Petua Berkesan Dan Selamat Rawat Jaundis (Sakit Kuning) Bayi - Pengalaman Saya

Assalamualaikum pembaca semua. Bila sebut pasal jaundis atau sakit kuning, pasti ada ibu bapa yang punya kisah tersendiri mengenai jaundis anak mereka. Orang dulu-dulu tak panggil jaundis. Mereka panggil sakit kuning dan rawatan untuk tu ada macam-macam petua la orang-orang lama guna.  Apa yang perlu seorang ibu dan bapa ketahui adalah apa itu jaundis dan mengapa ada yang tak kena, ada yang kena, dan ada yang kena jaundis sangat lama. Detail mengenai jaundis boleh baca apa itu jaundis.

Anak pertama saya Izz Zara lahir cukup bulan tapi dengat berat 2.45kg dan berdarah B sedangkan saya darah O. So bayi saya memang tergolong dalam kumpulan yang akan kena jaundis..dan zara punya 2 faktor yang akan menyebabkan jaundis dia berlarutan lebih lama. masa ni saya belum kenal Shaklee lagi dan ilmu kesihatan ikut je la apa orang tua cakap. Masa tu saya tak tahu pun apa2 mengenai jaundis, yang saya tahu kita kena jemur bayi dan ikut je la petua apa orang bagi. Seandainya seorang ibu itu tahu punca, maka cara rawatan akan menjadi semudah mencari dalam terang.

Sebulan anak saya kena jaundis. Setiap hari berulang alik ambil darah dari rumah ke klinik kesihatan. Antara petua yang saya guna adalah minum susu kambing. Kesannya Zara jadi demam panas, suhu badan dia tinggi je. Kuning tak kebah-kebah. Sampai terpaksa ke klinik khusus untuk kanak-kanak. Then saya bertukar pula petua mandikan bayi dengan ramuan herba Cina beli kat kedai tabib Cina. Apa nama saya tak ingat tapi dia dalam packaging moden macam pack rempah kari maggi tu..hehe..tuang dalam air mandian dan mandikan bayi. Seminggu cuba pun tak turun-turun juga kuning Zara tu.

Kemudian cuba lagi petua lain, berikan bayi air perahan anggur hitam. Sungguh-sungguh encik suami perah anggur kat sudu pastu bayi Zara minum. Berkerut muka budak tu sebab masam. hahaha. Well, thing are not going as plan. Masih tak turun gak jaundis Zara hinggakan kuning dia makin naik lagi ada la. Jemur matahari tiap pagi tu dah wajib. Waktu tu kami dah macam putus asa dan stress. Last sekali kena tahan wad, duduk wad sehari guna rawatan fototerapi. Alhamdulillah rawatan tu je benar-benar berkesan. Nak tahu kenapa? Teruskan pembacaan...

Seperti yang saya explain dalam entry mengenai jaundis, jaundis berpunca apabila hati belum matang. Kuncinya adalah hati belum matang. So nak cepat pulihkan anak jaundis adalah bantu hati bayi cepat matang. Cara yang betul adalah dengan memberi bayi anda susu ibu. Inilah sebab mengapa polisi kesihatan kita hanya menyarankan penyusuan susu ibu sebagai rawatan jaundis. Antara penyebab yang boleh difahami:
  1. Susu ibu mempunyai faktor tumbesaran yang tidak boleh diperolehi dari sumber lain. Dengan kata lain, tanpa susu ibu bayi akan lambat membesar dan dalam kes nak rawat jaundis, hati bayi akan lambat matang. So susu ibu membantu hati bayi cepat matang untuk memproses bilirubin.
  2. Bayi yang baru lahir belum mepunyai antibodi untuk melawan penyakit. Pemberian pelbagai benda asing meninggikan risiko jangkitan kerana jika terdapat bakteria pada makanan tersebut yang mungkin tidak membahayakan pada kita, tetapi ia sangat berbahaya pada bayi kerana bayi belum membina antibodi untuk melawan bakteria tersebut. Susu ibu adalah kuncinya kerana hanya melalui susu ibu sahaja antibodi dari ibu dapat dipindahkan kepada bayi.
Kesilapan ibu bapa seperti kami dalam merawat jaundis adalah terlalu fokus pada petua-petua sehingga hilang fokus pada kerap menyusu bayi. Sedangkan bayi baru lahir perlu disusu sekerap setiap sejam atau dua jam. Ini menjadi punca bayi lambat membesar dan hati bayi lambat matang seterusnya lambat memproses bilirubin yang menjadi punca jaundis berpanjangan.

