Panduan Lengkap Cara Sebenar Cairkan EBM Berserta Tips

Masa saya menaip mengenai topik-topik penyusuan, sebenarnya saya sedang menambah ilmu penyusuan untuk manfaat sendiri tau. Hari ni saya dah 38 minggu kandungan anak kedua. Zara dulu bila dia dah lahir baru terkebil-kebil buka internet nak membaca pasal penyusuan. Dari situ saya kenal Shaklee. Kini giliran saya pula bantu ibu-ibu lain menjayakan penyusuan 2 tahun dan jika berminat, boleh join empayar saya menjadi working at home mother. hihi.

Cara cairkan EBM

Saya bernaung di bawah PM Cery tau. Then tadi google la cara nak cairkan EBM. Penulisan PM Cery duduk paling atas. So saya decide share point penting dan improve dengan tips-tips supaya entri saya lebih lengkap. Suka nak share sikit yang saya ni hamil 38 minggu dan sedang menggunakan set kehamilan Shaklee iaitu ESP, Vita-Lea, Vita-C, Ostematrix, B-Complex. Nanti baby lahir just tambah Alfalfa je. Simple kan? Ni panduan ringkas cairkan stok EBM dari freezer.


  1. Pilih frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. FIFO method. First in first out. Yang mana dihasilkan dulu, itu yang digunakan dulu.
    Sumber
  2. Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair secara perlahan-lahan…kita nak preserve nutrisi di dalam susu ibu. Susu beku telah kehilangan sel-sel antibodi. Tapi masih lebih baik dari susu formula. Jika anda mampu hasilkan susu untuk bekalan 5 hari tanpa putus, dicadangkan guna bahagian refrigerator sahaja untuk mengekalkan sel antibosi dalam susu. Contohnya sehari anak minum 20 oz, anda perlu keep pace untuk hasilkan 20 oz juga sehari dengan buffer stock selama 5 hari..simpan stok di freezer hanya jika terdesak dan perlu sahaja. InsyaAllah ATAU....
    Sumber
  3. ... lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip sejuk +- 5 minit jika perlukan segera. Terkadang jika paip diluar rumah panas, air yang keluar dari paip pun panas. Macam rumah saya. Buka paip dan tunggu sehingga air sejuk baru lalukan air...kita tak boleh cairkan EBM secara mendadak ..
    Sumber
  4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam (40-50 darjah celcius..macam mana nak tahu suhu air? campur 1 cawan air mendidih dengan 2 cawan air paip) atau boleh gunakan warmer (37 darjah celcius selama 10-15 minit..jangan lebih 15 minit).
  5. Contoh warmer yang saya gunakan
  6. Jika susu terpisah antara lemak dan air. Goyangkan botol dalam bentuk bulatan atau kacau perlahan-lahan untuk menyamaratakan campuran. Jangan kacau laju-laju atau kocak botol kerana ia akan mengubah bentuk semulajadi molekul protein pelindung, meninggalkan hanya asid amino iaitu sebahagian sahaja. Laktoferin, lysozyme dan komponen perlingungan antibodi lain berfungsi hanya apabila ianya dalam keadaan struktur molekul asal. Sesetengah komponen tetap utuh walaupun dibekukan, digoncang mahupun dipanaskan. Ianya bukan sahaja melindungi perut daripada pelbagai jenis jangkitan, tetapi juga mencegah keradangan usus. Walaubagaimanapun, asid amino yang terpisah masih lagi bagus dan baik untuk sebagai nutrisi untuk bayi. Komponen selular juga mudah terdedah kepada kerosakan akibat tekanan fizikal. Lagipun ianya adalah sel hidup kan?
    Susu ibu lebih kompleks dan perlu diurus dengan baik untuk mengekalkan kesemua manfaatnya
  7. AMARAN KERAS !!!
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan kandungan vitamin dalam susu ibu disamping risiko susu terlebih panas kerana microware sangat cepat menaikkan suhu cecair dalam susu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api (suhu lebih 40'C, ini juga akan membunuh sel hidup dalam susu susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos…kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-4 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir. Bagaimanapun ia boleh digunakan dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula dinyahbeku.
  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature kerana mungkin mengambil masa lama dan bakteria akan mula merosakkan susu.
  • Baki susu yang dah diminum tidak boleh disimpan kerana tercemar dengan bakteria dari air liur bayi. Buang jika tidak habis diminum.
Tips-tips memberi susu badan kepada bayi:
  • Seelok-eloknya panaskan susu dari refrigerator sejurus sebelum memberi bayi minum. Bukan dipanas terlalu awal kerana susu yang sudah dipanaskan elok untuk 4 jam sahaja.
  • Hold your baby when feeding EBM
  • Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman. Sesudah minum, BURP kan baby anda.
  • Membekukan EBM akan menghilangkan beberapa antibodi yang membantu anak melawan jangkitan. Susu yang berada di bahagian refrigerator masih mempunyai semua zat. Plan dengan betul jika perlukan simpan susu di bahagian freezer atau deep freeze. Susu di bahagian refrigerator baik sehingga 5 hari.
  • Sila maklum gred susu ibu akan menurun mengikut gred kerana kehilangan beberapa manfaat contohnya sel antibodi.
  1. Direct feeding
  2. Susu disejukkan
  3. Susu dibekukan. Bagaimanapun susu formula masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan susu ibu.
  • Jika inginkan bantuan penyusuan bolehlah mencuba set menyusu 3M yang lengkap dengan semua nutrisi untuk ibu sihat, mudah menghasilkan susu, cergas, kuat, cantik, dan hebat.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.