Apa Itu Kolestrol HDL Dan LDL? Apa Manfaat Atau Fungsi Kolestrol?

Assalamualaikum. Hari ni saya nak sambung lak pasal kolestrol HDL dengan LDL ni. Kalau kolestrol tu jahat kenapa dia jahat...kalau kolestrol tu baik kenapa dia baik? Haaa..nak tau jawapan teruskan membaca. Kalau belum kenal apa tu kolestrol boleh baca Apa itu Kolestrol? yang saya share baru-baru ni.

Seperti yang kita dah tahu kolestrol ni adalah sejenis lemak dan ia tidak boleh larut dalam darah. Ia perlu diangkut ke dalam aliran darah melalui protein khas dipanggil lipoprotein..lipo tu lemak..protein tu protein la ye..hihihi..

Ada dua jenis lipoprotein yang mengangkut kolestrol dari sel atau ke dalam sel iaitu lipoprotein ketumpatan rendah atau low density lipoprotein - LDL dan lipoprotein ketumpatan tinggi atau high density lipoprotein - HDL. Paras kolestrol boleh diketahui melalui ujian darah.

Kolestrol LDL - Jahat

Haa..seperti yang saya janjikan pada entri lepas kan..saya nak terangkan kenapa kolestrol LDL ni jahat. Ia dikenali sebagai bad cholesterol sebab ia menyumbang kepada pembentukan plak iaitu satu lapisan melekit dan keras yang mampu menyebabkan salur darah arteri tersumbat dan menjadi kurang fleksible..ni yang selalu kebas-kebas kalau nak tau. Apabila saluran arteri semakin menyempit, serangan jantung atau stroke boleh berlaku bila-bila masa tanpa amaran. Sebab tu kolestrol LDL ni jahat..jahat kan? hihihi
Gambar dekat arteri yang mempunyai plak

Kolestrol HDL - Baik

Berbeza dengan kolestrol LDL, kolestrol HDL pula dianggap baik kerana ia membantu menyingkirkan kolestrol LDL dari arteri. Kolestrol ye, bukan plak. Nak cairkan plak boleh baca Lemak Baik Yang Boleh Cairkan Lemak Jahat. Pakar percaya kolestrol HDL bertindak membersihkkan arteri dengan membawa kolestrol LDL kembali ke dalam hati dimana ia dipecahkan dan disingkirkan dari tubuh. 

1/3 atau 1/4 kolestrol dalam darah dibawa oleh kolestrol HDL. Paras kolestrol HDL yang sihat mampu melindungi anda dari serangan jantung atau stroke, manakala paras kolestrol HDL yang rendah terbukti menigkatkan risiko penyakit jantung.




Triglycerides

Triglycerides atau trigliserida dalam Bahasa Melayunya pula adalah lemak lain dalam darah yang terhasil dari lebihan kalori dari makanan yang anda makan tetapi tidak digunakan. Ia digunakan sebagai simpanan tenaga. Paras trigliserida dalam darah yang tinggi dikaitkan dengan penyakit aterosklerosis. Peningkatan paras trigliserida boleh disebabkan oleh obesiti atau berlebihan berat badan, kurang aktiviti fizikal, merokok, pengambilan alkohol, dan diet tinggi karbohidrat (melebihi 60% dari jumlah kalori). 

Kadangkala penyakit atau kesilapan genetik (dianggap gemuk keturunan) juga memainkan peranan dalam paras trigliserida yang tinggi. Mereka yang mempunyai paras trigliserida yang tinggi seringkali mempunyai paras kolestrol LDL yang tinggi dan paras kolestrol HDL yang rendah. Majoriti pesakit jantung dan individu obesiti mempunyai paras trigliserida yang tinggi.

Lipoprotein (a)

Lipoprotein (a) atau dikenali Lp(a) merupakan variasi genetik kolestrol LDL. Paras Lp(a) yang tinggi menunjukkan penanda aras permulaan masalah jantung kerana ia dipercayai mempunyai kaitan dengan plak yang terbentuk pada arteri. Jadual dibawah boleh dijadikan rujukan untuk tahap kolestrol yang optimun, berisiko dan sangat berisiko.

Maksud paras kolestrol anda
So anda dah kenal apa itu kolestrol dan jenisnya. Tapi apa manfaat sebenar kolestrol ni? Walaupun kolestrol dianggap sebagai masalah, tetapi sebenarnya kolestrol memainkan peranan penting dalam tubuh kita. Berikut adalah fungsi kolestrol yang perlu anda tahu:
  1. Penghasilan hormon - Kolestrol memainkan sebahagian peranan penting dalam penghasilan hormon seperti estrogen, testostron, progestron, aldosteron dan kortison.
  2. Penghasilan vitamin D - Penghasilan vitamin D berlaku dalam tubuh apabila sinaran ultraviolet matahari mengenai kulit kita.
  3. Pengeluaran hempedu - Kolestrol menghasilkan asid hempedu yang membantu penghadaman dan menyerapan vitamin.
  4. Menyokong membran sel - Kolestrol memainkan peranan sangat penting dalam penghasilan dan pemulihan membran sel kita
Yang menjadi masalah adalah apabila kita tidak bersederhana dalam pemakanan seperti dianjurkan Nabi saw. Bila terlalu banyak makan maka penyakit pun datang. Bukan sekadar kolestrol berlebihan je..macam2 penyakit sebenarnya berpunca dari pemakanan kita. Jadi persoalannya bagaimana nak menurunkan paras kolestrol? Jika ia berpunca dari pemakanan, maka cara menurunkannya juga dari pemakanan.


Omega Guard terbukti membantu menurunkan paras kolestrol dan mencairkan plak dalam kapilari darah jika diamalkan untuk suatu tempoh. Kerana Omega Guard yang mengandungi omega 6 iaitu lemak baik yang berupaya mencairkan lemak jahat. Selain itu pengambilan sterol tumbuhan dari produk Phytocol ST juga terbukti secara klinikal membantu menghalang penyerapan kolestrol oleh usus. 

Maka lemak-lemak kolestrol itu akan keluar melalui najis dan tidak berada di dalam aliran darah kita. Dengan cara ini tugas kolestrol HDL menjadi lebih mudah dalam menurunkan paras kolestrol LDL. Pada entri yang akan datang, saya akan kupas penyakit-penyakit yang berpunca dari kolestrol berlebihan ni. So stay tune...jangan lupa subscribe blog saya ye untuk info terkini dari meja editor..hahahaha

Sumber 
Sumber

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo

Suami isteri yang menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Mempunyai 2 cahaya mata. Saya Rais menulis kesemua blog kami manakala isteri saya Syuhana menulis sebahagian blog Shaklee.