Performance Drink Bantu Cepat Sembuh Demam Denggi

Assalamualaikum. Siapa yang pernah kena demam denggi mesti tahu rutin duduk wad. Ambil darah, minum air, rehat. Kalau platelet dah rendah sangat dan suhu badan tinggi, mula la kena sukat air kencing. Ni sebab nak monitor kehilangan air dalam badan. Bila air yang diminum banyak keluar balik, tu yang akan menyebabkan suhu badan makin panas. Jom kita baca pengalaman Puan Roslina ni yang suami isteri kena demam denggi serentak ni.


Pada hujung bulan Februari hari tu saya dan suami disahkan terkena wabak demam denggi. Memang kawasan perumahan kami ramai yang kena. Maklumlah hujan panas silih berganti waktu tu, 2 hari hujan, 3,4 hari pulak panas. Sempatlah nyamuk aedes membiak. Nak dijadikan cerita, kami suami isteri kena demam serentak. Sakit kepala, sakit sendi, lenguh badan, hanyaTuhan saja yang tahu. Selimut jangan ceritalah, berlapis-lapis. Selepas 4 hari demam maka kami mengambil keputusan untuk melakukan ujian darah...memang sah kami kena demam denggi.

Pada hari pertama ujian darah tu, bacaan platelet saya 91. Esok repeat balik ujian dah tinggal 38 jer. Fungsi hati (liver fuction) saya pun ada masalah sikit. Apa lagi, doktor suruh admit wad lah tapi suami saya selamat sebab bacaan platelet dia masih normal. Doktor teragak-agak nk suruh saya masuk wad sebab keadaan saya sangat stabil  waktu tu kerana masih boleh berjalan macam biasa. Kalau ikut pengalaman orang-orang klinik, mereka bagitahu, kadang-kadang bila dah sampai tahap  platelet rendah macam ni, dorang datang klinik macam nak merangkak dah. Memang kena guna wheel chair gitu tapi saya masih boleh berjalan walaupun dah 4 hari saya tak makan sebab takde selera langsung...hanya bergantung pada air dan sedikit susu sahaja. 
Mana nak ada kudrat. Tapi walaupun tak makan nasi dan benda-benda lain tapi saya tetap setia dengan Vitamin SHAKLEE saya iaitu Vita-lea, vita-C dan B Kompleks. Yang ni memang saya telan selepas minum susu kerana pada saya, inilah sumber zat dan tenaga saya. Saya kemudiannya dihantar ke unit Emergency sebelum dimasukkan ke wad. Sampai di emergency 3 orang doktor macam terkejut tengok saya berjalan dari klinik ke situ sebab dikira jauh jugaklah untuk orang-sakit macam saya. Terus saya disuruh duduk sebab takut pitam.

Selepas dimasukkan ke wad, saya dipaksa minum air dengan banyak. Air masak dan juga 100 plus menjadi peneman. Sup ketam pun saya dah cuba tapi uwekkk, takleh terima...hanyir gitu...Normal saline pula sampai 8 botol masuk ke badan saya sepanjang dihospital bagi menaikksan semula platelet saya. Berapa ml air masuk dan berapa ml urin keluar juga disukat. Lengan saya pun berkali-kali dicucuk dalam sehari untuk  diambil sampel darah untuk ujian. Sangat kecewa sebab jumlah platelet semakin turun, tinggal 31 jer. 1 hari 1 malam berlalu begitu sahaja...ini tak boleh jadi ni...

Esoknya saya terus telefon suami supaya bawakkan ESP dan Performance Drink(PD). Apa yang saya perasan, selepas saya bancuh 250ml ESP + PD, saya akan pergi ke toilet selepas 15 minit berbanding selepas minum 100plus, lebih kurang 1/2 jam baru ke tandas. Jumlah urin yang keluar lbh kurang 450ml berbanding 300ml sahaja urin yang keluar setelah minum 100 plus.. beza tu..bukan saya nak bandingkan produk cuma nak bagitau pengalaman saya. Dari situ saya nampak fungsi PD. Ia mengembalikan semula cecair badan saya. Kalau tgk lidah saya, memang dah kering sangat sebab dihydrate. Jadi, apa lagi, setiap kali selepas saya ke tandas, saya akan bancuh semula PD. Saya sangat terkejut sebab tengah malam tu, bacaan platelet saya sudah meningkat. Esok pagi naik lagi bacaannya..petangnya doktor dah bagi balik...horey...sempat 2 malam jer tidur dihospital. Rindunya dekat anak-anak...hehehehehe tersenyum lebar.. Ha!!! berkesankan PD? - Sumber

Saya pun berpengalaman kena demam denggi. Dua kali kena. Kali pertama masa degree. Dah 7 hari demam sampai badan lembik baru pergi check darah. Nasib baik belum sampai tahap denggi berdarah walaupun bintik-bintik merah kelihatan kat kaki saya. Yang tu 12 hari saya demam. Kali kedua kena lepas kahwin. Ada orang rumah buatkan sup ketam. 6 hari demam walaupun tak duduk wad sebab hari-hari kena datang ambil darah. Bila tiba giliran anak saya demam denggi. Ahha..masa tu dah jadi pengedar Shaklee. Dah tahu apa nak buat. Nak tahu kisahnya baca Testimoni Vivix - Bantu Pulihkan Denggi Anak Kecil Saya Dalam Masa 7 Jam

Jika anda terkena demam denggi bolehlah cuba Set Denggi yang terdiri dari Nutriferon dan Perfotmance Drink. Jika sudah sampai tahap denggi berdarah bolehlah ambil Vivix sebab saya dah bantu seorang pesakit denggi berdarah pulih tak sampai 24jam dengan izin Allah. Musim-musim demam denggi ni elok kalau ada stok Nutriferon dan Performance drink kat rumah. Bukan takat demam denggi, demam biasa pun boleh guna. Boleh jimat duit pergi klinik. Hihihi

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comments:

  1. memang bagus produk shaklee. dah banyak sy baca review berkenaan shaklee.

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.