Konsep Demand vs Supply Menyusu Badan Yang Paling Mudah Difahami

Ramai ibu moden kita sedia maklum khasiat susu ibu. Saya antara salah seorang darinya. Walaupun ramai sedar konsep demand and supply, tapi masih ramai tidak benar-benar faham secara menyeluruh konsep ini. Yang terfikir dikotak fikiran, perlu sentiasa menyusu atau mengepam. Tang mana demand, tang mana supply jika ditanya mungkin tak boleh jawab.

Maka apabila cuba memenuhi konsep demand and supply, mereka mengatakan masih gagal walaupun telah mencuba. Kerana mereka gagal memenuhi salah satu elemen penting demand and supply iaitu masa! Masa yang dimaksudkan adalah kekerapan. Sebagai contoh jika anda bekerja, adalah wajib untuk anda mengepam setiap 2 jam! semakin lama jarak anda melakukan permintaan, semakin kurang kilang susu akan hasilkan production. Macam mana tu? teruskan pembacaan..

Bekalan susu (supply) anda ditentukan oleh stimulasi (demand) yang dilakukan oleh bayi anda ketika menyusu. Dalam kata lain, lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu dihasilkan. Penghasilan susu dijana oleh tindakan tubuh bawah sedar. Anda tidak boleh menggunakan kuasa minda untuk hasilkan susu. Tetapi anda perlu melakukan tindakan fizikal sebagai signal kepada badan "hei badan, aku datang membawa bayiku menyusu, tolong hasilkan lebih badan susu....hei badan, aku datang memerah (pumping) susu, sila hasilkan lebih badan susu"..hanya dengan cara ini sahaja badan memahami kehendak anda..maka lebih kerap anda meminta, lebih banyak penghasilan susu akan dilakukan tubuh.

Susu baru yang diperah boleh bertahan pada suhu bilik selama 6 hingga ke 10 jam. Jadi tidak ada masalah jika anda ingin mengepam di pejabat. Jika disimpan di dalam peti sejuk ia boleh bertahan selama 8 hari. Jangan letak di bahagian pintu peti sejuk ye. Jika anda bercadang menggunakannya selepas 8 hari, susu badan tersebut boleh disimpan selama 6 hinggga 8 bulan dalam deep freezer di bahagian atas.

Apa berlaku jika anda semakin menjarakkan tempoh menyusu atau mengepam? susu badan anda akan memenuhi payudara. Pada ketika ini, badan akan menganggap anda memerlukan susu yang lebih sikit kerana susu yang ada dalam payudara tidak digunakan. Maka penghasilan susu badan akan semakin berkurang. bagi memberi gambaran mudah konsep demand vs supply boleh lihat gambarajah di bawah.



Bagaimanapun pemakanan ibu jugga memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Apa yang kita makan akan menjadi susu. Make sense? ketahui bagaimana makan berubah menjadi susu dapat membantu memahami keperluan makanan dalam penghasilan susu. Anggap makanan itu sebagai bahan mentah. Dengan menggunakan set penyusuan Shaklee boleh dianggap sebagai bahan mentah berkualiti paling tinggi yang cukup lengkap segala zat. 

Kalau boleh biarlah susu dihasilkan daripada apa yang kita makan berbanding badan mengurai zat yang terkandung dalam tubuh untuk menghasilkan susu. Jika anda sedaya upaya menyusu tanpa mengambil pemakanan yang seimbang, anda akan rasai kesan pada tubuh anda. Kulit makin kusam, rambut makin gugur, badan rasa lesu. Pastinya anda tidak mahu ini berlaku kepada anda dalam menjayakan penyusuan eksklusif selama 2 tahun.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.