Tips Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang - Boleh Dan Tak Boleh

Mengapa plan diet untuk pesakit buah pinggang penting? Apa yang anda makan akan mempengaruhi kesihatan anda. Mengekalkan berat yang sihat dan makan seimbang iaitu kurang garam akan membantu anda mengawal tekanan darah. Pesakit diabetes pula perlu diet yang ketat untuk mengawal paras gula dalam darah. Mengawal tekanan darah dan diabetes akan membantu mengurangkan penyakit buah pinggang.


Kalori
Tubuh mendapat tenaga dari kalori yang anda makan dan minum. Kalori datang dari sumber karbohidrat, protein dan lemak yang anda makan. Setiap pesakit mempunyai keperluan kalori berbeza mengikut jantina, umur, berat, dan tahap penyakit. Berbincang dengan doktor anda untuk nilai kalori yang tepat untuk anda. Anda juga boleh mengira sendiri keperluan kalori anda menggunakan formula dari entri ni.

Protein
Protein adalah salah satu blok binaan dalam tubuh kita. Tubuh kita memerlukan protein untuk membesar, pulih dan kekal sihat. Terlalu kurang protein akan menyebabkan kulit, rambut dan kuku menjadi tak bermaya. Bagaimanapun, terlalu banyak protein pun boleh timbulkan masalah. Jumlah protein yang perlu diambil bergantung kepada saiz tubuh, tahap keaktifan, tahap kesihatan. Sesetengah doktor akan mencadangkan menghadkan pengambilan protein atau menukar sumber protein yang diambil. Ini kerana diet yang tinggi protein akan membebankan buah pinggang dan mungkin menambah kerosakan. Sila beringat, walaupun makanan tersebut rendah protein tak bermaksud anda boleh ambil banyak tak beringat ye. Kuncinya adalah kesederhaan. Cadangan pengambilan harian adalah tidak lebih 0.8gram bagi setiap 1 kilogram berat tubuh.

Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga paling mudah diguna tubuh. Sumber karbohidrat yang baik adalah madu, buah dan sayur. Sumber karbohidrat yang tak elok termasuk gula, gula-gula dan minuman manis. Sesetengah karbohidrat tinggi potassium dan phosphorus yang mana anda perlu hadkan pengambilannya.

Lemak
Anda memerlukan sedikit lemak untuk kekal sihat. Lemak memberikan anda tenaga dan membantu menukar sesetengah vitamin dari makanan. Terlalu banyak lemak akan menyebabkan obesiti dan penyakit jantung. Beri keutamaan kepada lemak tak tepu seperti minyak zaitun dan minyak sayuran dan kurangkan lemak tepu yang menbahayakan kesihatan seperti mentega, lepa susu, kulit ayam dan lemak pada daging.

Sodium
Sodium (garam) adalah mineral yang dijumpai dalam banyak makanan. Terlalu banyak garam akan membuatkan anda haus yang akan membuatkan anda berpeluh dan menaikkan tekanan darah. Ini boleh merosakkan lagi buah pinggang anda dan memaksa jantung berkerja keras. 

Cara mengawal pengambilan garam:
  • Jangan campurkan garam ketika memasak. Cuba gantikan dengan perahan lemon, herba dan rempah bebas sodium. Ikut sunnah Nabi s.a.w iaitu memasukkan secubit garam dalam mulut sebelum memulakan makan. Orang Arab juga hanya menabur garam di bahagian atas sesudah masak.
  • Pilih sayuran segar berbanding di dalam tin. Makanan dalam tin mengandungi bahan pengawet.
  • Elakkan makan berproses dalam tin.
  • Ganti buah-buahan sebagai snek berbanding keropok dan makanan ringan yang tinggi garam.
  • Elakkan sup segera atau makanan sejuk beku yang tinggi sodium
  • Kurangkan perasa makanan tinggi garam seperti sos dan kicap.

