Kanser Kulit - Jenis, Punca & Cara Merawat

Kulit adalah selaput luar tubuh. Ia melindungi kita daripada panas dan cahaya, luka, dan jangkitan. Ia mengawal suhu tubuh dan menyimpan air, lemak dan vitamin D. Dengan beratnya kira-kira 2.73 kg (6 paun), kulit adalah organ badan paling besar. Ia terbentuk dari dua lapisan utama: lapisan kulit luar dan lapisan kulit dalam. Kulit luar (epidermis)terbentuk daripada sel seperti sisik yang rata dipanggil sel-sel squamous. Di bawah sel-sel squamous adalah sel-sel bulat yang dipanggil sel-sel basal. 


Bahagian paling dalam epidermis juga mengandungi melanosaita. Sel-sel ini mengeluarkan melanin yang memberikan warna kepada kulit.Lapisan kulit dalam (dermis) mengandungi darah dan saluran limfa, folikel rambut, dan kelenjar-kelenjar. Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan peluh yang membantu mengawal suhu badan dan sebum iaitu sejenis rembesan berminyak yang mengelakkan kekeringan. Peluh dan sebum sampai kepermukaan kulit melalui liang-liang roma

JENIS-JENIS KANSER KULIT:

  • Dua jenis kanser kulit yang paling biasa adalah sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma. Karsinoma adalah kanser yang bermula dalam sel-sel yang menyeliputi atau membarisi organ sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma yang kadangkala dipanggil kanser kulit (non-melanoma?). Sejenis kanser lain yang terjadi di kulit adalah melanoma, yang bermula di melanosaita

SEBAB-SEBAB DAN CARA MENCEGAH


Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang itu mendapat kanser kulit. Radiasi sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari adalah punca utama kanser kulit. Punca-punca radiasi UV tiruan seperti lampu-lampu matahari (sunlamps) dan pusat penggelapan kulit (tanning booth) juga boleh menyebabkan kanser kulit. 

Walaupun sesiapa sahaja boleh mendapat kanser kulit, risikonya adalah lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai kulit cerah dan ia sering menimpa mereka yang mempunyai rambut merah atau perang dan bermata biru atau mata yang berwarna cerah.

Risiko mendapat kanser kulit juga dipengaruhi oleh tempat di mana seseorang itu tinggal. Mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap radiasi UV yang tinggi lebih berisiko mendapat kanser kulit. Di Amerika Syarikat contohnya, kanser kulit lebih kerap berlaku di Texas daripada di Minnesota, di mana matahari tidak begitu terik. Di seluruh dunia, kadar kanser kulit tertinggi didapati di Afrika Selatan dan Australia iaitu kawasan-kawasan yang menerima jumlah radiasi UV yang tinggi. 

Sebagai tambahan, kanser kulit juga dikaitkan dengan pendedahan seumur hidup terhadap radiasi UV. Kebanyakan kanser kulit berlaku selepas umur 50, tetapi kesan kerosakan akibat matahari bermula pada usia yang lebih awal. Oleh itu, perlindungan perlu dibuat sedari kecil demi mencegah kanser kulit di kemudian hari. Elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari pada waktu siang. 

Pakaian pelindung seperti topi dan baju berlengan panjang boleh menghalang sinaran matahari yang memudaratkan. Losyen yang mengandungi pelindung matahari juga boleh melindungi kulit. Pelindung matahari (sunscreen) diukur kekuatannya berdasarkan faktor perlindungan matahari (sun protection factor SPF), yang diukur dalam lingkungan 2 hingga 30 atau lebih. Pelindung matahari yang berkadar 15 hingga 30 dapat menghalang kebanyakan sinaran matahari yang memudaratkan.

TANDA-TANDA?

 
Tanda amaran kanser kulit yang paling biasa adalah perubahan kepada kulit, terutamanya ketumbuhan baru atau luka yang tidak sembuh. Kanser kulit tidak semuanya kelihatan sama. Sebagai contoh, kanser tersebut mungkin bermula sebagai benjolan kecil, licin, berkilauan, pucat, atau kelihatan berlilin. Atau ia boleh muncul sebagai benjolan merah yang jelas. 

Kadangkala benjolan tersebut berdarah atau membentuk kerak. Kanser kulit juga boleh bermula sebagai tompokan rata, merah, kasar, kering atau bersisik.Kedua-dua kanser sel basal dan sel squamous banyak berlaku terutamanya di kawasan kulit yang terdedah kepada matahari kepala, muka, leher, tangan, dan lengan. Walau bagaimanapun, kanser kulit boleh terjadi di mana-mana bahagian badan.

Aktinik keratosis, yang muncul sebagai tampalan bersisik, kasar, merah atau perang pada kulit dikenalpasti sebagai tanda awal pembentukan kanser kerana kadangkala ia membentuk menjadi kanser sel squamous. Ia biasanya muncul di kawasan-kawasan badan yang terdedah kepada matahari tetapi boleh juga berlaku di kawasan-kawasan lain.

MENGESAN DAN DIAGNOSIS?


Mengesan kanser kulit mampu menyembuhkan 100 peratus jika setiap satu daripadanya dirawat dengan segera oleh doktor sebelum ia berpeluang untuk tersebar. Oleh itu kita perlu membuat pemeriksaan dengan kerap bagi mengesan ketumbuhan-ketumbuhan baru atau lain-lain perubahan pada kulit. 

