Apa Itu Kolestrol? 90% Orang Salah Sangka Sumber Kolestrol!

Baru-baru ni saya ada ambil darah dan doktor cakap kolestrol saya sedikit tinggi..kemudian ibu mertua saya buat pemeriksaan umum..saja-saya je sebab usia dah 57 jadi nak juga tahu tahap kesihataan kan supaya kita boleh mencegah dari berubat. Kedua dua mertua saya pun ada tinggi kolestrol sedangkan ayah mertua saya ni rajin bersenam. So saya teringin la nak tahu apa benda kolestrol yang selalu orang sebut-sebut ni. Jom baca ;-)

Yang saya bulatkan dengan warna merah ni la kolestrol dalam membran luar sel
Apa itu kolestrol?

Wikipedia mendifinasikan kolestrol sebagai bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.


Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik. Untuk kenali apa fungsi dan manfaat kolestrol, apa tu kolestrol baik jahat dan mengapa ia baik dan ia jahat..sebab sikap dia ke? acah je..hehehe..akan saya sambung dalam entri akan datang. (updated - Apa itu kolestrol HDL dan LDL?)

So sekarang anda dah faham bahawa kolestrol hanya didapati dari sumber haiwan dan tidak dari tumbuhan. Terlalu banyak memakan daging dan produk tenusulah sebenarnya punca kolestrol kita jadi tinggi. Contoh produk yang mengandungi kolestrol adalah telur, fish cake fish ball, dan banyak lagi.

Nak turunkan paras kolestrol secara semulajadi? Kawal lah pemakanan dengan mengurangkan makanan tinggi kolestrol dan pilih makanan yang mampu merendahkan paras kolestrol. Nak tahu lebih lanjut bagaimana produk Shaklee boleh membantu menurunkan paras kolestrol? Baca Apa Itu Phytocol ST?. 

Sesiapapun boleh mempunyai paras kolestrol yang tinggi walaupun dia kurus, walaupun dia atlet. Pernah dengar pemain bola meninggal kerana serangan jantung? Pernah dengar orang meninggal ketika tidur? Segalanya bermula dengan kolestrol!


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.