 pagi, adik dia bagitau abang dia dah get better..12jam selepas menggunakan Nutriferon, Vivix, dan Performance Drink..Berita yang melegakan hati saya :-) jadi adik dia kurangkan Vivix dari 2 botol kepada sebotol dan Nutriferon dari 6 kotak kepada 4 kotak.
Gambar guna webcam..maaf kualiti huduh..huhu..camera tab sejak Zara baling dah tak boleh zoom..jauhi anak anda dari smartphone! err..atau sebaliknya
So keesokan harinya adik dia bayar full payment sebelum suami saya pergi beli. Bagi kebanyakan orang nilai ni mungkin terlalu besar untuk denggi berdarah. Tapi bagi sesetengah orang nyawa lebih utama dari wang ringgit. Tadi saya SMS adiknya bertanya khabar..sudah stabil dan lebih baik dari sebelumnya. No need additional medication.   

Jom kita baca laporan Utusan Malaysia mengenai Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih mesra dengan panggilan Din Beramboi yang meninggal disebabkan denggi berdarah (sebelum itu disangka kencing tikus).

MINGGU ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak dan penyampai radio, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih mesra dengan panggilan Din Beramboi. Sebelum ini, Din Beramboi dikatakan terkena penyakit bawaan bakteria air kencing tikus ketika menjalani penggambaran di Zoo Negara.

Bahkan deejay radio Era FM itu turut menghidapi penyakit denggi berdarah yang menyebabkan organ dalamnya gagal berfungsi dan menghadapi pendarahan dalaman.
Pihak hospital memaklumkan organ penting seperti buah pinggang dan hati gagal berfungsi. Darahnya juga telah menjadi masam dan dijangkiti kuman dan bertambah buruk apabila dia dijangkiti denggi berdarah.

Pada hari Jumaat yang lalu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang. Kejadian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang perlunya pengetahuan penyakit seperti denggi berdarah. Mungkin ramai antara kita yang sudah biasa mendengar tentang denggi namun ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Minggu ini kita bersama Pakar Perubatan dan  Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari untuk mengetahui lebih lanjut tentang denggi berdarah.

Apa itu denggi?

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

ii) Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan:

Rawatan demam denggi klasikal:
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  1. Mudah lebam
  2. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  3. Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
So bagaimana set ni boleh membantu penyakit denggi? seperti yang kita tahu ia disebabkan serangan Virus. Kerana itu platelet darah kita makin menurun.  Platelet ni berfungsi membekukan darah.

Nutriferon adalah immune booster yang mambantu menaikkan semula imuniti badan yang semakin kurang melawan virus. 

Vivix pula adalah tonik anti-penuaan semulajadi yang bertindak sehingga ke tahap selular DNA. Bila kita sakit, banyak DNA kita rosak tau. Vivix ni memulihkan DNA sebab tu boleh kata semua penyakit sesuai ambil Vivix kecuali mati. 

Performance pula berfungsi untuk mengekalkan bendalir dalam badan supaya tak terhidrat dan mengekalkan suhu normal. Kalau biasa dengar denggi kena minum 100 plus..Performance ni 10 kali ganda lebih baik dari 100 plus..

So kalau anda sedang mempunyai masalah denggi boleh cuba set denggi Shaklee ni. Yang penting adalah usaha yang tepat untuk masalah kita. Kita hanya berusaha Allah yang mengurniakan penyembuhan. Andaikata penyakit tu mengancam nyawa, seeloknya cuba rawatan yang boleh dipercayai kan..jangan kerana ingin berjimat wang kita menyesal kemudian hari. Sekadar ingat mengingati :-)

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

3 comments:

  1. info yg lengkap sis..jom lawat blog saya www.suplement4us.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...pastinya suka dan gembira bila dapat tolong orang kan??
    tahniah untuk sis

    KRIM BERHANTU KESUKAAN RAMAI

    ReplyDelete
  3. Seronok dpt bantu org..tq sbb share..tahniah.

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.