Cara Qiamulail RIngkas Dan Mudah (Sunat Wuduk, Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir)

Assalamualaikum para pembaca budiman. Siapa kat sini yang selalu buat Qiam sila diam...huish ramainya..hihi. Panduan ini sesuai untuk mereka yang baru hendak bermula belajar melakukan solat malam. Bila sebut Qiamulail pasti kita tertanya nak solat apa? sebenarnya ada banyak solat sunat yang boleh dilakukan. Ianya bergantung pada niat dan tujuan. Yang paling penting adalah ikhlas dan istiqomah. Kerana itu saya tulis entri untuk qiamulail ringkas. Bagaimana nak buat yang ringkas? First jom kita semak rukun solat. Rukun adalah perkara wajib yang perlu dilakukan dalam solat, tanpanya solat jadi tak sah.
Pakai jam loceng macam ni InsyaAllah mudah bangun..jiran sebelah pun boleh terjaga..hihi
  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.
So lafaz niat, doa iftitah, bacaan surah selepas al-fatihah, bacaan rukuk dan sujud, bacaan antara dua sujud dan perkara selain rukun tidaklah merosakkan solat jika ditinggalkan. Contohnya anda baru rakaat pertama solat sunat rawatib tiba-tiba bilal iqomat untuk solat fardhu. Bolehlah disegerakan solat sunat itu dengan rukun sahaja. Toma'ninah adalah berhenti sebentar dalam kadar 2 saat.

Untuk melakukan qiamulail ringkas, biasanya saya hanya niat dan terus membaca al-fatihah tanpa doa iftitah. Bacaan rukuk, sujud dan antara dua sujud saya masih baca seperti biasa. So jom kita semak solat sunat apa yang kita boleh lakukan untuk qiam. Seringkas-ringkas qiam adalah anda lakukan solat sunat tahajud sahaja. Jom kita pelajari solat sunat tahajud yang saya ambil dari sini.

Solat Sunat Tahajjud

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:

Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.
1- Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2- Niat solat Tahajjud
 Aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3- Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

                    Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
                   Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas


4- Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali: 
Doa dari Surah Al-Isra ayat 80
5- Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
6- Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
  
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

Solat Sunat Witir

Simple kan? 5minit je selesai. Jika ingin panjangkan boleh lah menutup Qiamulail dengan solat sunat Witir. Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”  (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam). Jika anda rasa berat maka bolehlah bermula dengan 1 rakaat sahaja.


1- Niat solat Witir
 Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2- Bacaan selepas Fatihah:

                    Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
                   Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun

3-  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

4-  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
 Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

5- Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’

a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas. 

So jika buat witir 1 rakaat, 3minit je dah habis..tak membebankan kan? kalau boleh buatlah 3 rakaat ye. hihi. bagaimana jika anda nak peruntukkan lebih masa untuk qiam contohnya 30minit? Apa solat sunat untuk dilakukan dan apa turutannya? Berikut merupakan sunnah dan saranan turutan.
  • Solat sunat wuduk
  • Solat sunat tahajjud
  • Solat sunat taubat
  • Solat sunat hajat
  • Solat sunat witir
Solat Sunat Wuduk

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:

"Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?”  Bilal menjawab:“Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.”  (Muttafaq ‘alaih) 
1- Lafaz dan niatnya ialah:
2- Bacaan surah selepas Fatihah:

                    Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
                   Rakaat kedua: Surah An-Nas

Solat Subat Taubat

Diakhir zaman dan ditengah kota yang penuh dosa, adalah mustahil kita dapat lari dari dosa. Justeru solat sunat taubat adalah antara solat sunat yang utama ketika qiamulail. 

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

1- Niat Solat Sunat Taubat:

2- Bacaan surah selepas Al-Fatihah:*

                    Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
                   Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

3- Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

4- Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10kali:
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

5- Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

1- Lafaz dan niat
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2- Bacaan selepas Al-Fatihah

                    Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi 1 atau 11kali
                   Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas 1 atau 11kali

3- Bacalah tasbih ini ketika sujud terakhir sebanyak 41kali diikuti apa yang dihajatkan dalam hati.
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang zalim.

Sebenarnya apa yang saya kongsikan adalah seringkas yang boleh anda lakukan. Jika diikutkan ada kaedah lebih panjang maka jika saya tuliskan ianya tidaklah bersesuaian dengan tajuk entri saya ni kan?  Semoga sedikit sebanyak kita dapat memperbaiki amal soleh dan yang penting bukanlah kuantiti melainkan kualiti dan istiqomah dalam melakukannya kerana itu lebih disukai oleh Allah s.w.t.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

2 comments:

  1. Salam, boleh ke kalau buat solat sunat tahajjud, taubat dan hajat sahaja?

    ReplyDelete
  2. Salam. Boleh tak baca surah lain selain surah yg disebut selepas alfatihah?

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.