Kanser Serviks Atau Kanser Pangkal Rahim

Bagi seoarang wanita, kita mempunyai risiko kanser servik atau juga dikenali kanser pangkal rahim. Entri kali ini bertujuan memberi kesedaran, dan maklumat berguna dalam melawan kanser serviks atau kanser pangkal rahim ni. Produk Shaklee mempunyai rangkaian set termasuk Set Kanser bagi membantu pesakit kanser. Jom kita kenali kanser serviks atau kanser pangkal rahim ni dahulu yang saya pinjam dari laman web Portal Rasmi Pencegahan Kanser Serviks.

Apakah itu kanser servik?
  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5 kali
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh. Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy. Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
Shaklee mempunyai rangkaian produk yang boleh digunakan Set Rawatan Kanser oleh pesakit kanser sama ada belum menjalani rawatan, sedang menjalani rawatan, mahupun selepas menjalani rawatan terapi kimo. Cadangan ini adalah berdasarkan kajian saya seperti dalam entri Panduan Menyembuhkan / Merawat Kanser - Profesor Steve Chaney PhD dan Barbara Lagoni (30 Tahun Aktif Program Kajian Kanser) - Supplement Semasa Rawatan dan Ketahui Jawapan Bagaimana Vivix Bertindak Merawat Kanser Hasil Dari Penyelidikan Ke Atas Resveratrol


Pembelian set ini membolehkan anda mendapat keahlian percuma dan rebat atas belian (bonus dimasukkan dalam akaun pada bulan berikutnya) untuk mendapat harga yang lebih rendah dari ahli* dengan syarat kombinasi produk perlu lebih 200UV (unit value). Hubungi saya untuk mendapatkan produk berikut berserta cara pengambilan yang betul untuk rawatan kanser. Penghantaran percuma jika membeli Vivix dalam satu resit.
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.