Panduan Lengkap Penyusuan Susu Badan Eksklusif 6 Bulan Pertama

Masa saya bawa Aimy pergi klinik Kesihatan Gemas, kami belek-belek la ruang bacaan. Pastu terjumpa beberapa flyers dan buku mengenai penyusuan. seronok baca, saya pinjam bawa balik..hehe..nanti lepas sebulan pulang balik kat sana. Ok so saya nak share apa yang ada pada saya. First mengenai penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama. Ini bermakna memberi susu ibu sahaja. Air masak, susu formula, susu lain, air glukos dan makanan lain tidak perlu diberi dalam 6 bulan pertama. Ini kerana:
  • Susu ibu mengandungi 88% air.
  • Bayi akan mendapat air yang secukupnya setiap kali menyusu.
  • Susu ibu mengandungi cukup air dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan.
  • Bayi yang menyusu susu ibu tidak akan mengalami masalah penghadaman kerana susu ibu mudah dihadam. Maka, bayi tidak perlu air tambahan.
  • Jika anda rasa bayi dahaga atau panas, susuilah bayi anda dengan lebih kerap.
Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Mengandungi semua nutrien yang lengkap dan sesuai untuk 
  1. Tumbesaran bayi 
  2. Kecergasan minda (IQ tinggi)
  • Mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada
  1. Jangkitan kuman
  2. Alahan
  3. Cirit-birit
  4. Radang paru-paru
  • Mudah dihadam
  • Mengurangkan risiko diabetes dan obesiti semasa kanak-kanak
Kebaikan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  • Mengembalikan bentuk badan kepada bentuk asal
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mengurangkan risiko kanser payurada dan ovari
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang dan anemia
Kepentingan Sentuhan Kulit Bayi Dan Ibu Sejurus Selepas Kelahiran
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
  • Memberi kehangatan kepada bayi
  • Merangsang pengaliran susu
  • Membenarkan pertumbuhan bakteria baik dari sistem penghadaman ibu kepada bayi
  • Membantu menstabilkan paras gula dalam darah bayi
Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal
  • Merangsang penghasilan dan pengaliran susu ibu
  • Memastikan bayi mendapat kolostrum (susu awal berwarna kuning pekat)
  • Mengandungi bahan laksatif untuk melawaskan pembuangan najis hitam (mekonium)
  • Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif
Kepentingan Ibu Dan Bayi Bersama Sepanjang Masa (Rooming-In)
  • Dapat menyusukan bayi mengikut kehendak bayi
  • Mengeratkan kasih sayang
  • Meneruskan penyusuan susu ibu sepenuh masa
  • Mengekalkan penghasilan dan pengaliran susu ibu
  • Penyusuan pada waktu malam dapat meningkatkan pengeluaran susu
  • Ibu lebih yakin dan bayi tidur lebih nyenyak
Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi (Baby Led-Feeding)
  • Susukan apabila bayi lapar atau ibu merasakan payudara penuh
  • Kejutkan bayi jika tidur terlalu lama
  • Tidak menghadkan tempoh dan kekerapan penyusuan
  • Kepentingan
  1. Mengekalkan penyusuan untuk tempoh yang lama
  2. Mengurangkan bengkak payudara
  3. Bayi mendapat perlindungan dari jaundis dan pelbagai penyakit
  4. Meningkatkan berat badan bayi
Kekerapan Penyusuan Dan Penghasilan Susu Yang Mencukupi
  • Tanda bayi cukup susu
  1. Bayi menyusu dengan kerap
  2. Bayi kencing 6-8 kali sehari
  3. Bayi buang air besar 3-4 kali sehari
  4. Kulit bayi licin dan tegang
  5. otot bayi pejal
  6. Bayi aktif dan kurang menangis
  7. Berat badan bayi bertambah
  • Bagi menghasilkan susu yang mencukupi
  • Susukan bayi dengan kerap mengikut kehendak ibu dan bayi
  • Bagi ibu bekerja:
         - Lakukan perahan di tempat kerja
         - Beri susu perahan kepada bayi
         - Teruskan penyusuan pada waktu malam
  • Tidak memberi makanan dan minuman lain selain dari susu ibu sahaja dalam 6 bulan pertama
  • Pastikan posisi dan pelekapan penyusuan yang betul
  • Amalkan makanan yang seimbang dan air yang secukupnya (set menyusu 3M amat digalakkan)
SUSU PERAHAN

