Pengalaman Bersalin Di Hospital Besar Melaka

Assalamualaikum..saya nak share pengalaman bersalin anak ke2 saya Aimy Binti Muhammad Rais..Saya belum finalize samada Aimi atau Aimy. Sebab buat carian nama, Aimy ada, Aimi takda. hahaha..Aimy maksudnya keberkatan. Bersempena berkembangnya perniagaan Shaklee saya, saya hanya mengimpikan keberkatan dalam hidup..insyaAllah

Kamar Bersalin Hospital besar Melaka - ni area pendaftaran

Cerita bermula 29hb April jam 12 malam. Sakit perut selang dua jam. Bangun subuh tanda bersalin xde lagi. Masa mandi pagi tu saya perasan ada keluar sikit darah bercampur lendir. Ikutkan due saya 6 Mei. Tapi macam akaknya zara, 10hari awal dari tarikh KK bagi. So bersalin kali ni awal2 dah balik Melaka stand by. Melaka rumah MIL saya. Gemas rumah parent saya. Suami saya yang nak sangat saya bersalin Melaka. Alasannya taknak ambil risiko kalau2 jalan ke Hospital Kuala Pilah jem sebab lori terbalik ke apa. Katanya kalau bersalin kat Melaka, dari Bukit Katil ke Hospital ada banyak pilihan laluan. Begitu jauh pemikiran suami hamba..haha

So lepas dah ada keluar sikit darah, dan rasa sengal2, saya dah boleh agak inilah masanya..chewah..pagi tu sebelum bergerak ke hospital saya minum dulu Mighty 3 Gems untuk dapatkan tenaga nak push. Pukul 10pagi sampai Hospital. First time sebenarnya masuk hospital Melaka ni. berpusing gak la mencari mana tempat nak bersalin. Bayangkan hospital yang besar nak bersalin kena terus pergi kamar bersalin. Kat blok baru tingkat 2. Itu yang diberitahu masa tiba kat Unit Kecemasan. Dulu Zara kat Hospital Sultanah Aminah JB boleh daftar kat Unit Kecemasan then baru dipindahkan ke wad bersalin. Staf yang tunjuk. Ni kita pulak yang nak kena cari. Dah la parking pun berpusing cari. Nasib la dapat parking tak jauh dari blok baru. Saya turun kereta dulu suami suruh tanya kakitangan mana tempat nak bersalin. Nasib baik suami dapat parking kat P Biru sebab tempat tu parking kosong kalau dapat memang nasib baik la.
Peta Hospital Besar Melaka - Proses Bersalin. Arrow merah laluan dari pintu utama. P biru tempat letak kereta. Arrow biru laluan ke kamar bersalin. Naik lif ke tingkat 2. Kotak merah tu area kamar bersalin. Arrow hijau laluan ke wad selepas bersalin. Kotak hijau wad bersalin. P hijau parking lot bertingkat. P merah tu tempat tak boleh parking, tapi boleh berhenti sekejap untuk ambil wife dan baby.
So bila dah tanya beberapa doktor untuk cari kat mana tempat nak bersalin, kami pun selamat mendaftar. Masa ni tengok ramainya bersalin hari ni. Macam kat pejabat pos. Masing2 dah pakai baju pink. Sebenarnya saya pernah baca pengalaman best orang lain bersalin kat hospital Melaka ni. Maybe saya hadir pada masa yang tak tepat, di hari yang tak tepat. Sangat crowded. Saya sangkakan suami boleh masuk. Tapi bila dah crowded macam tu takda suami pun dibenar masuk. Nak tahu kenapa crowded? Dalam tu ada dekat 30 orang nak bersalin.. Sebabkan ni staff2 semua stress. Saya yang nak bersalin pun stress. Lama bebenor sy tunggu..nk cek bukaan je kot dulu. 

Zara kepenatan menunggu
Pukul 12pm air ketuban saya pecah sendiri. Tapi bukaan baru 2cm. Maka saya diletakkan di katil tepi lorong sedang doktor2 dan nurse menguruskan sesiapa yang baby nya nak keluar dulu. Tak banyak yang saya boleh buat melainkan menunggu jam demi jam. Kadang-kadang turun berjalan sikit..tapi dalam tu crowded, takkan la nak ganggu laluan sibuk doktor dan nurse yang terkejar-kejar sana sini kan? Bila pukul 3 PM, bukaan dah 4 cm bila nurse check. Bayangkan pukul 3 ke pukul 5 saya layan diri je..haha..bila pukul 5 tu saya dah rasa memang baby dah nak keluar ni. Dah tak tahan sangat terus saya jerit, "baby dah nak keluar!!!". Terus bergegas doktor dan nurse tolak saya masuk bilik bersalin. Time ni la suami saya call. Yang saya sempat cakap..saya dah nk deliver baby. Hehe.