Apabila hamil Aimy kami dah menjadi pengedar Shaklee untuk hampir setahun dan rutin kami adalah menyelidik sesuatu masalah kesihatan bagi membantu pelanggan kami. Untuk masalah jaundis saya dah tahu secara mendalam mengenainya so apabila Aimy lahir cukup bulan dengan berat hanya 2.4kg dan mempunyai kumpulan darah B sedangkan saya darah O. Jaundis adalah perkara yang kami memang dah expect akan terjadi. Mungkin kerana beratnya yang lebih ringan, Aimy menjalani rawatan fototerapi pada hari ke-4 lahir. Saya fokus menyusu badan setiap jam selama 2 hari di wad dan memang terbukti jaundisnya cepat turun.
Gambar ihsan Google
Gambar ihsan Google

Tapi bila pulang ke rumah, normal la kan kalau nak tengok tv dan buat aktiviti lain. Jadi saya kurang kerap menyusu Aimy sejam sekali. Natijahnya jaundis Aimy naik semula. Ye la sebab hati dia masih belum matang dan berat dia masih ringan. So saya tak stress sebab saya faham. So saya hanya perlu fokus pada penyusuan untuk bantu hati Aimy cepat matang seterusnya kawal jaundis Aimy. Bayi saya, jika saya boleh hilangkan jaundis Aimy lebih cepat dari kakaknya, itu satu kejayaan dan teori saya betul mengenai cara rawatan selamat untuk jaundis. Ada orang yang terpaksa kena tahan wad semula sebab kurang fokus menyusu bayi dan jaundis naik tinggi semula masa saya check out masa tu. hehe

Tapi bila duduk rumah mak sendiri maka faham-faham je la kan orang-orang tua ni. huhu. Mak saya suruh bagi air masak la, bagi anggur hitam la. Tapi kali ni saya refuse. Yang saya boleh terima cuma mandikan Aimy dengan air rebusan daun pegaga dan daun peria sebab ia bersifat luaran dan sudah direbus untuk bunuh kuman. Tapi saya lebih percaya susu ibu lah kunci jaundis anak cepat sembuh. Hasilnya Aimy dah tak perlu ke klinik lagi selepas 2 minggu lahir. Saya kira ini satu kejayaan moral. hihi.

Tak dinafikan ada orang yang dapat ubat jaundis dari klinik swasta. Sehari makan terus hilang jaundis. Tapi memberi ubat (dadah) pada bayi umpama beri racun pada bayi. Memang cepat berkesan sebab ia bahan kimia dan diformulakan untuk bertindak mengubah kimia tubuh. Tapi sanggup ke anda perjudikan buah pinggang bayi anda untuk tapis bahan kimia dari ubat tu? Jika buah pinggang anak anda yang belum matang tu rosak, tiada apa anda boleh buat. Menyesal tak sudah. Anda tak nampak bahaya tak bermakna ia selamat. Mungkin anda selamat tapi mungkin ada orang lain yang dah terima akibat. Sama la seperti merokok. betul tak?

Kerana tu ubat seperti ini hanya boleh didapati dari klinik swasta sahaja kerana mereka money oriented iaitu mementingkan keuntungan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tidak bersifat keuntungan, polisi mereka lebih kepada menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Ini yang ramai individu yang tidak mempunyi latar belakang perubatan tidak faham. Tiada salah bayi anda jaundis, ianya normal. Tak perlu nak cepat sangat jaundis hilang, apa yang paling utama adalah jaundis hilang dengan cara selamat.

So jika anda mengutamakan keselamatan bayi anda dalam mengatasi masalah jaundis, fokus pada menyusu bayi setiap jam. Ibu perlu rooming-in dengan bayi. Sentiasa dekat supaya nampak feed cues dari bayi jika bayi inginkan susu. Bagi melancarkan proses penyusuan, saya guna set menyusu Shaklee set 3M. Jika ibu-ibu ingin bantuan penyusuan boleh la guna set menyusu Shaklee. Banyak manfaat lain selain untuk penyusuan. Nak tahu manfaatnya boleh la explore bahagian label testimoni ye. Di entri yang lain saya akan kupas mengenai terapi lampu ajaib. Acah je...rawatan fototerapi untuk bayi jaundis. Adakah ia sama dengan lampu lain? kenapa kalau guna rawatan fototerapi bayi cepat turun kuningnya. Ada 2 sebab iaitu sebab langsung dan sebab tak langsung. Nak tahu kena nantikannya. Boleh letak email anda untuk subscribe entry2 saya kat kanan blog ye.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

5 comments:

  1. anak saya pun lambat hilang jaundisnya.. dah sebulan ni.. memang menyusu dan ada juga jemur.,,huhuhu

    ReplyDelete
  2. ~ Rungsing dengan masalah demam kuning si comel? ~
    ~ Tidak mahu mengambil risiko melalui rawatan pemakanan? ~
    ~ Kini dengan hanya mandian Nuraz, si comel kembali cergas~
    ~ baby cergas, baby sihat dia pakai Nuraz~
    ~pm@whatsapp segera ke 018-3198939~
    ~ 100% diformulasikan daripada herba-herba tempatan serta doa & selawat~
    ~ Terbukti keberkesanannya dengan izin Allah~
    layari :
    https://www.facebook.com/NURAZ-Mandian-Penawar-DEMAM-Kuning-709466345854773

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat

    ReplyDelete
  4. Anak saya hari ke 69 hari ni..masih lagi kuning...last TSB 168...sebelum tu 125..masa TSB 125 tu..baru dapat result darah,urine and tiroid..semua ok...tu yang doc off TSB..x pyh pergi dah..tup2...hari cucuk 2bulan..doc suh cek TSB..n naik 168..muka dia yellowish...bdn..kaki..so admit la..saya pun x tahu dah apa nak buat..susu susu n susu je la..10.11 ni refer pakar..

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.