Buah pinggang berperanan menapis cecair tubuh dan mengimbangi kimia dalam tubuh. Organ tersebut mempunyai penapis halus bagi tujuan tersebut. Bagaimanapun apabila masa berlalu, kesan dari pengambilan makanan bukan organik atau dengan kata lain makanan yang diproses dikilang yang tidak mempunyai keseimbangan kimia, penapis buah pinggang kita menanggung akibat berkerja melebihi had. Berikut adalah tips untuk mengurangkan beban buah pinggang anda yang saya dapat dari FB.
  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh. Tapi tu jika buah pinggang anda belum rosak. Normally jika sudah rosak, doktor akan cadangkan kuantiti air yang selamat untuk anda. Sila dapatkan pandangan doktor ye.
  • Elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana kerana garam yang berlebihan ini akan memaksa buah pinggang berkerja keras.
  • Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
  • Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash, minuman serbuk 3 in 1 dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa yang walaupun dibenarkan tetapi memang akan beri kesan jangka panjang terhadap buah pinggang
  • Meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. Teh kedai majoritiya akan guna teh murah.
  • Pengambilan coklat perlu dielakan dan minimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Jika itu sebahagian senarai makanan yang perlu dielakkan, apa pula makanan yang elok untuk manfaat buah pinggang? saya google dan terjumpa 15 makanan yang baik untuk pesakit buah pinggang serta manfaatnya di sini. Tapi pastikan sayur sayuran ini di makan mentah atau elakkan haba melebihi 40 darjah celcius untuk mengelakkan vitamin termusnah dan pengambilan menjadi sia-sia.

1- Cili Benggala
  • 1/2 cawan = 1 mg sodium, 88 mg potassium, 10 mg phosphorus
Cili benggala rendah potassium tetapi mempunyai rasa yang tinggi. Tetapi bukan itu sahaja penyebab ia baik untuk diet buah pinggang, sayur ini juga kaya dengan vitamin C dan A selain B6, asid folik dan serat. Sayur ini baik kerana ia mengandungi lycopene, sejenis antioksidan yang melindungi dari kanser tertentu.

2- Kobis Bulat
  • 1/2 cawan = 6 mg sodium, 60 mg potassium, 9 mg phosphorus
Kobis bulat dibungkus bersama phytochemicals, sejenis bahan kimia berfungsi untuk melindungi makanan daripada rosak akibat radikal bebas. Phytochemicals juga boleh melindungi dan menghentikan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari disamping meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kobis bulat tinggi Vitamin K, Vitamin C dan Fiber selain kaya dengan Vitamin B dan Asid Folik.

3- Bunga Kobis
  • 1/2 cawan = 9 mg sodium, 88 mg potassium, 20 mg phosphorus
Bunga kobis kaya dengan vitamin C dan sumber folate dan fiber yang bagus. Ia juga dilengkapi indoles, glucosinolates and thiocyanates - sebatian yang meneutralkan bahan bertoksin yang merosakkan mebran sel dan DNA

4- Bawang Putih
  • 1 ulas = 1 mg sodium, 12 mg potassium, 4 mg phosphorus
Bawang putih membantu mengelak pembinaan plak pada gigi, merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan inflamasi.

5- Bawang
  • 1/2 cawan = 3 mg sodium, 116 mg potassium, 3 mg phosphorus
Bawang merupakan sebahagian daripada keluarga alium  dan perasa asas dalam kebanyakan masakan mengandungi unsur sulfur yang memberi bau yang menusuk. Bawang kaya dengan flavonoid terutama quercetin yang merupaka antioksidan kuat yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan anti-kanser. Bawang rendah kandungan potassium dan merupakan sumber baik chromium iaitu mineral yang membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein.

6- Epal
  • Sebiji epal (dengan kulit) = 0 sodium, 158 mg potassium, 10 mg phosphorus
Epal diketahui dapat menurunkan paras kolestrol, mengelakkan sembelit, melindungi daripada sakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Tinggi serat dan unsur anti inflamasi, sebiji epal sehari mungkin boleh mengurangkan kekerapan berjumpa doktor.

