Benarkah Susu Tiada Lepas Bersalin?

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share pengalaman masa lepas bersalinkan Izz Zara dua tahun yang lepas. Masa mengandungkan Zara, saya awal2 lagi dah berniat dalam hati..lahir je anak ini..saya akan susukan dia sehingga 2 tahun. Kalau nak diikutkan saya pun macam ibu muda yang lain..banyak sangat persoalan yang berlegar kat otak saya ni.. Yang saya asik duk fikir.. aku boleh ke nyusukan anak? Ada susu ke ni...? 

Ketahui punca bayi menangis boleh menepis persepsi "saya tiada susu"

Masa bersalin kan Zara dulu, akak katil sebelah ni curi-curi bagi susu formula pada anak dia. Reason dia bagi formula "akak memang takde susu, anak first dulu pun akak bagi fm gak". Saya tanya dia dah cuba perah ke? "Dah, susu sikit sangat.. nanti anak asyik nangis je lapa..

Apa yang you all expect selepas bersalin agaknya ya? Susu keluar secara tiba2? Sekali perah susu dapat sebotol susu? Breast membengkak secara sepontan? Susu penuh sampai melimpah2 baru dikira ada susu?... Pastu mula panik bila breast tak hasilkan susu seperti yang dibayangkan.  Kalau siapa yang berdepan situasi ni mesti dah terfikir nak beri susu formula pada bayi, sebab ape..dah tak tahan dengar anak tu menangis dengan beranggapan bayi tak cukup susu.

Ketiadaan susu ni boleh dielak sebenarnya jika PENYUSUAN AWAL iaitu sejam pertama selepas bersalin. Susu sebenarnya memang dah ada dan terbentuk sebaik bayi dilahirkan kerana tindakan hormon, cuma pengeluarannya perlu dibantu dengan sedikit ransangan. Cara terbaik meransang pengeluaran susu adalah dengan hisapan bayi anda. Stimulate dari baby is much better kerana penghisapan dari bayi akan mempercepatkan penghasilan air susu.


Jangan pula lepas ni give up bila baby dah disusukan tapi masih menangis.. Bagi ibu yang baru, keadaan ni boleh menyebabkan reaksi negatif. Ditambah lagi dengan kata kata orang sekeliling bahawa susu kita tiada.  Istilah "susu tak cukup, susu takde" tu hanya mainan  minda mereka yang GAGAL dan takde kesungguhan dalam breastfeeding. Bear in mind, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa..Tidak sekali kali Dia akan menzalimi hambanya. 

Kebiasaanya, pada peringkat permulaan SUSU MEMANG TIADA, kolostrum (susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kekuningan) yang akan keluar dulu. Kolostrum ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam tempoh 24 jam

Bayi hanya memerlukan 60ml-100ml dalam tempoh 24 jam ini. Purata pengambilan kolostrum dalam tempoh 24 jam adalah hanya 37ml. Sangat sedikit jumlahnya namun ianya merupakan jumlah yang sangat sesuai dengan keadaan saiz perut bayi dan juga ketidakmatangan organ dalaman bayi seperti usus dan buah pinggang. Kandungan susu ibu ini akan bertambah dalam tempoh 36 jam yang berikutnya dan akan terus bertambah seiring dengan keperluan bayi.

Sebagai makluman, perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil dan contoh terdekat yang boleh dijadikan panduan untuk saiz perut bayi baru lahir ialah ianya hanya sebesar kacang.



Kolostrum mempunyai pelbagai khasiat untuk bayi. Ia juga membantu bayi menghasilkan antibodinya sendiri. Bagaimana pula boleh hasilkan antibodi? Kerana di dalam kolostrum ada protein yang dikenali sebagai SIgA. Ia berfungsi sebagai antibodi dan hanya terdapat di dalam susu ibu sahaja. Selain itu, kolostrum mengandungi 67 kalori bagi setiap 90ml kolostrum. Kandungan kalori ini amat diperlukan oleh bayi bagi membantu pertumbuhan bayi.

Kesimpulannya kolostrum di ibaratkan sebagai suntikan imunisasi pertama yang diperolehi oleh bayi sebaik sahaja dilahirkan dan mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal. Selain SIgA, ianya juga mengandungi Lactoferin, Lactalbumin, Glycoprotein, Cytokines dll yang mampu melawan virus, bakteria, jaundis, alergi dan toksin.


Kadar aliran kolustrum sangat perlahan dan ini membolehkan bayi belajar koordinasi menghisap, bernafas dan menelan. Tapikan..peralihan dari kolustrum kepada susu ibu tu berbeza bagi setiap individu. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan mungkin mengambil masa yang agak lama dari tiga hari. Termasuklah jika bayi kita pra matang. Nak tahu lebih lanjut mengenai kolostrum boleh baca entri Apa Itu Kolostrum.

Bagi mereka yang merasakan susu tak ada, susu lambat keluar, atau susu sedikit, ni semua tanggapan kita je. Seorang ibu harus mengetahui bagaimana proses terhasilnya susu ibu. Untuk itu anda boleh dapatkan maklumat tersebut di entri "bagaimana makanan boleh bertukar kepada susu ibu"

Berdasarkan pengalaman saya sepanjang penyusuan Zara, susu kita terhasil mengikut demand, jika anak tu kuat dan kerap menyusu insya Allah makin banyak susu kita produce. Bila susu lambat keluar tu, bukan bemakna kita takde susu, kadang kadang bila ilmu penyusuan tu zero, cara perah pun salah, memang susu takkan keluar.  Masa kita kat labour room tu, biasanya doktor atau nurse akan letakkan baby kat dada kita, masa tu lah kita bagi pada anak kita latch on pada breast walaupun sekejap. 

Untuk stimulate pengeluaran susu tu, masa kita dah masuk wad, anak biasanya akan tido dalam beberapa jam. Kita pun akan tertido sekali...hehehe. Dalam masa anak ni tidur lah susu kita baru mula terhasil sebab stimulation tadi. Ingat ye.. susu kita takkan keluar dengan sendirinya..tambah tambah ini bayi pertama sebab breast kita tak pernah hasilkan susu. Kerapkan penyusuan, Insya Allah susu akan keluar malah cukup untuk bayi. Lagi banyak ransangan, lagi banyak susu akan keluar.


Zara tertidur kekenyangan.. Alhamdulillah saya dapat menyusukan Zara sejam pertama selepas dilahirkan.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.