Memahami Cyst Uterus, Fibroid Dan Cyst Ovari

Assalamualaikum. Pernah dengar hadis palsu? Apa hukum mempercayai hadis palsu dan mengamalkannya? Sia-sia. Bagaimana pula dengan info palsu? Pun sama sia-sia. Apa kaitan hadis palsu dan info palsu? kedua-duanya memerlukan ilmu sahih untuk diperjelaskan yang haq. So hari ni saya nak share informasi apa itu uterine cyst, fibroid dan ovarian cyst dari pemahaman sains dan penyelidikan supaya kita lebih berilmu dan tidak bertindak jahil.




Fibroid dan uterine cyst

Fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang terjadi kepada 1/3 wanita, biasanya pada tempoh subur. Kebanyakan fibroid adalah kecil dan tidak menunjukkan apa-apa simptom. Walaubagaimanapun, ia juga boleh menunjukan pelbagai simptom bergantung di mana kedudukan fibroid tersebut di dalam uterus. Simptom ini termasuk haid tidak teratur, masalah penyahtinjaan dan sakit pada bahagian sekitar pinggang dan perut. 

Kebanyakan fibroid tidak memerlukan rawatan dan secara semulajadi mengecut selepas monopause disebabkan berkurangnya penghasilan hormon. Tidak terdapat hubungkait antara pembentukan atau pembesaran saiz fibroid dengan pengambilan nutrisi tertentu atau supplement. 

Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan produk tenusu yang banyak mempunyai hubungan dengan keadaan tahap kes fibroid yang rendah. Juga terdapat kajian yang menyokong penggunaan soya sebagai strategi untuk mengurangkan saiz fibroid kerana sifat anti-estrogen soya.

Cyst yang berada dalam uterus kurang popular berbanding fibroid dan kebiasaannya kecil serta jarang menyebabkan apa-apa gejala. Kebiasaannya ia dijumpai secara tidak sengaja ketika ultrasound dan tidak memerlukan rawatan kecuali saiznya membesar atau dirasakan menimbulkan masalah kesuburan jika lokasinya antara serviks dan uterus. Sama seperti fibroid, pembentukan uterine cyst tidak mempunyai hubungkait dengan pengambilan nutrisi tertentu atau supplement.

Cyst Ovari

Cyst ovari juga biasa berlaku. Kebanyakannya disebabkan cyst yang aktif dan berlaku disebabkan oleh proses ovulasi. Ketika ovulasi, telur dilepaskan dalam struktur fibrosis ke tiub fallopio seterusnya bergerak ke uterus menanti untuk disenyawakan. Kadang-kadang, telur (dalam kantungnya) tidak dilepaskan dari ovari dan ia menjadi cyst di dalam ovari. 

Selalunya, situasi ini tidak terintegrasi seiring masa tetapi boleh menyebabkan sakit dan haid tidak teratur. Jenis ovarian cyst yang kedua dikenali sebagai polycytic ovaries dan semakin ramai wanita yang didiagnosis dengan PCOS (polycytic ovarian syndrome) disebabkan meningkatnya jumlah penghidap obesiti. 

PCOS sangat berkait rapat dengan obesiti dan sangat biasa pada wanita yang membawa berat berlebihan pada bahagian perut. Menurunkan berat badan mampu mengurangkan risiko cyst jenis ni. Disebabkan ovarian cyst sangat jarang boleh bertukar menjadi kanser, selalunya wanita yang mempunyai ovarian cyst disarankan dipantau oleh doktor mereka.

Kebanjiran hormon adalah normal dan ianya hasil daripada proses normal kitaran haid, kehamilan dan monopause. Penghasilan hormon yang tak berfungsi betul atau seimbang boleh mengakibatkan situasi seperti sindrom pramenstrual dan kesakitan ketika haid (dysmenorrhea), hinggalah kepada keadaan seperti endometriosis dan PCOS. 

Disebabkan perkara ini kerap terjadi kepada wanita, keadaan ini menjadi subjek penyelidikan sains dan farmaseutikal yang signifikan. Tidak terdapat langsung kaitan antara pengambilan makanan tambahan dengan pembentukan uterine cyst, fibroid atau ovarian cyst. 

Bagaimanapun terdapat minat kajian yang berterusan menggunakan pelbagai kaedah semulajadi untuk mengecutkan uterine fibroid seperti soya dan GLA (gamma linoleic acid dari minyak evening primrose atau minyak biji borage). 

Strategi terbaik untuk mendapatkan fungsi hormon yang sihat adalah diet yang seimbang, mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang ideal, bersenam selalu dan menggunakan makanan tambahan berkualiti tinggi termasuk multivitamin, B Complex, Kalsium, Vitamin D dan makanan tambahan yang mengawalselia hormon seperti GLA.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.