Kumpul Stok EBM 730 oz Dalam Tempoh Berpantang

Assalamualaikum semua.. Entri saya kali ni banyak nak bercerita tentang pengguna produk Shaklee yang berjaya kumpul stok EBM sepanjang tempoh berpantang. Saja nak ambil mood..hehhe. Sebab saya sendiri dah tak sabar nak kumpul stok EBM ni. Cuba tengok gambar ni.. akak kita berjaya kumpul 730oz setelah tamat tempoh berpantang beliau. Meh saya kongsikan apa rahsia akak kita


Salam
Alhamdulillah, semalam 6.12.2011 tamat sudah tempoh berpantang saya selepas melahirkan puteri kedua iaitu Damia Qaisara bt Shahrizam Fitri.

Berbekalkan ilmu yang pernah saya pelajari semasa menghadiri bfeeding class sewaktu mengandungkan anak pertama, membuatkan saya terpanggil sekali lagi untuk berkongsikan dengan Iffah bagaimana saya mampu untuk membuat stok simpanan susu sehingga melebihi 730oz dalam tempoh berpantang.
Allah itu Maha Hebat kuasanya. Atas kurniaanNya Dia telah memberikan rezeki yang melimpah ruah pada Damia.
Saya mula membuat stok simpanan setelah Mia berusia 2 minggu. Saya juga mengamalkan pemakanan tambahan Shaklee iaitu set 3M+ESP+PD yang dibeli dari Iffah Anuar @ Fahem Wardrobe. Pada mulanya saya agak sangsi dengan keberkesanan set ini kerana saya hanya melihat kejayaan di dalam laman web Faheem Wardrobe shj. Tambahan pula set ini dikatakan bertindak seperti juga set berpantang. ini menambahkan lagi keraguan saya, boleh ke dengan hanya set ini dpt menyihatkan tubuh badan saya dan menambahkan pengeluaran susu ibu serta menggantikan set berpantang yang terdiri daripada jamu dan lain2.
Alhamdulillah....berkat kesabaran dan usaha saya melayari internet dan melihat kejayaan demi kejayaan testimoni yang mengamalkan set ini membuatkan saya yakin yang saya juga mampu menjadi seperti mereka. Set ini memang benar-benar berkesan dan best giler......
Selepas melahirkan Damia, saya terus mengamalkan set ini secara disiplin dan tidak pernah terskip daripada jadual yang telah diberikan. Tips eksklusif tersebut saya salin semula dan saya letakkan di meja tempat saya mengepam susu serta saya tuliskan disetiap botol, bila waktu yang sepatutnya saya makan setiap supplement tersebut. Dan setelah 2 minggu baru lah saya mula menyimpan stok perahan susu saya.
Apa yang saya amalkan sejak dari anak pertama lagi ialah, sikap n semangat saya yang mengatakan saya mampu menghasilkan susu yang banyak untuk anak-anak saya. itu lah kata-kata yang sentiasa saya ucapkan sewaktu mengandung lagi. Dan Tuhan telah memakbulkannya.
Rutin yang saya amalkan sama seperti ibu2 yang lain.
Pagi: breakfast Quaker oat/roti/cekodok/milo/susu
Minum pagi: roti/biskut/susu
Tghr: Nasi lauk ikan bilis goreng ngan bawang(bwng byk2 n potong bsr2) /tempe utk sebulan yang pertama. selepas tu saya dh mula mkn mcm2 yang x menggatalkan.
Petang: Biskut/roti/susu/milo
Mlm : mkn malam menu yg sama spt tghr.
Yang penting saya mengamalkan minum air masak lebih 3 liter sehari (itu tidak termasuk lain2 air manis yang saya minum) serta membuat jadual pump yang konsisten. Selain membuat double pumping, Saya juga mengamalkan power pumping. Setiap kali saya menyusukan damia, setiap kali itulah saya membuat perahan stok simpanan saya. Hasilnya selain mampu membuat stok yang banyak, saya juga menjadi ibu susuan kepada anak buah saya setiap hujung minggu.
Dan yang paling utama, sentiasa berdoa kepada Allah supayamemudahkan segala urusan saya dan menambahkan susu saya sehingga saya mampu dikongsikan dengan bayi lain. Hebatkan kuasa Allah, membolehkan saya menyusukan bayi lain. SubhanAllah....Maha Suci Allah yang Memberikan segala2nya. Dan kini, anak pertama saya khalisya yang berumur setahun setengah juga telah berkongsi susu dengan adiknya Mia.
Saya sangat gembira dan bahagia apabila kini, kedua2 puteri kesayangan saya berkongsi susu yang paling mahal dalam dunia ini.
Terima kasih Iffah kerana turut membantu dalam kejayaan saya. Set 3M+ESP+PD mmg benar2 berkesan.
Biarlah kita bekorban mengeluarkan sedikit wang demi memberikan yang terbaik untuk yang tersayang.
________________________________________________________________
So bagi mommies yang sedang berpantang atau bakal berpantang..gunalah sebaikya 44hari tempoh percutian anda. Jangan ikut kesilapan lalu saya..lagi dua minggu nak kerja baru mula kumpul stok. Memang haru biru la jawabnya. Nanti di entri lain saya akan cerita bagaimana saya berjaya kumpul semula stok untuk Zara dan berjaya menyusukan dia selama 2 tahun ni.

Bagi mereka yang nak dapatkan produk Shaklee, jangan segan silu untuk hubungi saya. 

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.