7- Kranberi
  • 1/2 cawan  jus koktail = 3 mg sodium, 22 mg potassium, 3 mg phosphorus
  • 1/4 cawan sos kranberi  = 35 mg sodium, 17 mg potassium, 6 mg phosphorus
  • 1/2 cawan kranberi kering = 2 mg sodium, 24 mg potassium and 5 mg phosphorus
Buah beri yang masam dan lazat ini diketahui dapat melindungi daripada jangkitan pada hempedu dengan menghalang bakteria daripada melekat pada dinding hempedu. Dengan cara yang sama, kranberi juga melindungi dinding perut daripada bakteria punca ulser dan melindungi dinding usus dan menggalakkan usus yang sihat. Kranberi juga terbukti melindungi daripada kanser dan sakit jantung.

8- Beri Biru
  • 1/2 cawan = 4 mg sodium, 65 mg potassium, 7 mg phosphorus
Beri biru adalah tinggi antioksidan fitonutrien yang dipanggil anthocyanidin, yang memberinya warna biru, dan ia kaya dengan unsur semulajadi yang mengurangkan inflamasi. Beri biru merupakan sumber baik vitamin C, mineral mangan yang memastikan tulang yang sihat; dan serat yang juga membantu melindungi otak daripada kesan penuaan. Antioksidan didalam beri biru dan beri yang lain terbukti membantu memperlahankan kadar kerapuhan tulang bagi individu yang rendah tahap estrogen.

9- Rasberi
  •  1/2 cawan = 0 mg sodium, 93 mg potassium, 7 mg phosphorus
Rasberi mengandungi fitonutrien yang dipanggil asid elagik yang membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh untuk mengelakkan kerosakan sel. Ia juga mengandungi  flavonoid yang dipanggil anthocyanins, antioksidan yang memberikannya warna merah. Sumber terbaik mineral mangan, vitamin C, serat dan folat, vitamin B, rasberi mungkin mempunyai kandungan yang menghalang pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor.

10- Strawberi
  • 1/2 cawan (5 biji) = 1 mg sodium, 120 mg potassium, 13 mg phosphorus
Strawberi kaya dengan dua jenis poliphenol  anthocyanins dan ellagitannins. Anthocyanins memberi warna merah pada strawberi dan antioksidan kuatyang membantu melindungi struktur sel tubuh dan mengelakkan kerosakan oksidatif. Strawberi merupakan sumber terbaik vitamin C, serat dan mineral mangan. Ianya diketahui dapat melindungi hati juga sebagai anti kanser dan komponen anti inflamasi.

11- Ceri
  • 1/2 cawan = 0 mg sodium, 160 mg potassium, 15 mg phosphorus
Ceri terbukti mengurangkan inflamasi jika diambil setiap hari. Ia juga dilengkapi dengan antioksidan dan fitokimia yang melindungi hati.

12- Anggur Merah (VIVIX)
  • 1/2 cawan = 1 mg sodium, 88 mg potassium, 4 mg phosphorus
Anggur merah mengandungi beberapa jenis flavonoid yang memberikannya warna merah. Flavonoid membantu melindungi daripada penyakit jantung dengan mengelakkan pengoksidaan dan mengurangkan pembentukan plak pada salur darah. Resveratrol, sejenis flavonoid yang terdapat dalam anggur merah dipercayai merangsang penghasilan nitric oxide yang membantu menenangkan sel otot di dalam salur darah yang membantu melancarkan aliran darah. Flavonoid ini juga bertindak memberi perlindungan terhadap kanser dan mengelakkan inflamasi. Fitokimia di dalam anggur merah telah dikaji secara mendalam sejak penemuan orang Perancis mempunyai statistik pesaakit jantung yang rendah walaupun diet mereka tinggi lemak tepu.

