Gastrik Hilang, Berat Turun 2kg Bila Seminggu Ambil Mighty 3 Gems Semasa Puasa

Assalamualaikum para pembaca, hari ni dah 9 Ramadhan dan saya nak share testimoni set tenaga Mighty 3 Gems yang luar dari kebiasaan. Chewah..hihi. Cerita bermula ketika saya menerima seorang customer yang ingin jadi ahli dengan set tenaga. Asalnya dia nak beli dari seorang pengedar dari Banting, tapi orang tu suruh walk in beli dari branch JB. Tak rajin la customer ni nak walk in. Then dia Google pengedar Shaklee Johor Bahru dah saya berada di page pertama. Dia call saya tanya boleh COD tak dan sudah tentu besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan..hehe



Ahli Shaklee baru saya ni beli set tenaga untuk puasa seperti dalam gambar. Bag hitam tu adalah business kit bila kita mendaftar ahli. Kalau jadi ahli berbayar kena bayar RM65 untuk kit tersebut. Beli set ni dapat kit tu free..hehe.Set yang dia beli ni untuk kegunaan 1 keluarga sepanjang Ramadhan. Semasa dia call saya, dia tanya samada boleh tak hantar ESP 1 ke rumah mak dia dahulu kat East Ledang Nusajaya. Sebab mak dia gastrik teruk.  Bila makan nasi je muntah, makan biskut dengan Milo pun muntah. Katanya perutnya keras banyak angin. Jadi dia nak guna set ini untuk hilangkan gastrik ibunya semasa bulan puasa ni. Saya anggarkan ibunya berusia 70an. Tapi saya tak boleh hantar ESP sahaja dahulu sebab dia nak jadi ahli, pembelian tu mesti 200UV. So dia bagi mak dia lepas saya deliver kat Jusco Bukit Indah.

Keesokan hari dia call saya. Dia ceritakan yang dia bagi mak dia ESP dan Performance Drink dulu. Punya excited mak dia sebab sembuh gastrik terus mak dia suruh anak dia belikan 1 set untuk dia. Masa saya hantar tu la mak dia yang peramah tu bercerita panjang lebar dengan saya masalah kesihatan dia. Actually taman rumah mak dia ni saya first time masuk walaupun selalu lalu situ. Dekat je dengan Mydin Nusajaya yang saya selalu pergi. Cantik taman ni. Hihi

Rumah dalam taman macam ni idaman saya..huhu..doakan saya mampu beli rumah macam ni suatu hari nanti ye..hihi

Best tak rumah kat East Ledang ni?

Itulah saya..hihi..check barang dulu sebelum masuk rumah
Bila masuk je rumah, terus makcik tu ajak saya ke dapur keringnya suruh ajar cara bancuh set Migthy 3 Gems tu. So saya ajar beberapa resepi. Makcik tu ucap banyak-banyak terima kasih sebab perkenalkan set tenaga Shaklee kat dia. Dulu kat Singapore dia pernah beli Shaklee dari farmasi. Tapi biasa la kalau beli dari farmasi, kita tak dapat special consultation macam beli dari pengedar Shaklee seperti kami. So tanpa consultation kita tak dapat manfaat maksimum dari penggunaan produk Shaklee. Ibarat hanya tahu manfaat pokok kelapa hanya pada buahnya. Haa gitu.

Saya jadi teruja bila set tenaga ni mampu ubah hidup makcik  tu. Semuanya dengan izin Allah. Antara perubahan yang dia alami selain dah boleh makan nasi semula, dia kerap buang angin. Dia rasa lega sangat angin gas yang sebelum ni buat dia pedih hulu hati dan perut rasa keras dapat keluar. Selain tu, makcik kerap speaking ni juga cerita dia perasan keinginan dia untuk makan tu berkurang sebab rasa tak lapar lepas consume set tenaga ni. Hinggakan air teh yang dia dah buat dia tak minum sebab keinginan untuk minum manis tu hilang. 

Rupa-rupanya makcik ni nak turunkan berat badan. hehe. Makcik tu bancuh sesudu ESP, sesudu Meal Shakes dan 2 sudu Performance Drink bersama susu, kurma dan oat, then blend. Dia ambil ni sahaja semasa sahur dengan air masak tapi boleh bertahan hingga berbuka. Dia syukur sangat dari gastrik teruk kini boleh puasa hari-hari. Seminggu lepas saya hantar set tenaga ni, dia call semula. Dia bagitau berat badan dia turun 2kg dalam seminggu lepas guna.Masa berbuka pun dia minum set ni sebelum makan berat, so bila nak makan berat tu sikit je boleh masuk. Masa berbuka pun bila minum set ni rasa lega sangat. Rasa rejuvenate.

Cerita tak berakhir kat situ, sebab happy dengan perubahan pada dia sendiri, makcik tu turut suggest set ni kat kawan dia di Taman Bukit Indah. So begitulah bagaimana pasaran jualan Shaklee berkembang. Yang penting niat nak bantu orang lain menjalani hidup lebih sihat, insyaAllah rezeki itu akan datang dengan sendirinya.

Set Mighty 3 Gems yang ada shaker tu untuk pelanggan ke3 saya yang berpuas hati dengan set tenaga ni
Jika anda ingin pulihkan gastrik anda, masih belum terlambat untuk mencuba set ni, insyaAllah terbukti berkesan.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.