Tepat jam 5.12 petang, saya selamat melahirkan anak kedua saya selepas 5 kali push. Bayi perempuan seberat 2.4kg. Kecil macam ayahnya..hihi..Alhamdulillah..tapi seriously doktor sini buat kasar berbanding apa yang saya lalui masa lahirkan Zara. Tiba-tiba saya rasa kalau nak beranak lagi, saya nak beranak kat JB..haha..lepas dah selamat semua, nurse bawa baby cuci..dekat sejam jugak la saya tunggu..saya pun tak tahu kenapa lama sangat..maybe tak cukup kakitangan agaknya..lepas bersalin tu saya terus susukan baby sekejap. Kolostrum berharga untuk dia sedia untuk disalurkan..lepas habis je menyusu terus dia terberak atas badan saya..hihi..pantas sungguh.. 

Set Mighty 3 Gems Shaklee yang saya ambil sebelum pergi hospital
Aimy dah siap dapat suntikan BCG dah waktu ni..untuk pengetahuan anda juga, makanan terakhir saya sebelum bersalin adalah Mighty 3 Gems pagi tu kira2 9 pagi..lepas bersalin 5pm baru saya dapat jamah nasi..huhu..tapi saya dapat cukup tenaga untuk lahirkan Aimy tanpa masalah lemah tenaga sebab tak makan ke apa..serius tak tipu tau..

Family suami yang menjaga Zara semasa ketiadaan kami. Tunggu sehingga 7pm tapi tak dapat jumpa baby
Lebih kurang jam 8 malam baru lah segalanya selesai dan suami saya dipanggil masuk untuk bantu tolak katil ke wad A3. Lebih kurang 200 meter dari kamar bersalin. Hanya semasa dah sampai wad baru suami saya dapat azan dan iqamat di telinga Aimy.

Dakapan  seorang ayah..menerima ahli keluarga baru tidak dapat digambarkan dengan kata2
Melihat wajah bayi yang dikandung 9 bulan, lupa terus pada saat2 getir
So malam tu jam 9 malam baru suami saya pulang. Yang tak bestnya wad tu tiada air sehingga esok sebab paip bocor. Banyak pahala sabar saya dapat hari tu..hihi..malam tu bermalam di wad lama..MIL cerita kat wad tu juga la dia tinggal masa lahirkan suami 1985 dulu..haaa..utuh bangunan tu ye..hihi

Keesokan harinya saya dibenarkan keluar selepas semua prosedur selesai. Yang uniknya bersalin kali ni adalah hospital akan check semua bayi baru untuk kes G6PD deficiency. Kat Johor dulu saya tak pasti la kalau ada ke tak. Lepas selesaikan bil dan melalui prosedur daftar keluar yang lebih rumit dari hospital Johor. Segalanya selesai..lega hati

Satu perkara yang saya suka bersalin di hospital kerajaan adalah ianya menjimatkan :-)
Bila sampai rumah ada satu perasaan baru yang muncul..bila lihat 2 wajah anak kesayangan dan merasa kasih sayang yang mengalir pada setiap anak..inilah harta saya..

Comel je Aimy
Izz Zara dan Aimy - gaya zara minum susu sambil tangan belakang kepala memang gaya bapak eh
Apa yang saya sangat suka nak share adalah keberkesanan set Mighty 3 Gems ni dalam membekalkan tenaga. Mak saya call malam hari bersalin tu suruh minum Milo untuk dapatkan tenaga. Tapi saya ada Shaklee yang 10 kali ganda lebih hebat..hihi..puas hati..saya jadikan set Mighty 3 Gems ni sebagai tambahan ketika sarapan untuk bantu saya cepat pulih..Alhamdulillah saya takda terbaring je..

Selain set Migthy 3 Gems, saya juga ambil set kehamilan Shaklee sepanjang 9 bulan mengandungkan Aimy. Dah jual takkan taknak guna pulak ye dak? Saya sebenarnya rasa syukur sangat walaupun pengalaman bersalin saya ni tak sebest pengalaman melahirkan Zara. Tapi bila saya bandingkan apa yang kawan-kawan facebook saya alami, cara saya bersalin saya lebih mudah berbanding mereka. Nak tau cara saya lahirkan Zara? Ok saya cerita dalam 1 perenggan.

Hari tu 10 hari dari tarikh due. Hari tu 25 Februari 2012 dan saya masih bekerja pada siang harinya. 9pm keluar rumah. Saya drive kereta, suami naik motor. Kami nak hantar motor overhoul dan selepas tu plan nak tonton wayang kat City Square. 10pm masa husband tengah bercakap dengan pomen, air ketuban saya pecah. Terus pergi Hospital Sultanah Aminah yang kebetulan 2km je dari situ. Sebelum pergi kami drive through McD dulu..hahaha..tapi amek Milo la, bukan Coke. Then pukul 12 pm saya dah duduk wad menunggu giliran. Wad luas katil tersusun. Pukul 5am saya ditolak masuk bilik bersalin dan subuh tu Izz Zara selamat bersalin dengan 3 kali teran je. Waktu tu rasa senang sangat bersalin walaupun pertama kali. Huhu..rindu nak bersalin kat HSA la pulak..kuang3..lagi 2 tahun la jawabnya

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.