Dari peristiwa ini bermulanya sejarah Vivix. Produk unggul dengan kuasa lebih 10 kali ganda lebih baik berbanding resveratrol sahaja. Ini membolehkan pesakit buah pinggang menikmati Vivix sebagai diet yang membantu mengatasi masalah kerosakan buah pingang.

13- Putih Telur
  • 2biji (putih sahaja) = 7 grams protein, 110 mg sodium, 108 mg potassium, 10 mg phosphorus
Putih telur adalah protein tulen dan ia menyediakan sumber protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan kesemua asid amino yang diperlukan. Untuk diet buah pinggang, putih telur membekalkan protein dengan nilai phosphorus yang rendah berbanding sumber protein lain seperti kuning telur atau daging.

14- Ikan (OMEGA GUARD)
  • 3 ounch ikan salmon = 50 mg sodium, 368 mg potassium, 274 mg phosphorus
Ikam menyediakan protein kualiti tinggi dan mengandungi lemak yang bersifat anti-inflamasi yang dipanggil omega-3. Omega 3 membantu melawan penyakit seperti sakit jantung dan kanser. Omega 3 juga membantu menurunkan paras kolestrol tak baik LDL (Low-Density Lipoprotein) dan menaikkan paras kolestrol baik HDL (High-Density Lipoprotein)

15- Minyak Zaitun
  • 1 sudu = kurang 1 mg sodium, kurang 1 mg potassium, 0 mg phosphorus
Minyak zaitun merupakan salah satu sumber terbaik asid oleik, sejenis lemak asid bersifat anti-inflamasi. Lemak tunggal tak tepu di dalam minyak zaitun melindungi tubuh dari proses oksidasi. Kajian menunjukkan populasi yang menggunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding minyak sawit menunjukkan kadar penyakit jantung dan kanser yang lebih rendah.


Selain dari makanan di atas, banyak lagi makanan yang telah menjadi budaya kita yang menjadi penyumbang terbesar penyakit kita. Apa yang penting apabila sudah sakit atau sedar diri sendiri bakal sakit. Semuanya berlaku atas pilihan kita. Jika sebelum ni kita makan tak berpantang, maka sudah tiba untuk kita sedar betapa pentingnya kesederhanaan dalam Islam termasuk dalam bab makan. Anda boleh cuba Vivix dan Omega Guard untuk memperbaiki kesihatan buah pinggang anda. Cara terbaik adalah mempunyai kesedaran bahawa buah pinggang rosak tanpa tanda sehingga ianya terlewat. Maka langkah pencegaran merupakan rawatan terbaik. Tapi jika sudah rosak dan dialisis? Maka hanya Vivix dan CoQ Health Plus sahaja jalan yang tinggal. Nak baca testimoni pesakit buah pinggang Shaklee? baca testimoni pertama ni - Testimoni Vivix - Buah Pinggang Rosak Tahap 4 Menjadi Tahap 2 Lalu Transplant Dibatalkan

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

7 comments:

  1. saya nak tanya, dlm penulisan tersebut ada menyatakan -diet yang tinggi protein akan membebankan buah pinggang dan mungkin menambah kerosakan..tp kenapa perlua mengambil omega guard, bukankah ikan mempunyai protein yg tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omega Guard adalah Omega 3 dan ia kategori lemak tak tepu. Walaupun ia diambil dari ikan dan ikan kaya protein, tak bermakna Omega mengandungi protein. Ikan juga mengandungi unsur lain selain protein dan lemak 😊

      Delete
  2. amalkan jus ikhlas untuk cuci darah

    pm jika berminat +60105036717

    ReplyDelete
  3. amalkan jus ikhlas untuk cuci darah

    pm jika berminat +60105036717

    ReplyDelete
  4. Menarik juga diet makanan yang boleh dimakan.
    Walaupun ada yang jarang kita beli kan..
    Memang kena alert lebih kalau ada masalah buah pinggang kan.
    Sebab takut nanti nak proses membebankan..

    ReplyDelete
  5. Bagaimana dengan sukatan air kalau pesakit belum dialisis?

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.