GLA Complex Kecutkan Cyst 4cm x 2.3cm Dalam Sebulan Setengah

Assalamualaikum. Satu perkara yang buatkan saya jatuh cinta dengan model perniagaan Shaklee adalah anda guna produk, anda rasa keberkesanannya dan anda share pengalaman anda dengan orang lain. Dari situ anda akan membesarkan empayar perniagaan anda selepas anda bantu ramai orang mengatasi masalah kesihatan mereka. Majoriti yang menjual Shaklee mempunyai kisah mereka yang tersendiri yang menjadi testimoni berharga keberkesanan produk Shaklee. So hari ni saya nak share testimoni Puan Liza yang menulis pengalaman beliau di blognya sihatsejahterasokmo.blogspot.com. Jom layan..



Bismillahirrahmanirrahim.
Menggeletar saya di saat jemari mula menulis entry ini. Namun ini adalah testimonial dari saya, jujur dari hati, dipetik dari sedikit pengalaman untuk berkongsi dengan anda di luar sana. December tahun lepas, balik sahaja dari bertugas di LIMA Langkawi, saya mengalami sakit pinggang yang sangat ngilu dan menyakitkan. Disusuli pula dengan period yang berpanjangan melebihi 18 hari. Jadi, pada bulan Januari, saya rujuk ke klinik dan doc suspek 3 perkara: tulang belakang, masalah berkaitan peranakan atau buah pinggang. So, saya buat x-ray dan buat ultrasound.

X-Ray tidak menunjukkan sebarang keganjilan. So, saya buat detail ultra sound untuk buah pinggang dan system peranakan. Saya diminta minum air yang banyak sebelum ultrasound sehingga rasa macam nak kencing. Alhamdulillah, buah pinggang saya normal, dan tiada kebocoran atau pembengkakan. Tapi, x-ray nyer report mengatakan ada 'something' sebesar 4.0cm x 2.3cm dekat ovari kanan saya dan mereferkan benda itu adalah cysts. huhuhuhuhu. menangis saya satu hari bila baca report x-ray tuh. Bukan satu hari je tau... berhari-hari juga rasa macam down dan sangat tidak sedap hati.

Esok harinya, saya bawak report x-ray ke klinik dan doc refer saya ke pakar HAT TM (Wangsa Maju). Disebabkan sakit belakang yg teramat dan pendarahan yg berpanjangan, saya terus ke emergency. Macam biasa, doc inject untuk release kan muscle, pastu bagi ubat untuk stopkan pendarahan. Saya kena datang semula ke O&G pada 29 Feb 2012 untuk check balik cysts. Lagi sebulan setengah!!! huhuhuhu... LAMANYA.....

Jadi, sementara menunggu appointment date, saya sgt resah dan gelisah perihal cysts ini. Even pendarahan telah stop, sakit belakang saya sangatlah on off.. Dengan berbekalkan solat hajat dan kegigihan mencari info-info di internet, maka saya memutuskan untuk ikhtiar dulu dgn GLA. Jadi, bermula 15 Jan 2012, saya mula mengambil GLA dari Shaklee atas harapan untuk meregulatekan hormon dan sbg ikhtiar untuk mengecilkan cyst. Lagipon, ini baru scan yg pertama. Cyst ini boleh membesar dan boleh surut lagi. Doc tak kata nak operate pon, cuma kalau lebih 5 cm, kenalah di buang. err.. operatelah, kan!

Pertengahan February, 14hb (sebulan selepas constantly amalkan GLA, 2 biji sehari), akibat hati yang sangat gundah gulana dan kerisauan kerana sakit pinggang masih lagi ada, saya ke Ampang Puteri untuk berjuma O&G saya, Dr. Fauziah. Mintak dia buat scan secara ultra sound dan speculum untuk check betul 2x condition cysts saya. Alhamdulillah, rasa nak sujud syukur sebab dia tak menemui apa2x tanda keganjilan di ovari saya kanan atau kiri. Cyst tu dah hilang! Cysts tu dah mengecil! Alhamdulillahh... Sampai ke hari ini, saya masih terdengar2x suara Dr. Fauziah yang ceria.."I'm very satisfied with your ovary. It's beautiful. Nothing to worry:. ;)) Syukur kepada Allah.. Lalu, Dr. fauziah pun refer kan saya kepada Orthopedics untuk sakit pinggang saya ini....

Pada 29 Feb 2012, saya masih juga ke pakar O&G HAT TM sebab dah alang-alang ada appointment, kan? Selain itu, saya nak verify juga keadaan cysts saya ini, dan al-hamdulillah, memang doc tidak dapat mengesan apa2x keganjilan pada kedua-dua ovary saya.

Lalu saya pun sangat lega dan berpuas hati. Saya masih meneruskan pengambilan GLA, kerana sejak mengambil GLA, saya dapat period saya kembali (hehhe.. apa punya ayat daa...). Bukan apa, sejak saya ambik Depo, saya period 3-4 bulan sekali. Tetapi untuk tahun ini, period saya kembali normal. Even cycle nya agak panjang, tetapi still ada and I am happy about it. You know why, sbb fitrahnya ovum kita harus digugurkan. So, pengambilan depo mengacau hormon. Dan ovum yg terhasil mengecut sendiri tidak digugrkan secara fitrah dan risiko PCOS akan ada. What is PCOS... boleh baca di wikipedia, ok! Saya sangat berpuas hati dengan GLA. Sekarang masih ambil sebiji sehari.

So selepas anda baca kisah yang diceritakan secara terperinci ni anda rasa Betul ke Bohong? hihihi. Apa yang beliau lakukan itu adalah tindakan bijak iaitu dengan melakukan pemeriksaan berkala. Shaklee ni merupakan supplement so tak boleh dianggap sebagai ubat untuk tujuan merawat. Ia digunakan sebagai makanan tambahan untuk membetulkan fungsi tubuh. Bila tubuh berfungsi dengan sepatutnya, insyaAllah penyakit pun pergi.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.