Setiap ketumbuhan baru yang berwarna atau sebarang perubahan pada ketumbuhan yang sedia ada perlu dirujuk kepada doktor dengan segera. Sel basal karsinoma dan sel squamous karsinoma selalunya didiagnosis dan dirawat dengan cara yang sama. Apabila satu kawasan kulit kelihatan tidak normal, doktor mungkin membuang semua atau sebahagian daripada ketumbuhan tersebut. Ini dipanggil biopsi. 

Untuk memeriksa sel-sel kanser, tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli pathologi atau pakar kulit (dermatologis). Biopsi adalah satu-satunya jalan untuk mengenalpasti sesuatu masalah itu sebagai kanser.Para doktor selalunya membahagikan kanser kulit kepada dua peringkat: lokal (mempengaruhi hanya kulit sahaja) atau metastatik (menular ke kawasan lain).

MERAWAT KANSER KULIT


Rawatan untuk kanser kulit biasanya melibatkan pembedahan. Dalam sesetengah kes, pihak doktor akan mencadangkan terapi radiasi atau kemoterapi atau gabungan kaedah-kaedah tersebut.

Pembedahan
  • Kebanyakan kanser kulit boleh dipotong daripada kulit dengan cepat dan mudah. Kadangkala kanser tersebut dibuang sepenuhnya semasa biopsy dijalankan dan rawatan susulan tidak diperlukan.
Kuretage and Elektrodesikasi
    Kurette
  • Pihak doktor selalunya menggunakan jenis pembedahan yang dipanggil kuretage. Selepas ubat bius mengebaskan kawasan yang berkenaan, kanser tersebut dikaut dengan kurette, satu alat yang berbentuk sudu tajam. Kawasan tersebut juga dirawat dengan elektrodesikasi. Arus elektrik dari mesin khas digunakan untuk mengawal pendarahan dan membunuh apa juga sel kanser yang tinggal disekitar luka tersebut.
Pembedahan Mohs
  • Teknik Mohs adalah sejenis pembedahan istimewa digunakan untuk kanser kulit. Kegunaannya adalah untuk membuang semua tisu yang mempunyai kanser dan sesedikit mungkin tisu yang sihat. Ianya membantu terutamanya apabila doktor tidak pasti bentuk dan kedalaman ketumbuhan tersebut. Disamping itu, kaedah ini digunakan untuk membuang ketumbuhan yang besar, ketumbuhan di tempat yang sukar diubati, dan kanser yang berulang
Cryosurgery
  • Kesejukan yang ekstrem mungkin digunakan untuk merawat keadaan kulit pada awal permbentukan kanser, seperti aktinik keratosis, begitu juga kanser kulit tertentu. Dalam cryosurgery, cecair nitrogen dibubuh ke ketumbuhan untuk membeku dan membunuh sel-sel yang tidak normal. Selepas kawasan tersebut cair, tisu-tisu mati akan terkupas. Lebih dari satu pembekuan mungkin diperlukan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan tersebut.Cryosurgery selalunya tidak menyakitkan, tetapi pesakit-pesakit mungkin mengalami kesakitan dan pembengkakkan selepas kawasan tersebut cair.
Pengetutan
  • Kadangkala, terutamanya apabila kanser yang besar telah dibuang, pengetutan kulit diperlukan untuk menutup luka tersebut dan mengurangkan jumlah parut. Bagi prosedur ini, doktor akan mengambil sekeping kulit yang sihat daripada bahagian badan yang lain untuk menggantikan kulit yang telah dibuang.
Terapi Laser
  • Terapi laser menggunakan sinaran cahaya yang halus untuk membuang atau menghapuskan sel-sel kanser. Pendekatan ini kadangkala digunakan bagi kanser yang melibatkan hanya lapisan luar kulit.
Radiasi
  • Kanser kulit bertindak balas dengan baik terhadap terapi radiasi (juga dipanggil radioterapi), yang menggunakan sinaran tenaga-tinggi untuk merosakkan sel-sel kanser dan menghentikan pertumbuhannya. Para doktor sering menggunakan kaedah rawatan ini bagi kanser-kanser yang timbul di kawasan-kawasan yang sukar dirawat dengan pembedahan seperti kelopak mata, hujung hidung, atau telinga. Beberapa rawatan mungkin diperlukan untuk menghapuskan semua sel-sel kanser. Terapi radiasi mungkin menyebabkan ruam atau menjadikan kulit di kawasan tersebut kering atau merah. Perubahan warna kulit dan/atau tekstur mungkin terbentuk selepas rawatan selesai dan mungkin menjadi lebih kelihatan beberapa tahun kemudian.
Kemoterapi Topikal
  • Kemoterapi topical adalah penggunaan dadah anti kanser dalam bentuk krim atau losen yang dibubuh kepada kulit. Aktinic keratosis boleh dirawat secara efektif dengan dadah anti kanser fluorourasil (juga dipanggil 5-FU). Kaedah rawatan ini juga berguna bagi kanser-kanser yang terhad kepada lapisan kulit teratas. 5-FU tersebut dibubuh setiap hari untuk beberapa minggu. Keradangan yang teruk adalah biasa semasa rawatan, tetapi selalunya tidak meninggalkan parut. 
Jangan Biarkan Sel Basal Karsinoma Tidak Dirawat Sehingga Menjadi Begini
http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 16 June, 2011, 17:08 

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.