Tujuan Memerah Susu
  • Membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dengan ibunya
  • Meningkatkan penghasilan susu
  • Membekalkan susu kepada bayi yang sakit/pramatang
  • Melegakan bengkak payudara
Teknik Pemerahan Susu Dengan Tangan (Teknik Marmet)
  • Basuh tangan dengan air sabun
  • Sediakan bekas plastik bersih dengan penutup
  • Letakkan ibu jari atas areola dan jari-jari lain bawah areola
  • Tolak ke dada dan perah serentak disekeliling areola
  • Ulang beberapa kali disekeliling areola sehingga payudara terasa ringan
Teknik Marmet

PANDUAN PENYUSUSAN UNTUK IBU BEKERJA
Mulakan perahan susu ibu 2 minggu sebelum berkerja
PENYIMPANAN SUSU PERAHAN
  • Tuliskan tarikh dan masa perahan disetiap bekas
  • Jangan panaskan susu perahan dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas api
  • Berikan susu perahan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan
POSISI DAN PELEKAPAN

Kedudukan Badan
  • Ibu merasa selesa
  • Bayi perlu diampu dengan baik
Cara Memegang Bayi
  • Bayi selari dengan ibu 
         - Bayi disokong kepala, bahu dan punggung
  • Bawa bayi rapat ke arah ibu
         - Perut bertemu perut
         - Muka bayi menghadap payudara ibu

PELEKAPAN

Cara Bayi Mengambil Payudara
Mengapa Perlu Beri Susu Ibu Sahaja Secara Eksklusif Semasa 6 Bulan Pertama
  • Susu ibu sahaja dapat membekalkan cukup nutrien untuk tumbesaran
  • Sistem penghadaman bayi belum matang untuk menerima makanan /  minuman lain selain susu ibu sahaja.
  • Antibodi dalam susu ibu dapat mengelakkan jangkitan penyakit
  • Dapat membentuk rahang, gigi dan kemahiran pertuturan bayi
Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Selepas 6 Bulan Walaupun Makanan Pelengkap Telah Diperkenalkan
  • Kerana susu ibu membekalkan 1/3 - 1/2 kalori untuk bayi berusia 12 bulan dan perlu diteruskan sehingga 2 tahun
  • Penyusuan susu ibu sangat mudah dan tiada peralatan yang diperlukan
Bagaimana Memastikan Penyusuan Awal Dapat Dimulakan
  • Lakukan sentuhan kulit ke kulit
  • Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda bayi bersedia untuk menyusu (feeding cues):
  1. Membuka mulut dan mencari-cari payudara
  2. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup / terbuka
  3. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir
  4. Menghisap atau memamah jari, tangan, selimut atau kain, atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
  5. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan
  6. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan ('soft whimper sounds') atau mungkin menangis
  • Elakkan pengguaan botol susu dan puting tiruan kerana:
  1. Bayi boleh keliru puting dan enggan menyusu terus ke payudara
  2. Bayi yang diberi puting tiruan akan kurang kerap menyusu dan menyebabkan pertumbuhan lambat
Keburukan Kepada Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu
  • Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit dan penyakit kronik seperti:
  1. Jangkitan usus, cirit birit, sistem pernafasan, telinga dan salur kencing
  2. Ekzema dan lain-lain keadaan alahan
  3. Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang
  4. Perkembangan IQ yang lebih rendah
  5. Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak
  • Risiko kontaminasi dan kesilapan yang boleh berlaku semasa penyediaan, pemberian dan penyimpanan susu rumusan bayi
  • Kos yang mahal diperlukan untuk pembelian susu rumusan bayi dan peralatannya
  • Bayi yang telah diberi susu rumusan sukar untuk diperkenalkan dengan susu ibu jika susu rumusan bayi tidak mahu diteruskan
Jika anda inginkan supplement penyusuan, boleh la dapatkan dari saya ye. Supplement ni sangat membantu penyusuan tau. Bukan sekadar bantu tingkatkan kualiti dan kuantiti susu, malahan meningkatkan daya tahan sakit ibu, mencergaskan tubuh badan ibu serta mencantikkan kulit dan bentuk tubuh ibu melalui pengambilan nutrisi yang lengkap sempurna. Boleh baca testimoni diruangan menu. Set Shaklee >> Menyusu >> Set 3M >> Testimoni.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.