Raya Seorang Pengedar Shaklee

Assalamualaikum pembaca yang budiman. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin untuk semua yanng membaca entri ini. Hari ni masih dalam seminggu raya dan mood raya masih kuat. Tapi kan bila kita makin tua, feel raya dah tak sama macam masa kita kanak-kanak dulu. Lagi-lagi bila dah beranak 2 ni kan. Shopping raya priority dah pada anak2, bukan pada kita lagi nak melawa bagai. Pilih baju pun cari yang mudahkan nak menyusu anak. Haha.
Bergambar kat rumah MIL
Sebagai seoarang yang hanya berkerja dari rumah fulltime buat Shaklee, tak jadi masalah sebenarnya jika saya nak balik raya start 1 Ramadhan pun. Hihi. Tapi disebabkan branch Shaklee takda kat Melaka dan Gemas Negeri Sembilan, maka saya stay JB je la sebab senang nak COD. kampung saya Gemas manakala suami Bukit Katil Melaka. Jarak perjalanan cuma sejam je so kami berulang alik banyak kali gak la balik raya masa tu. Hihi.

25hb hari Jumaat lepas kami gerak balik Melaka. Siangnya siap-siap kemas rumah, selain cuci semua kotoran dengan pencuci Basic H Shaklee. Malam tu tunggu sorang customer nak self pick up barang dia. After dia sampai rumah kami pun terus la gerak. Gerak dari JB pukul 11 malam, direct non-stop ke Melaka dari JB. Alhamdulillah jalan clear malam tu. Sampai rumah mertua pukul 1pagi.
Bekas contengan marker pen dari Zara - settle. Kuat gak la menggosok sebab kesan lama
Contengan marker pen pada sofa kulit pun berjaya dihilangkan. Pun kena gosok lama sikit sebab dah menyerap. Janji hilang. huhu
Haaa..yang ni paling perit, bekas pencil colour. Nasib baik la ada Basic H kan ;-0
Esok paginya suami mengadu sakit tekak. Bahana minum air tebu sampai 1 jug dia telan sorang2. Katanya ni last berbuka kat JB. Haa dah sakit tekak nak demam la tu. Nasib la ada Nutriferon. 3 hari dia ambil Nutriferon. Nasib baik selsema tak melarat atau bersin-bersin. Mesti lagi seksa. Dia cuma demam dan batuk je. Kahak banyak. Maknanya antibodi badan tengah laksanakan tugas bunuh virus selsema tu. Kahak tu by product. Nutriferon ni boost immune system. Waktu sahur tak lupa minum ESP dan Performance Drink. ESP bantu rasa kenyang lebih lama dari nasi. Performance Drink bantu tubuh mengekalkan kehidratan. Bila terhidrat kita lesu. Tanda terhidrat tu nak meludah pun tak boleh sebab air dalam badan berkurang. Pagi tu sahur nasi goreng Planta.

Tengah hari tu kami balik Gemas lepas singgah Mydin MITC beli baju raya Zara ngan Aimy. Dah ada baju raya sebenarnya tapi saja je tambah. Sebab budak kecik ni takut dia muntah atau comot kan dah susah kalau takda baju raya tambahan. Kan? hihi. Dah sampai rumah mak tu kami tolong la apa patut. Ambil aura raya..chewah

Hari ahad hari last puasa. Waktu ni mesti semua sibuk buat persiapan raya. Kuih raya semua mak saya dah siap buat dan beli. Hihi. tahun ni tak buat banyak sebab taknak membazir macam tahun lepas. Suami jadi tukang jaga anak selain bantu la sikit proses penghasilan lemang. Sekejap. Hmm rasanya takda bantuan selain jaga anak. hahaha. Saya tolong mana patut. Masak kuah mee kari untuk tetamu esok pagi. Tahun ni tak anyam ketupat sebab tak buat banyak. Beli ketupat segera je.

Dak kecik ni tak mau baring..nak duduk je
Malam tu macam biasa menunggu pengumuman raya dari TV. Kalau masa kecik-kecik dulu excited dengar. Dah besar ni takyah dengar pengumuman pun dah tahu esok raya. haha. Lepas Isyak aktiviti bermain mercun. Abang saya dapat stok mercun underground secara percuma. Berdentum dentam main. Zara je takut, Aimy rilek je.

Esok paginya subuh-subuh kami mandi pagi tanpa air panas. Macam mandi air terjun. Rumah mak saya memang takda water heater. Selepas mandi kami bersarapan. Kedengaran takbir raya dari TV. Usai makan kami pun bersalaman. After that macam biasa la, sesi bergambar. Hehehe. Tak lupa juga solat raya, tahun ni seperti tahun lepas, saya tak dapat ikut disebabkan anak 2 orang ni. Dah solat raya, suami cepat-cepat kemas barang nak balik Melaka pula. Saya dengan hati yang berat terpaksa ikut..huuuu

Aimy sentiasa buat muka no feeling..haha
Selepas sejam perjalanan dari Gemas melalui Gemencheh, kami tiba di Melaka dan terus menuju rumah sedara yang sedang dilawati MIL. Selepas melawat beberapa rumah sedara, baru kami pulang ke rumah. En suami asal sampai rumah je main PS2. Lepas gian katanya. Tahun ni MIL beraya dgn rumah baru. Tahun lepas MIL masih lagi berkerja, tahun ni dah start pencen. Rumah dah renovate siap kichen cabinet. Cantik ;-)

Raya ke3 pagi kami pulang semula ke Pasir Besar Gemas. Time ni dah takda raya ke mana-mana sebab adik saya perlu rawatan hospital selepas matanya tak boleh melihat disebabkan contact lenses jualan murah. Bahaya tau contact lenses ni jika jika beli bukan dari penjual bertauliah. So adik saya decide untuk saman jika kedai tersebut tak mahu bertanggungjawab membayar ganti rugi.

Raya ke4 kami pulang semula ke Johor. Dalam perjalanan balik kami singgah Kahang Barat Kluang rumah Kak Long saya. Perjalanan yang biasanya 2jam jadi 3jam sebab banyaknya kereta. Sampai-sampai dah pukul 9 malam. Tak dapat la duduk lama, pukul 10 je terpaksa minta diri. Dengan kebijaksanaan yang ada pada suami, beliau buka GPS navigation dan discover boleh lalu Simpang Renggam untuk ke JB dari Kahang. Perjalanan yang tercatit kat GPS adalah 1jam 15minit. Jimat sejam compare kalau guna laluan tol Kluang.

Beginilah raya saya tahun ini. Sama seperti raya-raya tahun lepas, kami tiada masalah kalau nak balik mana-mana dahulu sebab jarak antara kampung yang tak terlalu jauh. Maybe pada masa akan datang kami plan untuk pindah dan menetap di Melaka. Hihi

Anda boleh pilih untuk beli sendiri Nutriferon atau Basic H secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.