Apa Punca Rahim Membengkak Bagi Wanita?

Assalamualaikum. Dahulu saya pelik kenapa ada orang mudah hamil, ada yang sukar hamil. Orang biasanya menggunakan alasan mudah. Belum rezeki..Betul tu. Tiada yang salah. Semua takdir kita dah tertulis kat Loh Mahfuz. Tapi ingat ni. Takdir tak ada zuriat boleh berubah dengan doa dan usaha. Maka bila berusaha, apakah cara anda berusaha? Adakah usaha anda berdasarkan ilmu kesuburan atau berdasarkan try and error yang membuang banyak masa berharga?

Sebagai etika, buat mereka yang ingin mencuba produk kesuburan Shaklee, saya akan tanya soalan background pelanggan dahulu sebelum mencadangkan set yang sesuai. Sebabnya? sebagai contoh ESP boleh jadi bagus dan tak bagus buat wanita yang ingin cuba hamil. Kenapa? Sebab ia bergantung pada apa masalah sebenar anda? Jika pelanggan pernah hamil tapi kemudian keguguran, saya akan cadangkan ESP dan CoQ. CoQ ni perlu diambil suami isteri untuk kuatkan sperma dan ovum manakala ESP untuk kuatkan rahim.

Soalan pertama yang biasa saya ajukan adalah pernah tak jumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesuburan? Jika dia baru beberapa bulan berkahwin, saya takda masalah untuk cadangkan mana-mana set kesuburan samada yang asas sehinggalah yang premium. Sebab supplement ni hanya sekadar makanan tambahan untuk memperbaiki sistem reproduktif seterusnya memaksimumkan peluang hamil.

Tetapi jika pelanggan tu dah lebih setahun ke dua tahun masih gagal hamil walaupun dah cuba pelbagai ikhtiar, saya memang akan suruh dia pergi berjumpa doktor dahulu untuk membuat pemeriksaan kesuburan. Suami isteri kena buat ye sebab 50-50 punca ketidaksuburan dari dua-dua pihak. 

Naaa..panjang pulak saya berleter ni..lari tajuk dah ni. Berbalik pada tajuk utama kita 'Apa Punca Rahim Membengkak Bagi Wanita?'. Ni saya nak share info dari seorang doktor dari beribu-ribu doktor yang terlibat dalam Shaklee..downline saya pun ada sorang doktor yang berkerja di Hospital Segamat tau. So apa kata Dr Malinda berdasarkan ilmu medik?
Kenapa Rahim Bengkak? 

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas. Ok. 

Basically, Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian) Kilang telur = Ovari. Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'. 

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 

(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser. Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. 

Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement. Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana: 

1. Hormon Estrogen yang berlebihan. 

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. 

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. 

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts. 

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan. 

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). 

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan. 

Dari mana datangnya xenoestrogen ini? 

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah) 
- racun serangga (pesticides) 
- tobacco by products.

3. Obesiti. 

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. 

Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. 

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser. 

4. Genetik - Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama. 

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst? 

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu. Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah : 
  • haid yang tidak teratur / berpanjangan 
  • sakit perut 
  • sakit ketika hubungan kelamin 
  • perut membuncit 
  • pendarahan abnormal 
Perlukah operation? 

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan. So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko? 

Cadangan diet yang sesuai : 
  1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol. 
  2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan. 
  3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan. 
  4. Kawal berat badan 
  5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif atau tinggal dengan perokok

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita? Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont. 

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti. 

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung. 

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 

Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO). Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. 

Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari. Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik. Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst : 
  1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati. 
  2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc 
  3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi. 
  4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke. 
  5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati. 
  6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi 
  7. Green tea - powerful antioxidant 
GLA boleh ke? 
  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon. 
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan. 
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar. 

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. 

Take care of your health. Wanita - Anda Istimewa 
Luv, Dr. Malinda

Untuk mengatasi masalah cyst dan fibroid secara semulajadi tanpa pembedahan, diet yang betul seperti disarankan Dr Malinda amat penting. Jika anda sudah dikesan mempunyai cyst atau fibroid, anda wajib melakukan follow up dengan doktor. Walaubagaimanapun terdapat ramai pelanggan Shaklee yang telah mendapat manfaat produk Shaklee dan cyst atau fibroid mereka mengecut. Kebanyakan testimoni mempunyai ukuran cyst yang bermaksud mereka telah berjumpa doktor dahulu sebelum mencuba mengecutkan cyst dan fibroid. Antara produk yang popular untuk mengecutkan cyst adalah GLA Complex.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.