5 Tips Mudah Kumpul Stok EBM Semasa Berpantang

Bila tengok gambar stok EBM akak-akak kita ni..saya rasa teruja. Bagi ibu bekerjaya yang bercadang menyusukan anak secara eksklusif mesti dah risau macam mana nak kumpul stok EBM. Masa Zara dulu saya start kumpul stok EBM lagi dua minggu nak masuk opis. Memang kelam kabut dan stress. Pam asik keluar angin je..paling banyak pun 2oz..tuk dua belah cik B lak tu. STRESSSSS!!!! Jangan ikut macam saya kumpul stok lagi dua minggu nak masuk kerja. Seelok-eloknya sebulan awal supaya kita tak stress andaikata hasil perahan sikit




1st of all kita berkenalan dengan stok EBM..hehe..:-
  • Fresh EBM - susu lepas perah, tahan kat suhu bilik around 4 hours. kalau sejuk lagi lama..kalau panas lagi kurang ketahanan. amik average lah 4 jam tuh. heheh
  • Chilled EBM - EBM yg masuk dlm fridge dan disejukkan. tahan 4-5 hari dari tarikh mengepam.
  • Frozen EBM - EBM yang dibekukan dlm freezer @ deep freezer. kalau freezer tahan 3 bulan...kalau deep freezer leh tahan up to 6 months
  • Thawed EBM - EBM yg dicairkan cuma tahan 24 jam. kalau tak minum, x leh re-freezed semula.
  • Heated EBM - Cuma tahan 1 jam selepas dipanaskan. Dan kalau baby dah minum & tak habis, kena buang. :(
5 Tips Cara Mudah Kumpul Stok Masa Berpantang 

1. Semasa susu kan baby, pam jugak kat breast sebelah tu. Contohnya baby menyusu belah kanan, pam belah kiri. Let down reflex hasil stimulation oleh baby itu memang cepat. Mencurah sampai basah baju.. huu rugi dah kat situ. Teknik ni turut dikenali sebagai tandem nursing.

2. Lepas baby menyusu, pam breast supaya betul- betul kosong.

3. Jangan sesekali introduce formula milk. Ini akan menggangu rutin baby. Nanti baby rasa, eh cukup dah formula., so dia tak kan demand dari breast lagi. Bila jadi camni, kesian kat breast sebab dah mula confuse, eh aku ni kene hasilkan susu ke tidak? Kalau dah ter introduce jugak, takpa. Boleh amalkan power pumping untuk restart rutin baby untuk demand dari breast. Kene pam setiap 2 jam lah. 

 4. Pastikan minum air sekurang- kurang nya 3 liter sehari. Minum air yang banyak semasa pantang adalah sangat penting, untuk mengelakkan sembelit, untuk menghasilkan susu yang banyak, untuk memastikan aliran darah lancar so that ibu rasa bertenaga. Dan minum air yang banyak tak akan menyebabkan bentan ya. Bentan tu kalau minum air sejuk atau air ais, ye lah. Minum lah air masak suam ke, air susu ke.

5. Pastikan makan makanan yang cukup nutrisi. Kalau yang terpaksa pantang macam- macam tu, makan ikan ok apa. Ikan haruan kan biasa bidan- bidan kasi makan. Sebenarnya pemakanan dalam pantang ni tak perlu pantang. Dia bergantung kepada tubuh individu. 

Kalau macam risau eh cukup tak badan aku ni dengan nutrisi seimbang? Maka mari lah kita ambil supplement Shaklee. Jika anda nak dapatkan set penyusuan shaklee..sila hubungi saya sekarang..:-)



Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.