Betul Ke Anak Lelaki Kuat Menyusu?

Betul ke bayi lelaki lebih kuat menyusu daripada bayi perempuan? Pernah dengar tak, ada ibu yang cakap 'dah campur susu formula, sebab susu badan sikit, baby kuat nyusu, lagipun baby lelaki kan'


Jom kita baca pengalaman ibu ni..

salam...saya seorang ibu yang baru dikurniakan cahaya mata pertama..alhamdulillah saya telah melahirkan seorang anak lelaki melalui emergency caesarean section pada 22 apr 2011 dan kini baby saya berumur 37 hari...

saya bimbang dengan keadaan baby saya yang terlalu kerap menyusu...pada mulanya saya hanya memberikan ASI tetapi akhirnya saya terpaksa beri susu formula kerana baby saya kelihatan seperti tidak puas menyusu..saya juga mula memerah susu menggunakan tangan seperti yang diajarkan di hospital tetapi sekali perah dapat 1 ke 2 oz je....baby akan menyusu setiap jam...kadang kala hampir setiap 30minit...pernah beberapa malam baby menyusu badan sepanjang malam...!!
tolong beri nasihat adakah susu saya tidak mencukupi atau baby lelaki memang terlalu kuat menyusu??


Saya tinggal beberapa minggu je lagi nak bersalin nih. Ada je mereka yang dok rajin berpesan..jaga lah..anak lelaki ni kuat menyusu. Saya cukup tak berkenan la nak salahkan anak lelaki menyusu banyak ni. Abis tu kalau anak perempuan mestilah berjaya ye tak? Tapikan..kenapa ada je ibu yang gagal breastfeeding? Sampaikan keluar statement susu badan tak cukup. Hmmm..dah ada kemusykilan di situ. 

Bagi ibu yang lahirkan bayi lelaki ni, saya suggest anda semua pelajari 
1. Baby latching dengan betul
2. Demand and supply
(Dua ni saya akan cerita dalam entri yang seterusnya)
 
Susu perah dan direct sucking adalah dua perkara yang berbeza. Macam kes akak kita ni, adalah dinasihatkan kepada beliau supaya tidak stress dengan production pump, asal pam je dapat 1-2 oz. Itu bukan bermaksud baby hanya minum sebanyak tu je semasa direct feeding. 

Masa baby menyusu tu perhatikan cara dia sucking, kuat atau slow motion. Bayi yang baru lahir ni suka didakap.. Kalau boleh nak duduk je kat dada maknya. Kadang nangis bukan sebab lapar.. tapi nak perhatian, rasa secure dengan rasa sensasi selesa yang diberi oleh si ibu. 

Lagi satu saya nak pesan, bila kita mengepam tu jangan fokus berapa auns kita dapat. Sebab ramai ibu termasuklah saya, sibuk duk perati, tertunggu tunggu pam sampai dapat penuh, baru nak stop. Kalau asik terlalu fokus dengan berapa hasil kita dapat, yang ni la biasanya terjadi..hehehe..sebab penghasilan susu memerlukan impuls yg tepat ke otak untuk membebaskan hormon penyusuan..jika otak kita fikir benda negatif, maka hormon penyusuan ni gagal dilepaskan untuk menghasilkan lebih banyak susu..its not about result..its about the process..enjoy it!

Gambar hiasan
Pada ibu ibu yang niat nak fully breastfeed, kita mesti yakin pada diri, dan percaya pada rezeki Allah. Cari maklumat yang tepat dan fakta yang benar dan bukannya khabar angin, cakap cakap orang tua tanpa bukti sahih. Nak kepastian lanjut, rujuk pakar laktasi bukan pakar yang GAGAL dalam breastfeeding ni. Berbincang dengan mereka yang betul, insya Allah, perjalanan breastfeeding akan menjadi lebih mudah dengan jayanya.

Seperti yang saya jelaskan dalam entri Bagaimana Makanan Bertukar Kepada Susu, komponen penting untuk menghasilkan susu adalah protein, glukosa, dan lemak. Kerana itu salah satu short cut meningkatkan pengambilan protein adalah dengan menggunakan ESP. Kerana ianya dilengkapi dengan kesemua asid amino perlu dan tidak perlu untuk mensintesis protein supaya boleh digunakan tubuh. Persoalannya Bolehkah Badan Menghasilkan Protein? Jeng jeng jeng...

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.