Cara Sediakan EBM kepada Pengasuh / Nursery

Assalamualaikum..bagi seorang ibu yang bersungguh-sungguh menjayakan penyusuan eksklusif salah satu cabaran yang perlu dihadapi adalah menyediakan keperluan susu ibu untuk anak yang ditinggalkan dengan pengasuh. Diakui menguruskan susu EBM memakan sedkit masa berbanding menyediakan susu formula. Bagaimanpun ada tips yang boleh memudahkan anda dan pengasuh untuk sama-sama memastikan kejayaan penyusuan eksklusif selama 2 tahun.

Tips sediakan EBM ke pusat asuhan
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan harian stok EBM untuk dihantar ke pusat asuhan anak-anda. Kami cuba menyampaikan dalam bentuk seringkas mungkin agar mudah difahami.
  1. Untuk gunakan stok EBM, kita guna FIFO method iaitu first in first out. Maksudnya guna susu dengan tarikh paling awal yang ada. Jika dalam freezer ada susu bertarikh 12/3/14 hingga 19/4/14, keluarkan dari freezer stok bertarikh 12/3/14 dahulu.
  2. Jika anak anda menyusu 4oz untuk satu sesi dan menyusu 5 sesi di rumah pengasuh, ibu-ibu dinasihatkan untuk menyiapkan 5 botol susu dengan setiap botol berisi 4oz.
  3. Label botol dengan no 1-5, di mana botol no 1-4 adalah susu dari freezer manakala botol ke 5 adalah susu fresh yang diperah waktu malam atau pagi sebelum ke tempat kerja.
  4. Oleh itu,susu beku yang perlu dicairkan pada waktu malam adalah sebanyak 16oz. Lagi 4 oz adalah susu baru bertarikh hari ini.
  5. Untuk ibu bekerja, keluarkan susu ibu 16oz dari freezer pada waktu malam. Rendam susu beku dalam air paip sehingga 50% cair.
  6. Pindahkan susu yang 50% cair ke dalam botol susu dan masukkan ke bahagian refridgerator. Ni kes jika simpan dalam bekas selain botol.
  7. Susu akan mencair sepenuhnya pada esok pagi. Ini memudahkan pengasuh untuk memberikan susu perahan kepada anak-anak kita.
  8. Masukkan 5 botol susu tadi dalam cooler bag dan pastikan berlabel seperti yang dinyatakan di no 3.
  9. Pesan kepada pengasuh untuk menggunakan susu perahan mengikut aturan nombor yang ditulis. Ini kerana, susu perahan fresh yang belum digunakan boleh bertahan 1-2 hari berbanding susu perahan yang telah dinyahbekukan. Susu perahan cair perlu digunakan dalam tempoh 24jam.
  10. Jika rumah pengasuh mempunyai peti, pastikan pengasuh meletakkan cooler bag anda di dalam peti atau just pindahkan susu2 dari coolerbag ke dalam peti. Ini bertujuan untuk memanjangkan lagi jangka hayat susu perahan yang telah dinyahbeku. Rujukan
Jika ada lebihan susu contohnya botol ke5 masih tak digunakan, pastikan ia sentiasa sejuk di dalam cooler bag dan refrigerator. Ia boleh bertahan 48jam dari masa ia mula diperah. Pastikan ia digunakan dalam tempoh 48 tersebut dengan memberi susu itu pada waktu malam atau jadikan ia sebagai no 1 untuk diberikan esok.

Dalam entri akan datang saya akan jelaskan pula bagaimana mengenalpasti jika EBM itu masih boleh digunakan lagi atau tidak serta alasannya. Jika stok EBM anda berkurang dan tak mampu memenuhi permintaan bayi anda walaupun mencuba sebaik mungkin, itu bermakna anda perlukan bantuan supplement tambahan untuk kekal cergas disamping mendapat tenaga yang mencukupi untuk menjalani rutin harian. Letih lesu dan bad mood adalah faktor yang menghalang penghasilan susu. B-Complex dan ESP dalam set 3M merupakan jalan penyelesaian. 

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.