Jadual Mengepam Susu Badan Ketika Hari Bekerja

Bagi setiap ibu yang berkerjaya, jadual mengepam anda adalah unik berdasarkan kerjaya anda kerana pekerjaan kita tak sama. Bergantung pada ibu itu sendiri untuk merencanakan jadual yang sesuai selagi mana ia boleh memaksimumkan penghasilan susu pada masa yang terhad. Kalau dapat pam jenis macam dalam gambar ni senang kerja..haha..tangan boleh buat kerja, pam pun buat kerja dia sendiri..
 
Mengepam Di Tempat Kerja

Kebiasaannya saya selalu pam kat opis 3-4 sesi. Waktu kerja saya dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Jadual mengepam ini mengikut kesesuaian masa di tempat kerja saya. Jadual ini boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. 


Sesi pertama :: pukul 8.00

Pagi- pagi sebelum gerak ke ofis saya dah mengepam.. kalau Zara tak menyusu lagi sebelum pergi kerja tu.. saya boleh dapat 4-5oz. Kalau Zara dah menyusu dulu jam sebelumnya..pam memang dapat sikit dalam 2-3oz.

Sesi kedua :: pukul 10.00/11.00

Sampai ofis pukul 9 tu saya sarapan berat.. biasa minum milo atau fresh milk + ESP dan sebiji Vita-Lea, sebiji vita-C 500mg, sebiji B-Complex ni. Pam 15 - 20 minit / hingga titisan terakhir..hehe. Sebab pengalaman saya, 15 minit pertama sikit-sikit je keluar. Macam segan-segan. Lepas 15 minit tu, baru mencurah turunnya (let down reflect). Saya boleh dapat lebih kurang 8-9oz. Lepas tu telan Alfalfa 2biji dan minum air 400ml.

Sesi ketiga :: pukul 2.30

Rumah saya dekat dengan ofis.. biasa rehat pukul satu tu..saya gi balik direct feeding zara. Tapi pengasuh Zara tak nak saya datang sebab Zara nanti tak nak menyusu botol dah. Huhu..sebabkan respek makcik sendiri..saya iakan je la. Tapi takpe..tak boleh direct kita pam..hehe.  Selalunyer waktu ni breast dah penuh balik.. Lepas makan lunch..saya boleh dapat stok dalam 6-7oz. Tapi kena gigih la sikit..hehehe..lepas pam makan lagi 2 biji alfalfa dan 400ml air

Sesi keempat :: pukul 4.30

Sebelum balik opis saya akan minum ESP dan makan roti/biskut..kudapan ringan. Kalau tak busy time camni..saya pam kejap..dapatla 4oz. Tapi selalunya memang miss..masa nak balik ni la..ade je yang minta tolong itu ini.. Ada mereka yang faham kita menyusukan baby. Ada jenis yang tak faham..duk perli..asyik nak pam je. Golongan yang macam ni kita abaikan aje. Bukan dia bagi anak kita makan pun..Janji kerja siap sudah..haha

Kalau tak sempat pam petang tu..lepas ambil Zara, confirm..sampai je rumah mesti dia nak bergayut jugak. Rindu kot dengan ibunya..hehehe. Lagipun saya memang suka Zara direct feeding..saat dia tenung mata kita..sentuh badan ibu..genggam jemari ni kuat-kuat. Hmmm...rindu saat-saat tu.

Total satu hari mengepam saya biasa dapat 22-24oz


Malam memang saya jarang mengepam. Dulu weekend rajin juga saya buat tandem nursing. Zara dah pandai..dia macam tak selesa bila dia menyusu saya memerah sama. Dia tolak tolak pam tu..tak nak share la kot. Hehe. Power pumping pun saya buat juga. Dan hasilnya Alhamdulillah..saya berjaya susukan zara secara eksklusif selama dua tahun.

Kesimpulannya berapa kali kita perlu perah susu?

Jawapan dia senang je :-
  1. Kita MESTI PERAH SEKURANG2NYA 4 KALI ketika waktu kerja. 
  2. Pam setiap 3 jam
  3. Perah walaupun breast tak bengkak..!!!.Sebab itu adalah cara kita merangsang kilang susu kita supaya sentiasa aktif. Sebab, walaupun breast tak bengkak susu akan keluar juga. Tak kira walaupun sedikit, janji, habis semua sesi mengepam, hasilnya tu, tetap cukup untuk anak kita. 
  4. Kalau berkursus, mesti dan WAJIB PERAH setiap 3 jam. Luangkan masa 10-15 minit untuk keluarkan susu. Ini untuk rangsangan susu yang berterusan, ketika ketiadaan baby di sisi kita. Dan juga supaya salur susu kita hantar signal ke otak untuk produce susu lagi. 
  5. Kalau ter'skip' waktu mengepam disebabkan hal lain yang menghalang, korang pam je antara masa tu. Contoh kalau waktu pam jam 9 pagi, tapi tgk jam dah kul 10.15 pagi, (masa pam, tetap perlu pam), so, hasil susu tu, anggap hasil untuk sesi pertama. Kalau, sesi jam 12 tengahari, terpaksa pam 1 petang (waktu lunch), anggap sesi yg kedua...dan begitulah seterusnya...
Ramai ibu bekerjaya yang tak dapat nak mengepam setiap 2 jam di tempat kerja. Tapi tak mengapa..yang penting niat dan keazaman perlu tinggi. Pada waktu malam saya galakkan anda buat tandem nursing (sebelah direct feeding, sebelah lagi pam).
Ni set 3M dan Berpantang 2 dalam 1. Berminat nak cuba supplement Shaklee untuk banyakkan susu badan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Namun bukan tu sahaja set ni boleh bantu tau. Set ni boleh bagi tenaga berpanjangan, tingkatkan ketahanan terhadap penyakit, elokkan kulit kuku rambut, cepat bantu ibu bersalin pulih seperti sediakala dan semestinya sangat berbaloi-baloi. Ramai dah mencubanya dan berpuas hati termasuk saya.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.