Turun Berat Dengan 10 Makanan Yang Meningkatkan Metabolisma Semasa Puasa

Assalamualaikum semua. Dah berapa hari kita puasa?. Biasanya sahur ramai makan makanan mudah disediakan dan berbuka makanan yang mudah dibeli. Namun ada golongan yang nak ambil peluang bulan puasa ni untuk turunkan berat badan. Salah satu cara nak turunkan berat badan adalah naikkan kadar metabolisma. Jom kita kenali 10 makanan yang boleh naikkan metabolisma semasa Ramadhan. Saya ambil dari sumber ni then adjust-adjust sikit.
Contoh hidangan ketika berbuka + Segelas Cinch Energy Ice Tea 
1. Limau Gedang meningkatkan kadar metabolisma dan membantu membakar banyak kalori. Buah ni membantu anda rasa kenyang dengan cepat dan bertahan lama dengan kalori yang rendah.  Tambahan lagi, limau gedang kaya dengan serat yang membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah. Anda boleh tambah hirisan limau gedang dalam sayur salad, smoothies atau perah dalam air teh seperti Cinch Energy Tea.

2. Daun Saderi terkenal kerana kita perlu bakar lebih banyak kalori untuk memakannya melebihi jumlah kalori yang terkandung dalam batang saderi yang kita makan. Daun saderi mengandungi kandungan air yang tinggi, kerana itu ia sesuai untuk diet yang seimbang. Cara yang terbaik adalah mengambilnya dengan mencampur bersama sayuran lain seperti tomato dan taugeh dimasak 'stir fry'

3. Gandum (whole grain) - Kajian menunjukkan gandum lebih menyihatkan berbanding bijirin lain seperti beras, ia mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Bijirin jenis ini lebih baik untuk diet kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan anda tidak berapa lapar untuk tempoh yang lebih panjang. Gandum kaya dengan mineral, vitamin dan karbohidrat tetapi rendah lemak.

4. Teh Hijau merupakan minuman popular warga Asia. Jika anda belum mengetahui teh hijau merupakan penggalak metabolisma, inilah masanya untuk anda sedar! Selain kaya dengan antioksidan, ia meningkatkan metabolisma seterusnya membantu turun berat badan. Tapi rasa yang tawar membuatkan ramai tak menggemarinya. Nak tahu 10 ramuan yang boleh ditambah dalam teh hijau supaya bukan sahaja meningkatkan rasanya, malah menggandakan keupayaan metabolism booster. Cinch Energy Tea Shaklee mempunyai manfaat berganda kerana mengandungi beberapa jenis teh selain teh hijau. 

Ihsan Google - Cinch Tea dalam bentuk serbuk halus
5. Omega 3 merupakan lemak baik yang sangat popular kerana banyak penyelidikan menemukan manfaat kesihatan yang banyak. Ini termasuk keupayaan meningkatkan metabolisma sehingga 40%! Omega 3 mengawal penghasilan hormon leptin yang mengawal kadar pembakaran lemak. Badan kita tidak menghasilan Omega 3, justeru makanan tinggi omega 3 seperti ikan salmon, tuna dan hering atau makanan tambahan Omega 3 seperti Omega Guard Shaklee merupakan sumber terbaik Omega 3 kerana ditapis sebanyak 3 kali untuk menyingkirkan merkuri dan logam berat lain dalam ikan laut dalam dan dari laut yang tercemar. Malah Omega Guard mengandungi 99% kadar Omega 3 tulen berbanding jenama lain sekitar 70% ketulenan.
Omega Guard Shaklee dilengkapi EPA dan DHA baik untuk otak
6. Kopi juga salah satu penggalak metabolisma. Saya pasti ramai yang tidak dapat bayangkan hidup tanpa kopi. Memulakan pagi yang indah dengan secawan kopi memang mengegarkan hari anda. Kita semua tahu ia disebabkan kandungan kafein di dalam kopi. Apabila kafein memasuki sistem tubuh, kadar degupan jantung meningkat, lebih oksigen berada dalam darah dan  lebih banyak kalori dibakar. Malangnya, kesan baik itu dirosakkan oleh keburukan gula dan krimer. Boleh cuba pemanis seperti stevia atau kayu manis.

7. Avokado adalah 3 kali lebih berkuasa membakar lemak. Ia mengandungi lemak tunggal tak tepu yang meningkatkan metabolisma anda dan melindungi bahagian penghasil tenaga pada sel dari kerosakan radikal bebas. Selain itu avokado juga memiliki banyak khasiat lain yang menakjubkan. Ia merendahkan paras kolestrol, menyembuhkan luka, mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke selain baik untuk mata dan rambut.

8. Makanan pedas juga mempunyai kelebihan meningkatkan kadar metabolisma. Sayuran seperti cili sesuai ditambah dalam masakan. Tanda metabolisma badan meningkat adalah kita berpeluh ketika makan pedas seperti sedang bersenam. Hihi..teringat awal kahwin dulu, suami orang Johor, saya Nogori. Berpeluh-peluh encik suami makan masakan mak saya.

9. Biji Chia mungkin asing bagi kita kerana ia berasal dari bahagian Mexico nun. Ianya kaya dengan protein, serat dan omega 3 dan membantu meningkatkan metabolisma, mengawal selera makan, mengaktifkan glukagon iaitu hormon pembakar lemak. Biji chia membantu kita rasa kenyang lebih lama dan menghalang kita dari makan berlebihan.

10. Cinch Shake Shaklee..hihi..dalam banyak2 makanan rasanya Cinch Shake ni yang paling mudah disediakan dan rasanya enak. Untuk bulan puasa, hanya sahur dengan 1 hidangan Cinch shake bersama kurma. Boleh dibuat smooties atau banyak resepi. Selain menaikkan metabolisma, Cinch Shake juga mempunyai index glisemik yang rendah iaitu keupayaan penukaran makanan kepada tenaga dalam tempoh yang lebih panjang. So dari subuh sampai ke Magrib insyaAllah bertenaga walaupun hanya bersahur Cinch Shake yang sangat rendah kalori berbanding nasi tetapi membekalkan tenaga yang lebih lama berbanding nasi dan roti.
Bulan puasa ni insyaAllah jika kita bersungguh-sungguh, turunkan berat badan adalah mudah. Selain boleh mencuba 10 makanan yang menaikkan metabolisma ni, anda juga perlu bijak ketika berbuka. Amalkan minum air dahulu supaya kenyang air berbanding terus makan nasi. Sebolehnya kita ketepikan nasi, mee dan roti pada bulan puasa dan gantikan dengan protein dan serat seperti salad garden, murtabak, ayam percik dan banyak lagi. Suami saya baru 4 hari puasa seluar jeans yang beli zaman belajar dulu sudah boleh kancing semula. Dia amalkan ambil nasi segenggam dan lauk banyak. Jika nak try produk Shaklee boleh hubungi saya ye.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.